Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini, niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah). * Surah Al-An'am (6:116)
14 Disember 2016
Hukum Mengucapkan Hari krismas Kepada Orang Kristian
Soalan :
Saya ada pertanyaan.. apakah hukum mengucapkan Hari krismas kepada orang kristian? Dan di Malaysia ni, hari krismas merupakan hari cuti umum.. adakah cuti itu dianggap sebagai meraikan krismas?
Jawapan:
Ungkapan "Merry Christmas" atau Happy Devali" atau Happy Chinese New Year sering menjadi isu khilaf, ada ulamak yang haramkan secara mutlak, maksudnya no compromy. ada ulamak yang mengharuskan dengan perincian syarat2nya.
Pertama kena lihat fiqh Waqe' atau Realiti kenapa hukumnya ada dua, haram dan harus.
Ia tidak lain kerana kedudukan umat Islam dan negara Islam ketika fatwa dikeluarkan.
Ulamak yang kata haram hidup di zaman Islam adalah kuasa dunia, atau memimpin tamaddun dan orang kafir menjadi hina. Jika mereka menjadi warga negara, mereka adalah warga kelas kedua sebagai zimmiyin.
Ada ulamak yang haramkan ungkapan tersebut kerana zaman hostility atau iklim perang dan penjajahan. Di mana negara Islam ketika itu menjajah dan memerangi orang Barat dan berjaya mengalahkan mereka. Ini ketika Islam memerangi Rome dan selepas itu Islam mengembangkan sayapnya ke Eropah.
Maka fatwa yg keluar pada period ini, period kekuasaan Islam sebagai super power dan era penaklukan eropah, adalah Kristian di hinakan kerana ia bermusuhan dengan empayar Islam.
Maka orang salafi selalunya akan pegang fatwa Ibn taymiyah Ibn qayyim, haram secara mutlak.
Ulamak yang halalkan pula hidup di zaman selepas kejatuhan Uthmaniah, penguasaan Eropah dan USA ke atas dunia dan empayar Uthmaniah dihancurkan dan negara Islam dijajah dan dihinakan hingga kini. Bangsa eropah datang ke negara islam dan menundukkan umat Islam dan menguasa politik dan ekonomi. Selepas merdeka, orang Barat masih menguasai dunia hingga kini tetapi hubungan antara negara sudah menjadi aman, perang ditamatkan dan muncullah PBB atau UN, tiada lagi perang dan manusia membuka negara masing2 dan menjadi global society.
Maka fatwa yang keluar dalam zaman ini adalah lebih toleran, antaranya Dr Yusof al-Qardhawi mengharuskan ungkapan antara agama seperti merry christmas, kerana orang Islam menetap dalam negara Barat sebagai warga, atau bekerja dengan syarikat2 gergasi Barat yang melabur dalam negara Islam. Maka dari interaksi yang bersifat aman dan mesra, ungkapan tersebut di benarkan.
Dailnya:
Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu karena agama dan tidak mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil.
(QS. Al-Mumtahanah: 8)
Ini evolusi hukum memberi ucapan tahniah sempena perayaan pelbagai kaum. Ia berubah kerana berubahnya realiti. Dari umat Islam menjadi super power, hostiliti yang keras antara bangsa dan kerapnya perang kepada umat Islam menjadi kaum yang lemah, dijajah, orang Barat datang menjajah, kemudian merdeka dan orang Barat membuka pelaburan di negara islam dan menjadi rakan niaga dan orang Islam bekerja dengan firma2 org kafir.
Rumusan:
1. orang yang berpegang dengan hukum haramnya mengucapkan tahniah sempena perayaan orang kafir berpegang dengan fatwa kama ketika umat islam menjadi super power dan zaman hostiliti antara agama dan bangsa
2. Orang yang ambil hukum harus jika dia memiliki boss dan majikan bukan islam yang memberinya gaji dan pekerjaan, jiran non muslim yang baik dan orang kafir yang menjadi warga negara yang mendapat hak dalam perlembagaan negara sebagai warganegara yang sah.
3. Orang yang tidak ada hubungan dengan non-Muslim, maka dia tidak perlu mengucapkan apa-apa kepada bukan Islam sempena hari perayaan bangsa lain. Misalnya dia duduk di kelantan atau arab saudi, tiada jiran kafir dan tidak bekerja dengan syarikat milik orang kafir. Orang ni tak perlulah bising.
Terpaksa menulis panjang untuk beri lebih faham, apakah maksud fiqh waqe' fiqh realiti dan kaedah berubahnya hukum kerana berubahnya zaman.
Bab ungkapan tahniah sempena perayaan agama/bangsa lain ni tak ada nas yang qat'iy, maka terpulanglah kepada kita nak pakai hukum yg mana. Syaikhul Islam IT dan Fatwa saudi arabia, haram secara mutlak. Fatwa Dr Qardhawi dan Majlis Fatwa Eropah, harus. Fatwa MUI Indon, harus dengan syarat tidak merayakan bersama. Fatwa Kebangsaan Malaysia juga harus.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan