Soalan :
Assalamualaikum,nak tanya,ada kawan ni excident,mase excident dye period pastu sekarang dah abes period,tangan tak boleh kena air,ada simen,nak mandi wajib macam mane?
♻
Jawapan Ustaz Azlizan Nueq:
Ini termasuk dalam perkara ijtihad ulama kerana zaman Nabi tidak ada perkara ini. Iaitu Menyapu Jabirah (mashul jabirah). Bahagian lain mandi macam biasa dan yg berbalut itu sapu di atasnya. Basahkan tangan dan sapu atas simen itu. Allahu a'lam.
Banyak pendapat tentang perkara ini:
1. Pakai tayamum sahaja.
2. Basuh mana boleh dan sapu pada bahagian yg bersimen.
3. Basuh sahaja bahagian yg boleh dibasuh (tak payah nak sapu bahagian yg bersimen)
Kalau dalam mazhab Syafie, kena mandi dan pada bahagian yg sakit itu, kena tayamum. Tapi ini dikritik oleh ulama lain kerana ini menyusahkan.
Maka, saya cadangkan guna teknik Mashu Ala Aljabirah itu. Ini pendapat Majlis Fatwa Antarabangsa. Ini lebih tepat dengan feqah islami.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan