FIQH WANITA - SOALAN & JAWAPAN TERPILIH

FIQH WANITA - SOALAN & JAWAPAN TERPILIH
Dakwah Dan Pendidikan Sunnah Online Malaysia Berteraskan Al-Quran Dan Hadith Sahih Melalui Aplikasi Telegram, Laman Web Dan Laman Sosial

25 Mac 2017

Fiqh Jawab Azan Dari Rakaman Handphone

Soalan :
Assalammuaikum wbt. Boleh atau x kalau jawab azan yang bukan live seperti rakaman dari Handphone? Sedih, biasa di office susah nak dengar azan live.. Kat uma pun begitu, kerana surau agak jauh sedikit..


Jawapan Ustaz THTL al-jazani توان حسن :

Fatwa saudi arabia tak payah, unless ADZAN LIVE dari mesjid mega seperti  mesjidil Haram, nabawi...mesjid Negara. Perlu cari rumah yang dalam range adzan mesjid.

Beza Iddah Wanita Cerai Hidup & Mati

Soalan :
Iddah dicerai kan hidup dan iddah cerai mati sama kah larangan dia ,tak boleh bersolek atau keluar berjalan selama 3 bulan?


Jawapan Ustaz THTL :
Bercerai hidup, tiga kali haidh, atau 3 bulan.
cerai mati,  4 bulan 10 hari.
Boleh keluar rumah untuk kerja dan membeli keperluan jika tak da siapa nak tolong buat groceries, cuma jangan jadi janda berhias.

Fiqh Aurat Ayah Sakit Dirawat Anak Perempuannya

Soalan :
Macamana atau kaedah nak menjaga ayah yang sakit dan terlantar yang tidak dapat menguruskan diri dan
Kesemua anaknya perempuan?


Jawapan Ustaz THTL :
Anak dan ayah tak ada batasan aurat. Jika terpaksa, aurat sulit pun dimaafkan kerana dharurat seperti buang air dan perubatan.

Keluar Menuntut Ilmu Tanpa Izin Suami

Soalan :
Isteri hendak keluar menuntut ilmu fardhu ain di tempat yang jauh dari tempat tinggal kerana isteri yakin hanya ditempat tersebut pengajaran berlandaskan al-Qur'an dan hadis. Suami tidak berkemampuan mengajar ilmu tersebut dan suami juga ingkar perintah Allah (tidak solat 5 waktu). Isteri nak bawak anak perempuannya sekali. Jika suami tidak izinkan, adakah berdosa isteri tersebut keluar juga?
Sebagai info tambahan, suami sudah beristeri dua dan sekarang ada kawan wanita di luar rumah. Jika isteri tidak bahagia dalam rumahtangga, bolehkah isteri keluar menuntut ilmu untuk mencari ketenangan? Mohon penjelasan ustaz.


Jawapan :
Hukum asas, isteri tidak boleh keluar rumah tanpa izin suaminya, berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

وَقَرْنَ فِي بُيُوْتِكُنَّ وَلاَ تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ اْلأُوْلَى

“Tetaplah kalian tinggal di rumah-rumah kalian dan janganlah kalian bertabarruj sebagaimana tabarrujnya orang-orang jahiliah yang awal.” (Al-Ahzab: 33)

Dibenarkan kalau ada keperluan mendesak sangat. Menuntut ilmu bukan salah satu darinya. Maaf. Masih ada alternatif belajar dari rumah.

Ketum

Soalan :
Assalamualaikum sheikh thtl...ana nak tanya pasal ketum bolih ke..
Apakah hukum menanam pokok ketum..
Minum air daun ketum..
Bagi anak pokok ketumpada  kawan-kawan untuk ditanam..??


Jawapan Ustaz thtl al-jazani توان حسن :
Apa yg diharamkan oleh penguasa wajib ditaati.
dalil:
"Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taati Rasul-Nya dan penguasa diantara kamu" 4:59

Pada 1 Ogos 2016 bersamaan 27 Syawal 1437H, Mesyuarat Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan telah memutuskan bahawa cadangan penanaman pokok Ketum adalah diharamkan.. .
Ini berdasarkan kepada mafsadah (kerosakan) dan mudarat yang lebih besar berbanding dengan manfaatnya..

11 Mac 2017

Persoalan Berdoa Ketika Sujud

Soalan :
Saya nak tanya, doa ketika sujud tu kena lafazkan ke, atau bole baca dalam hati? Bahasa Arab saja atau semua bahasa boleh?


Jawapan :
Ada dua hukum dalam soalan ni:

1. Berdoa dalam hati
Kata syaikhul Islam Ibn taymiyah, memang boleh berdoa dengan hati:
فإن أصل الدعاء من القلب، واللسان تابع للقلب، ومن جعل همته في الدعاء تقويم لسانه أضعف توجه قلبه، ولهذا يدعو المضطر بقلبه دعاء يفتح عليه لا يحضره قبل ذلك.

Asalnya doa itu muncul dari hati. Adapun ucapan lisan adalah sebagai pengikut hati. Siapa yang menjadikan konsentrasinya saat berdoa pada pembenahan lisan saja, maka akan melemah munajat hatinya. Oleh karena itu seorang yang berada dalam kondisi genting, berdoa dengan hatinya. Sebuah doa yang membuka pintu kesulitan yang ia alami, yang sebelumnya tidak pernah terbetik dalam benaknya. (Majmu’ Al Fatawa 2/287).
Manakala Imam Nawawi berkata, doa yang menepati sunnah ialah lisan dan hati sekali gus. (al-Azkar ms 42.)

2. Berdoa dalam bahasa selain arabic ketika solat
Ini khilaf, 4 mazhab
Hanafi : makruh
Maliki/Syafi'iy : tidak boleh, solat menjadi batal


Hanabilah : boleh, fatwa saudi arabia, no 5782

9 Mac 2017

Bolehkah Perempuan Berkahwin Duda Anak 7

Soalan :
Bolehkah seorang perempuan berkahwin dengan lelaki yang kematian isteri dan beranak 7?

Jawapan :
Soal kawin adalah di tangan perempuan. Cuma ideal, dara sama teruna, manakala janda dengan duda. Itu yang ideal.

8 Mac 2017

Batalkan Solat,Halang Anak Rosakkan Gajet

Soalan :
Apa hukum membatalkan solat kerana hendak halang anak dari merosakkan gajet?

Jawapan Ustaz THTL :
Harus, sebab menjaga harta tu termasuk dharurat juga, nyawa, harta.

7 Mac 2017

Anak Menderhaka Tetapi Dimaafkan Ibunya

Soalan :
Setiap kali disakiti hati oleh anak-anak, ibu akan berniat memaafkan anak2 supaya anak-anak tidak dimurkai Allah. Anak-anak pula tidak pernah insaf dan berubah. Adakah dosa anak-anak Allah ampun di dalam situasi begini?

Jawapan Ustaz THTL :
Perbuatan si anak yang derhaka itu adalah dosa besar. Jika ibunya maafkan, dengan Allah masih akan disoal juga kerana berbuat baik kepada parents adalah suatu ketetapan agama.

Menaiki Tangga Di Batu Caves

Soalan :
Boleh tak kalau nak naik tangga dekat batu caves?

Jawapan :
Baca dan tadabbur surah al-Kaafirun.
Yang boleh, melawati kesan kebinasaan orang kafir, dalilnya:
Katakanlah: "Berjalanlah di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan itu". [6:11]

Fakta
Batu caves masih utuh, ada patung hubal yang besar di depannya.