Soalan :
Assalamualaikum ustaz.. ada 3 contoh situasi di bawah ni.. harap ustaz boleh terangkan boleh atau tidak seorang isteri tu melengahkan melayan suami (buat hubungan)
situasi 1 : isteri sedang buat kerja rumah.. membasuh baju+memasak+basuh pinggan.. suami datang berkehendak tapi isteri lengah2 sebab nak siapkan kerja dulu.. lepas 3 jam dah siap baru mandi dan layan suami..
Situasi 2 : isteri dah beberapa hari mintak gelang emas tapi suami tak belikan sebab alasan isteri bekerja.. hari ke 3 mintak gelang tak dapat, suami pula mintak dilayan.. isteri kata boleh tapi jom pegi kedai ah chong dulu (kedai emas la) lepas suami dah belikan balik rumah terus layan suami..
Situasi 3 : azan zohor lagi 30 minit suami mintak di layan tapi isteri tangguh2 sebab nak selesaikan solat dulu.. lepas selesai solat baru layan suami..
Dalam situasi contoh ni, ke-tiga2nya isteri berdosa ke? Terima kasih..
♻️
Jawapan Ustaz Azlizan Nueq:
Wajib melayani kehendak suami dalam tiga kes di atas.
إِذَا دَعَا الرَّجُلُ امْرَأَتَهُ إِلَى فِرَاشِهِ فَأَبَتْ أَنْ تَجِىءَ (فَبَاتَ غَضْبَانَ عَلَيْهَا) لَعَنَتْهَا الْمَلاَئِكَةُ حَتَّى تُصْبِحَ
“Apabila seorang suami mengajak isterinya ke tempat tidur (untuk jima’/bersetubuh) dan si isteri menolaknya [sehingga (membuat) suaminya murka], maka si isteri akan dilaknat oleh Malaikat hingga (waktu) Shubuh.” sahih.
وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لاَ تُؤَدِّى الْمَرْأَةُ حَقَّ رَبِّّهَا حَتَّى تُؤَدِّى حَقَّ زَوْجِهَا وَلَوْ سَأَلَهَا نَفْسَهَا وَهِيَ عَلَى قَتَبٍ لَمْ تَمْنَعْهُ
“Demi Allah, yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, seorang wanita tidak akan bisa menunaikan hak Allah sebelum ia menunaikan hak suaminya. Andaikan suami meminta dirinya padahal ia sedang berada di atas punggung unta, maka ia (isteri) tetap tidak boleh menolak.” sahih. Ibn Majah dan Ahmad.
Nota: bukanlah layan suami tu 'atas unta'. Maksudnya kalau isteri tu dah naik unta nak pergi keluar, tapi suami panggil, waktu itu kena turun dan layan suami.
Layanlah kehendak suami itu. Bila-bila masa pun. Bila dia dah berkehendak, waktu itulah yang penting. Kalau tangguh, mood dah lari.
Pernah sekali Nabi Muhammad ternampak perempuan cantik. Maka baginda terus masuk dalam cari isteri baginda. Nabi ajar perkara ini kerana penting. Kalau nafsunya naik waktu itu elok lah diselesaikan oleh isterinya sendiri. Sebelum melalut.
Soalan:
Apa maksud sebelum melalut ustaz?
♻️
Jawapan ustaz Azlizan Nueq:
Maksudnya suami itu melalut cari yang lain. Ada isteri tapi isteri tak layan....
Amat penting perkara ini. Mungkin ada yang kata, benda kejap jer, bukan penting pun...etc. Nanti hilang dah suami nak kawen lain, bila suami pergi pusat urut dan sebagainya, kenanglah balik apa layanan kepada suami tu dulu...
Allahu a'lam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan