FIQH WANITA - SOALAN & JAWAPAN TERPILIH

FIQH WANITA - SOALAN & JAWAPAN TERPILIH
Dakwah Dan Pendidikan Sunnah Online Malaysia Berteraskan Al-Quran Dan Hadith Sahih Melalui Aplikasi Telegram, Laman Web Dan Laman Sosial

6 Mei 2017

Orang Muda Beruban Banyak

Soalan :
Seorang lelaki muslim 27 tahun sudah beruban tetapi  tidak banyak, uban secara tompok. Kalau ikut Hadis Riwayat Muslim jika  warnakan rambut kena jauhkan warna hitam. Tapi ada yang mengatakan boleh warna hitam bagi orang muda? Mohon pencerahan ustaz.

Jawapan Ustaz Azlizan Nueq :
Pakai warna hitam kalau warna rambut hitam. Tujuannya supaya tidak nampak uban dan orang tidak tahu dia beruban. Kalau dia pakai inai warna perang, orang tahulah yang dia beruban.


Soalan :
Jadi apakah maksud hadis yang mengatakan jauhi warna hitam?

Jawapan Ustaz Azlizan Nueq :
Hadis itu untuk orang tua.

Solat Fardhu Di Atas Kenderaan

Soalan :
Apakah alasan yang dibenarkan untuk seseorang solat fardhu sambil duduk atas kenderaan? Adakah alasan di bawah diterima;

1. Terperangkap dalam kesesakkan di jalan, dikhuatiri waktu solat luput.

2. Pemandu bas/kereta tidak berhenti untuk solat.

3. Musafir, tidak jumpa tempat sesuai untuk solat, atau tempat terlalu terbuka untuk solat kerana orang ramai lihat, contoh di  tepi jalan maka memilih untuk solat dalam kereta.


Jawapan Ustaz Azlizan :

1. Boleh.
2. Boleh.
3. Kalau musafir, boleh jamakkan solat sehingga berjumpa tempat yang sesuai. Kalau tidak, boleh sahaja solat atas kenderaan.

Isteri Menegur Suami, Berdosa Kah?

Soalan :
1. Jika suami terasa hati dengan teguran isteri, adakah isteri itu berdosa?
2. Berdosakah isteri yang rasa marah (dalam hati) dengan sesuatu tindakan suami?


Jawapan Ustaz Azlizan :

Dari Mu’adz bin Jabal radhiyallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
لاَ تُؤْذِى امْرَأَةٌ زَوْجَهَا فِى الدُّنْيَا إِلاَّ قَالَتْ زَوْجَتُهُ مِنَ الْحُورِ الْعِينِ لاَ تُؤْذِيهِ قَاتَلَكِ اللَّهُ فَإِنَّمَا هُوَ عِنْدَكِ دَخِيلٌ يُوشِكُ أَنْ يُفَارِقَكِ إِلَيْنَا
“Jika seorang isteri menyakiti suaminya di dunia, maka calon isterinya di akhirat dari kalangan bidadari akan berkata:
“Janganlah engkau menyakitinya. Semoga Allah mencelakakanmu sebab ia hanya sementara berkumpul denganmu. Sebentar lagi ia akan berpisah dan akan kembali kepada kami.” 
(HR. Tirmidzi no. 1174 dan Ibnu Majah no. 2014. Al Hafizh Abu Thohir mengatakan bahwa sanad hadits ini hasan).

1. Tidak salah tegur suami, tapi tegurlah dengan cara baik. Kena pandai cakap.

2. Perkara yang dalam hati tidak dipersalahkan. Kalau marah dalam hati, itu biasa sahaja. Cuma jangan dizahirkan.