FIQH WANITA - SOALAN & JAWAPAN TERPILIH

FIQH WANITA - SOALAN & JAWAPAN TERPILIH
Dakwah Dan Pendidikan Sunnah Online Malaysia Berteraskan Al-Quran Dan Hadith Sahih Melalui Aplikasi Telegram, Laman Web Dan Laman Sosial

28 Disember 2016

Qarin

Soalan :
Assalamualaikum ustaz.. betul ke dulu2 ade ustaz cakap qarin ialah jin pendamping diri kita dari baby sampai meninggal? Tapi pencerahan ustaz yang bawah ni lain.. jadi saya confuse sikit.. boleh tolong jelaskan?

Mafhum dari ayat ini, kalau seseorang itu sudah belajar tafsir dan mengamalkan apa yg dia belajar, dia --> tidak ada qarin lagi. <-- Tapi tidaklah dia selamat dari gangguan syaitan yang datang dan pergi itu (surah an-Nas). Allahu a'lam.


Jawapan Ustaz Azlizan Nueq:
Terima kasih. Ada berbagai jenis Qarin. Kalimah 'qarin' adalah umum yg bermaksud rapat, melekat. Dari hadis, memang disebut tentang jin yang melekat dengan manusia dari lahir sampai mati. Dan ada juga syaitan yang diberi kepada manusia yang tidak belajar tafsir Quran, dan ada juga qarin yang jenis membisikkan supaya manusia tidak infak. Ini disebut dalam Nisa:38

وَالَّذينَ يُنفِقونَ أَموالَهُم رِئَاءَ النّاسِ وَلا يُؤمِنونَ بِاللَّهِ وَلا بِاليَومِ الآخِرِ ۗ وَمَن يَكُنِ الشَّيطانُ لَهُ قَرينًا فَساءَ قَرينًا
Dan (juga) orang-orang yang menafkahkan harta-harta mereka karena riya kepada manusia, dan orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan kepada hari kemudian. Barangsiapa yang mengambil syaitan itu menjadi temannya, maka syaitan itu adalah teman yang seburuk-buruknya.

Dalam ayat ini, digunakan juga kalimah 'qarin'.

Allahu a'lam.


Soalan :
Maknanya ustaz, qarin ni bukan lah 1 je dalam diri kita ye? Aduh, mintak maaf kalau macam salah soalan je..

Jawapan Ustaz Azlizan Nueq:
yer, begitulah...ada banyak jenis
(takpe, jangan malu bertanya. hadis nabi kata: ubat jahil adalah bertanya)


TAMBAHAN MENGENAI QARIN

Qarin = Yang akrab, yang sentiasa mendampingi.. ia mmg ujud.

Firman Allah Swt tentang qarin yang menyertai manusia berkata : “Ya Tuhan kami, aku tidak menyesatkannya tetapi dialah yang berada dalam kesesatan yang jauh.” (QS. Qaf: 27).

Dalam tafsir Ibn Katsir dinyatakan bahwasanya Ibnu Abbas R.a, Mujahid, Qatadah dan beberapa ulama lainnya mengatakan, “Yang menyertai manusia adalah syaitan  yang ditugasi untuk mendampingi manusia.”
(Tafsir Ibnu Katsir, 7:403)


Mafhum sabda Rasulullah s.a.w daripada Abdullah bin Mas’ud r.a :

"Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka berkata, “Engkau juga ya Rasulullah “ sabdanya “ Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuIslamkan dan menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja."

Matan hadith qarin ibn mas'ud
روى مسلم وأحمد عن ابن مسعود قال ، قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :
ما منكم من أحد إلا وقد وكل به قرينه من الجن وقرينه من الملائكة !!
قالوا : وإياك يا رسول الله ؟
قال : وإياي ،، ولكن الله أعانني عليه فأسلم ، فلا يأمرني إلا بخير.
[ رواه مسلم 2814 وأحمد 1/385 ]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan