FIQH WANITA - SOALAN & JAWAPAN TERPILIH

FIQH WANITA - SOALAN & JAWAPAN TERPILIH
Dakwah Dan Pendidikan Sunnah Online Malaysia Berteraskan Al-Quran Dan Hadith Sahih Melalui Aplikasi Telegram, Laman Web Dan Laman Sosial

10 Februari 2017

Amalkan 1 Surah Yang Sama Di Setiap Rakaat

Soalan :
Bolehkah kita amalkan selepas al fatihah membaca qulhuwaulah di setiap rakaat.Selepas itu baca surah lain.ada baca dalam hadis riwayat at tirmidzi (hasan gharib shahih) dan al bukhari riwayat secara mu'allaq.

♻Jawapan : Ustaz THTL
Boleh baca surah yang sama berulang-ulang jika tidak mampu hafal surah lain. Jangan pooja satu surah je macam perangai melayu suka pooja surah yasin...semua 114 surah adalah semuanya kalam Allah.

Diganggu Syaitan Ketika Solat

Soalan :
Semasa kita solat tetiba rasa macam tak khusyuk.kita mohon perlindungan Allah.berpaling ke kiri dan ludah 3 kali ke kiri. kena lafaz auzubillah tu  atau dalam hati?

♻ Jawapan : Ustaz THTL
Bila diganggu setan saat shalat

ذاك شيطان يقال له خنزب فإذا أحسسته فتعوذ بالله منه واتفل على يسارك ثلاثاً
“Itu adalah setan. Namanya Khinzib. Jika kamu merasa diganggu, mintalah perlindungan kepada Allah dari gangguannya dan meludahlah ke kiri tiga kali.”
(HR. Muslim 2203)

cara:
baca auzubillah dengan lafaz bukan dlm hati; ludah dengan isyarat bukan air liur betul nanti kena kawan kat sebelah (jika solat berjamaah)

"Kita Masuk Syurga Bukan Semata-mata Kerana Amal Tapi Kerana Rahmat Allah Juga Kan?"

Soalan :
Kita masuk syurga bukan semata-mata kerana amal tapi kerana Rahmat Allah juga kan?

Jawapan : Ustaz THTL
Masuk kerana amal

وَحُورٌ عِينٌ * كَأَمْثَالِ اللُّؤْلُؤِ الْمَكْنُونِ * جَزَاءً بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
“Dan (di dalam surga itu) ada bidadari-bidadari yang bermata jeli, laksana mutiara yang tersimpan baik. Sebagai balasan bagi apa yang telah mereka kerjakan”
[QS. Al-Waaqi’ah : 24].

Kena gabungkan redha Allah dan amal. maka, masuk syurga kerana rahmat Allah disebabkan amalan anda, amalan juga menentukan gred syurga yang anda akan dapat 1 star atau 5 star.

Jika mati syahid, maka anda direct masuk syurga, maka mati syahid itu amal yang tinggi mutunya.

وَتِلْكَ الْجَنَّةُ الَّتِي أُورِثْتُمُوهَا بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ
“Dan itulah surga yang diwariskan kepada kamu disebabkan amal-amal yang dahulu kamu kerjakan” [QS. Az-Zukhruf : 72].
** Hafal ayat ni dan lipatgandakan amal anda.

Pengertian 'Allah Redha'

Soalan :
Redha Allah s.w.t yang akan melayakkan kita masuk ke syurga-Nya. Boleh beri pencerahan akan pengertian redha Allah itu. Kerana sebagai contoh sungguhpun kita sangat bagus dalam beribadah, menjauhi setiap larangan-Nya untuk menjadi hamba-Nya..redha Allah yang akan menentukan kedudukan kita di akhirat kelak.

Jawapan : Ustaz THTL
Takrifan kalimah redha.
Redha berasal dari bahasa Arab yang makna literalnya mengandung pengertian senang, suka, rela, menerima dengan sepenuh hati, serta menyetujui secara penuh , sedang lawan katanya adalah benci atau tidak senang.



Amalan Bubur Asyura

Soalan :
Bagaimana dengan amalan bubur asyura 10 muharram?

Jawapan : Ustaz THTL
Bubur asyura adalah israeliyaat atau kisah Bani Israel yang tidak sahih. Dalam kisah israeliyaat, bila Noah as landing di bukit Judea, dia memerintahkan semua bijirin yang ada di masak menjadi bubur. Tidak sahih. Dan amalan ini hendaklah dihentikan.

Kata-kata Ibu Adalah Doa. Betulkah??

Soalan :
Orang kata setiap kata-kata ibu itu adalah doa. Betulkah syeikh?

Jawapan : Ustaz THTL
Setiap kata-kata ibu itu doa adalah cuma kata-kata manusia sahaja. Ibu adalah manusia, ada ibu yang solehah dan ada ibu yang biasa dan ada ibu yang tidak solehah. Maka tidak benar bila umum menyatakan seluruh kata-kata ibu adalah doa.

Wuduk Keluar Angin Dari Hadapan (qubul)

Soalan :
Adakah batal wuduk seseorang apabila keluar angin dari hadapan (qubul) dan kerap terjadi?

Jawapan : Ustaz THTL
Saudi: tidak batal.

Syekh Muhammad bin Saleh al-Utsaimin menjawab, “Yang demikian ini tidak membatalkan wudhu, karena angin tersebut tidak keluar dari tempat najis seperti angin yang keluar dari dubur.”
Fatawa wa Rasail Syekh ibn Utsaimin (4/197).
Juga pendapat dalam mazhab Hanafi (ahnaf)
Fatwa lajnah resmi KSA: tidak batal.

Keluarnya angin dari kemaluan wanita tidak membatalkan wudhu' dan juga tidak membatalkan salat.
[Fatawa Al-Lajnah Ad-Da'imah Lil Ifta, 5/159]

Aqiqah Anak

Soalan :
Saya mohon penjelasan berkenaan aqiqah. Jika ibubapa tak sempurnakah aqiqah anak dalam tempoh 15 tahun, adakah si anak boleh sempurnakan aqiqahnya sendiri selepas tempoh itu?

Jawapan : Ustaz THTL
Hukum akikah dalam mazhab syafi'iy.
Jika kanak-kanak itu tidak diakikahkan selepas usia 15 tahun, maka gugurlah sunnah tersebut. Tidak ada dosa kerana ia sunnat bukan wajib. Cuma jika dia mampu dianggap meremehkan sunnah Muhammad saw dan syiar agama ‌


Soalan :
Jika kita buat aqiqah untuk anak lelaki  1 bahagian, apakah hukumnya ?

Jawapan : Ustaz THTL
Fiqh Akikah dengan satu bahagian lembu.
Jumhur tidak sah kerana akikah ada hari tertentu, yakni dilakukan segera dan hendaklah dengan kambing. sebab akikah berbeza dengan korban pada hari idil Adha, maka tidak boleh berkongsi niat dengan ibadah korban. dan akikah tidak sama. hari tertentu di sisi jumhur ialah pada hari ke7, ditunda ke hari 14 dan akhir pada hari 21 atau dalam tempoh 1 bulan.

Manakala pendapat mazhab syafi'iy, boleh sebab akikah dan korban di sisi  syafi'iyah adalah sama, maka boleh ambil satu bahagian lembu Korban untuk akikah.
Tempoh akikah dalam mazhab syafi'iy adalah longgar, dari hari ke 7 sehingga dia baligh pada usia 15 tahun, maka ada 15 tahun peluang nak akikah anak.
Mazhab jumhur perketat sunah akikah, manakala mazhab syafi'iy meluaskan dan memberi kemudahan.
Pendapat yang betul ialah Jumhur, dilakukan segera tanpa menunggu Hari Raya Haji.‌