FIQH WANITA - SOALAN & JAWAPAN TERPILIH

FIQH WANITA - SOALAN & JAWAPAN TERPILIH
Dakwah Dan Pendidikan Sunnah Online Malaysia Berteraskan Al-Quran Dan Hadith Sahih Melalui Aplikasi Telegram, Laman Web Dan Laman Sosial

23 Disember 2016

JANGAN LA SEBUT, JADI DOA TU!

#NotaBroSyarief

Si abang ingin keluar membawa motor pergi bermain di taman.

Melihat langit gelap, adiknya berkata: Hari nak hujan tu..

Si abang melenting: Kau boleh diam tak, masin mulut kau tu nanti!

---

Si anak sedang memandu di LPT dengan kelajuan mencecah 160km/jam.

Si ibu menegur dari tempat duduk sebelah: Pelan la sket, accident nanti susah kita.

Si anak meninggikan suara: Ibu ni.. jangan la doakan macam tu!

---

Si isteri ingin segera menunaikan umrah, dicapainya laptop untuk melihat pakej untuk dibeli.

Si suami berpesan: Kalau beli sekarang, habis terus simpanan kita. Nanti kalau ada urusan kecemasan macam mana?

Si isteri menjawab: Ish, abang ni. Jangan la fikir yang bukan-bukan.

---

Si pelajar A sedang asyik melayan Dota, (atau versi sister: melayan siri drama korea!)!

Lalu roommate nya Pelajar B, berpesan: Pergi study la! Ko dah repeat, nanti kena dismiss plak kang!

Pelajar A menuding geram: Weh, mulut ko! Jaga sikit boleh tak?

---

Peringatan diberikan dikatakan doa? Malah disuruh diam, jangan disebut?

Allah dan Rasul-Nya berkali-kali memberi peringatan agar jangan lakukan ini dan itu, nanti dibalas azab seksa yang pedih di neraka.

Adakah ianya bermaksud Allah dan Rasul-Nya mahukan umatnya masuk neraka?

Peringatan diberikan kerana asasnya kita sering lupa, bahawa telah banyak contoh mereka yang melakukan kesilapan yang sama, yang telah hancur binasa.

Apa lagi kalau peringatan yang jelas diberikan atas dasar kebiasaan kehidupan.

Hari gelap tanda nak hujan. Bawa laju nanti kemalangan. Habiskan simpanan nanti kerugian. Tak study, fail la!

Jadi, tindak balas dan respon yang tepat dan rasional adalah MENCEGAH dan BERHATI-HATI.

Sebagaimana dalam urusan akhirat, kita berusaha mencegah dengan menjauhi segala laranganNya dan berusaha sehabis baik mentaati perintahNya.

Pelik dan ganjil, bila peringatan demi peringatan diberikan, tanda kasih dan prihatin, tapi dilayan balas bagaikan ia tohmahan dari musuh.

Ingat! Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna.

Mungkin penyesalan yang berlaku, jika selagi ia di dunia, masih punya ruang harapan untuk memperbaiki (jika tak putus asa); tetapi penyesalan di akhirat.. memang mutlak tidak berguna!

Terimalah peringatan! Kemudian usaha dan doa ke arah yang betul dan baik!
__
‎#صحح_لي_إن_كنت_مخطئاً

Bro Syarief << KLIK & SERTAI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan