Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini, niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah). * Surah Al-An'am (6:116)
6 Disember 2016
Solat Taubat
Soalan :
Apa yang dimaksudkan dengan solat taubat? Apakah ada waktu tertentu untuk solat taubat sepertimana solat tahajjud? Dan apakah hikmah di sebalik solat taubat?.. jika ada dalil dan doa khusus solat taubat.
Jawapan : (Ustaz Azlizan Nueq)
Pada saya, 'Solat Taubat' tidak ada. Yang ada adalah 'solat sunat sebelum taubat.' Ianya bukan kemestian dilakukan, tapi molek dilakukan.
Ada hadis
Tidak ada seorang lelaki berdosa yang melakukan dosa, kemudian dia berdiri membersihkan diri lalu bersolat – 2 rakaat – kemudian memohon pengampunan dari Allah swt, melainkan dosa telah diampunkan. Kemudian dia membaca ayat ini :
-“Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedangkan mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal” -
[surah Aali Imran 135-136]”
(HR. Abu Daud, an-Nasaie, ibn Majah, al-Bahaqi dan al-Tirmidzi)
Ini adalah saranan utk solat sebelum taubat. Sama dengan doa doa yang lain, elok dilakukan selepas solat sunat.
Tapi solat yang dimaksud adalah solat sunat mutlaq sahaja.
Dan ini bukan syarat. Kerana Nabi pernah melakukan solat istisqa (solat minta hujan). Tapi ada masa baginda berdoa sahaja untuk minta hujan. Jadi ianya bukan syarat.
Taubat boleh dilakukan bila-bila masa sahaja tanpa perlu solat dahulu. Tapi molek lah kalau didahului dengan amalan kebaikan seperti solat.
Allahua'lam
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan