FIQH WANITA - SOALAN & JAWAPAN TERPILIH

FIQH WANITA - SOALAN & JAWAPAN TERPILIH
Dakwah Dan Pendidikan Sunnah Online Malaysia Berteraskan Al-Quran Dan Hadith Sahih Melalui Aplikasi Telegram, Laman Web Dan Laman Sosial

10 Februari 2017

Aqiqah Anak

Soalan :
Saya mohon penjelasan berkenaan aqiqah. Jika ibubapa tak sempurnakah aqiqah anak dalam tempoh 15 tahun, adakah si anak boleh sempurnakan aqiqahnya sendiri selepas tempoh itu?

Jawapan : Ustaz THTL
Hukum akikah dalam mazhab syafi'iy.
Jika kanak-kanak itu tidak diakikahkan selepas usia 15 tahun, maka gugurlah sunnah tersebut. Tidak ada dosa kerana ia sunnat bukan wajib. Cuma jika dia mampu dianggap meremehkan sunnah Muhammad saw dan syiar agama ‌


Soalan :
Jika kita buat aqiqah untuk anak lelaki  1 bahagian, apakah hukumnya ?

Jawapan : Ustaz THTL
Fiqh Akikah dengan satu bahagian lembu.
Jumhur tidak sah kerana akikah ada hari tertentu, yakni dilakukan segera dan hendaklah dengan kambing. sebab akikah berbeza dengan korban pada hari idil Adha, maka tidak boleh berkongsi niat dengan ibadah korban. dan akikah tidak sama. hari tertentu di sisi jumhur ialah pada hari ke7, ditunda ke hari 14 dan akhir pada hari 21 atau dalam tempoh 1 bulan.

Manakala pendapat mazhab syafi'iy, boleh sebab akikah dan korban di sisi  syafi'iyah adalah sama, maka boleh ambil satu bahagian lembu Korban untuk akikah.
Tempoh akikah dalam mazhab syafi'iy adalah longgar, dari hari ke 7 sehingga dia baligh pada usia 15 tahun, maka ada 15 tahun peluang nak akikah anak.
Mazhab jumhur perketat sunah akikah, manakala mazhab syafi'iy meluaskan dan memberi kemudahan.
Pendapat yang betul ialah Jumhur, dilakukan segera tanpa menunggu Hari Raya Haji.‌

Tiada ulasan:

Catat Ulasan