FIQH WANITA - SOALAN & JAWAPAN TERPILIH

FIQH WANITA - SOALAN & JAWAPAN TERPILIH
Dakwah Dan Pendidikan Sunnah Online Malaysia Berteraskan Al-Quran Dan Hadith Sahih Melalui Aplikasi Telegram, Laman Web Dan Laman Sosial

23 April 2020

Seseorang Itu Tidak Boleh Menceritakan Hal Aib Dirinya

Soalan :
Assalamualaikum Ustaz.. Saya ada persoalan, apakah itu aib peribadi? 

Apa pandangan Ustaz mngenai aib peribadi yang sngaja dibuka sipolan di rancangan² ilmiah tv?

 Jika ianya sekadar mmberi iktibar pada penonton, adakah ia boleh buka aib peribadi sendiri?
 Apakah mksud Allah tutup aib kita?


Jawapan sheikh thtl al-jazani توان حسن:
Aib peribadi ialah dosa dosa yang kita lakukan dan ia belum bocor kepada orang lain.

Hukum bukan aib, Hadith abu Hurayrah:
( كُلُّ أُمَّتِيْ مُعَافًى إِلَّا الْمُجَاهِرِيْنَ وَإِنَّ مِنَ الْمُجَاهِرِةِ أَنْ يَعْمَلَ الرَّجُلُ بِالْلَيْلِ عَمَلًا ثُمَّ يُصْبِحُ وَقَدْ سَتَرَهَ اللهُ فَيَقُوْلُ يَا فُلَانُ عَمِلْتُ البَارِحَةَ كَذَا وَكَذَا وَقدْ بَاتَ يَسْتُرُهُ رَبُّهُ وُيُصْبِحُ يَكْشِفُ سَتَرَ اللهُ عَنْهُ)
“Setiap umatku akan mendapatkan ampunan dari Allah SWT kecuali al Mujaahiriin yaitu semisal ada seorang laki-laki yang mengerjakan sebuah perbuatan (buruk ) pada malam hari kemudian ia menjumpai waktu subuh dan Allah telah menutupi aibnya (berupa perbuatan buruk ). Lalu laki-laki tersebut mengatakan, “Wahai Fulan, aku telah mengerjakan sebuah perbuatan buruk/jelek ini dan itu”. “Maka itulah orang yang malamnya Allah telah menutup aibnya lalu ia membuka aibnya sendiri di waktu subuh 
[HR. Bukhori no. 6069 dan Muslim no. 2990]

Seseorang itu tidak boleh menceritakan hal aib dirinya  sebab ada ancaman keras. Ini hadith yang muhkam, direct &clear... Allah x ampunkan, maksudnya dia akan ke neraka..

Solat Jumaat Tanpa Kebenaran Penguasa Negara

Soalan :
Assalamualaikum. Ustaz jika isi rumah ada melebihi dari dua atau 3 orang, bolehkah dibuat solat jumaat? Ada diviral2 mnunjukkn solat jumaat didalam rumah..


Jawapan sheikh thtl al-jazani توان حسن:
Solat Jumaat di Malaysia dibawah sultan dan majlis agama. Solat Jumaat tanpa kebenaran mereka adalah satu kesalahan. Pihak majlis telah keluarkan arahan solat zuhur sahaja. maka mematuhi penguasa juga termasuk dalam soal keimanan.
Dalil:
“Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan kepada para ulil amri (penguasa) di antara kamu." 
[4:59]

22 April 2020

Kakak Menjadi Imam Pada Adik Lelaki 10 Tahun

Soalan :
Assalamualaikum ustaz. Nak tanya, boleh tak seorang kakak menjadi imam untuk adik lelakinya yang berumur 10 tahun?


Jawapan sheikh thtl al-jazani توان حسن:
Tak boleh, sebab tak ada nas yang membolehkan, maka kembali kepada hukum Ijma'. Tak boleh wanita menjadi imam walaupun budak 10 tahun.

Herba Tetapi Tiada Cop Halal

Soalan :
Assalamualaikum sheikh nak tanya, adakah herbal bahan semulajadi ni tapi tiada cop (halal) nya. Adakah halal untuk dimakan? 
jazakallahu khairan

Jawapan sheikh thtl al-jazani توان حسن:
Halal, sebab asalnya ia untuk pasaran masyarakat China saja. Jika tak ada logo halal (amat susah nak dapat), Maka anda kena baca ingredientsnya. Jika semua herba, maka ia adalah halal, yakni tak ada sumber haiwan.