Soalan :
Apabila seseorang yang meninggalkan solat dengan sengaja selama hidupnya.. maka ia dihukumkan sebagai kafir.. benar? Dan apakah benar segala amalan kebaikan yang dikerjakannya selama bertahun-tahun terluput kerana solat yang ditinggalkan selama ini? Tidak dikira langsung?
♻️
Jawapan Ustaz Azlizan Nueq:
Hukum meninggalkan solat dengan sengaja dan adakah kafir atau tidak, itu adalah perbahasan antara ulama. samada kafir terus atau tidak. Salah satu pendapat mmg orang itu kafir kerana ada hadis yang mengatakan pembeza antara muslim dan tidak adalah solat.
Adakah amalan dia yg lain langsung tak kira? Seperti yang kita tahu, solat adalah perkara pertama yang akan ditanya. Kalau selamat, ada harapan, tapi kalau solat tak selamat, terus masuk ke dalam neraka.
Perumpamaan begini: budak amik exam. math, science, geog lepas, tapi bahasa melayu tak lepas. Dalam sijil, semua exam lain diisi markah dia, tapi keputusan kat atas akan ditulis 'gagal' kerana perkara penting tak lepas.
Allahua'lam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan