Soalan :
Assalamualaikum, saya nak tanya ustaz berkenaan dengan konsep cagaran dari segi islam. Contoh situasi kalau sorang tu cagarkan rumah sewanya kepada pemberi hutang , semasa dalam tempoh cagar tu, adakah hasil sewanya menjadi milik si pemberi hutang ?
Azlizan Nueq:
Konsep ini dinamakan ar-Rahn dalam islam. Iaitu kita pinjam duit dan sebagai cagaran untuk mengatakan kita akan bayar balik hutang itu, orang yang memberi hutang boleh pegang harta kita. Termasuk rumah atau tanah. Saya kira ini yg dilakukan, bukan?
Dalam hal ini, yang memegang harta itu tidak boleh ambil manfaat dari harta itu.
Rasul bersabda : “kullu qardhin jarra manfa’atan fahuwa majhun min wujûhi ar-ribâ
(Setiap pinjaman yang menarik suatu manfaat maka itu termasuk salah satu bentuk riba.)
Maknanya, kalau dia ambil duit rumah sewa itu, dia dapat lebih dari yang dia beri pinjam dan itu termasuk riba.
Allahu a'lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan