FIQH WANITA - SOALAN & JAWAPAN TERPILIH

FIQH WANITA - SOALAN & JAWAPAN TERPILIH
Dakwah Dan Pendidikan Sunnah Online Malaysia Berteraskan Al-Quran Dan Hadith Sahih Melalui Aplikasi Telegram, Laman Web Dan Laman Sosial

7 Disember 2016

Menyambut hari kelahiran


Soalan :
Menyambut hari kelahiran.. bukannya nak tiru siapa-siapa tapi merai ibubapa tu banyak caranya kan?
salah 1 cara ingati hari kelahiran mereka...tak yah la nak tiru orang potong kek dan tiup-tiup lilin...menyediakan hidangan istimewa dan seumpamanya...hari-hari adalah hari mencari redha ibubapa namun apa salahnya pada hari lahir mereka kita raikan juga sebagai tanda mensyukuri nikmat Allah bagi ibubapa pada kita.?
apa pandangan ustaz?

Jawapan : (Ustaz Azlizan Nueq)

Bismillah. Menyambut hari kelahiran sudah menjadi satu kebiasaan dalam masyarakat kita. Tapi kalau kita lihat kepada perbuatan Nabi dan para sahabat, tidaklah ianya dilakukan oleh mereka. Kalau dikatakan Nabi Muhammad menyambut hari kelahiran baginda dijadikan dalil, ini pun tidak boleh. Kerana para sahabat tak ikut pun. Jadi ini bukanlah 'sunnah'. Kerana untuk kita tahu samada sesuatu perkara itu sunnah, ianya dilakukan juga boleh para sahabat, kerana mereka amat menjaga sunnah.

Yang pasti adalah kalau buat dengan cara yg besar besaran, tiup lilin pula, ini memang tidak patut sama sekali.

Tapi bagaimana kalau kita sambut kecil kecilan sahaja? Ini pun tidak ada sebenarnya. Dan seeloknya tidak dimulakan. Ianya bukan sesuatu yg perlu diraikan. Saya sendiri tidak pernah sambut birthday ibu dan bapa saya dan mereka tidak ada masalah, tidak kecil hati. Saya kira sudah cukup kalau kita melayan mereka dengan baik, selalu bertanya khabar kepada mereka, itu sudah cukup.

Cuma kerana dalam masyarat yang mengamalkan sambutan ini, susah sikit nak jaga. Kadang-kadang orang buat surprise birthday, ucap selamat hari jadi kepada kita, hantar kad dan sebagainya, memang susah nak elak. Tapi sekurang-kurangnya, janganlah kita yang melakukannya. Kerana perkara ini nampak kecil, tapi selalu perkara yg besar, asalnya dari kecil-kecilan sahaja. Elok kalau kita tidak mulakan, supaya anak-anak kita pun tidak biasa dengannya; tidak terikut-ikut utk meraikannya apabila mereka dewasa nanti.

Allahu a'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan