FIQH WANITA - SOALAN & JAWAPAN TERPILIH

FIQH WANITA - SOALAN & JAWAPAN TERPILIH
Dakwah Dan Pendidikan Sunnah Online Malaysia Berteraskan Al-Quran Dan Hadith Sahih Melalui Aplikasi Telegram, Laman Web Dan Laman Sosial

23 April 2017

Angan-angan Dalam Islam

Assalamu'alaikum semua sahabat. Semoga semuanya mendapat rahmat dan keampunan Allah.

Setiap kali membaca buku, dan berjumpa petikan hadis, maka saya amat bimbang jika hadis itu palsu. Lebih-lebih lagi apabila penulis memetik sabda Nabi saw tanpa rujukan sebegitu. Sebab saya bimbang apabila saya menggunakannya sebagai hujah, maka saya memanjangkan pula pembohongan.

Teks itu dipetik daripada buku Parenting Rasulullah.

Soalan :


Apa rujukan hadis di atas, jika ada? Mohon pencerahan.


Jawapan Ustaz thtl al-jazani توان حسن:
Angan2 dalam Islam
Hukumnya sunnah sama seperti Honda
=> the power of dream

dalilnya:
عن عائشة قالت : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :” إذا تمنى أحدكم فليكثر فإنما يسأل ربه “.

Dari Aisyah, Rasulullah saw bersabda, “Jika kalian berangan-angan hendaknya kalian memperbanyak angan-angan karena kalian sebenarnya sedang memohon kepada Allah”

رواه الطبراني في المعجم الأوسط [ جزء 2 – صفحة 301 ]2040 ،

[HR Thabrani dalam al Mu’jam al Ausath juz 2 hal 301 no hadits 2040, sahih albani, silsilah al-sahihah no 1266]
Syaikh Ben Othaimin ketika membaca hadith ini berkata, aku angan2 untuk menguasai bahasa Inggeris.

Angan-angan yang sunnah => ada impian dan ada usaha kearahnya.

22 April 2017

Mengenai Kisah Perang Badar

Soalan :
Mengenai kisah perang Badar. Malaikat Jibril a.s beritahu Rasulullah dia  sudah bersedia dengan kuda dan pedang kerana hendak turut berperang bersama dengan Rasulullah. Kuda malaikat itu dikira dari kalangan malaikat  atau jin?

Jawapan Ustaz Azlizan Nueq :
🔵Kuda jenis untuk malaikat. Kita ada binatang, jin ada binatang dan malaikat pun ada binatang juga.

(Ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada tuhan kamu, lalu Ia perkenankan permohonan kamu (dengan firmanNya): "Sesungguhnya Aku akan membantu kamu dengan seribu (bala tentera) dari malaikat yang datang berturut-turut.
(Al-Anfaal 8:9)


Soalan :
Adakah maksud ayat 'itu pertolongan dari Allah' dalam hadis di bawah adalah malaikat?

Jawapan Ustaz Azlizan Nueq :
Abdullah bin Abbas meriwayatkan bahwa ketika seorang sahabat mengejar dengan gigih seorang musyrik yang ada di depannya, tiba-tiba ia mendengar suara pukulan dan suara penunggang kuda yang menghentakkan kudanya. Lalu sahabat tersebut melihat orang musyrik itu jatuh tewas terkapar dengan keadaan hidung dan wajahnya terluka berat akibat pukulan keras. Hal tersebut ia ceritakan kepada Rasulullah SAW, beliau bersabda, “Kau benar, itu adalah pertolongan Allah dari langit ketiga.” (H.R.Bukhari dan Muslim)

Memang banyak musuh kafir bila diperhatikan selepas perang, bukan mati kerana pedang tetakan sahabat.
Yer bantuan dari Allah. Dalam perang Badar, Allah bantu dengan malaikat. Tapi tidak semestinya Allah perlukan malaikat. Dalam perang Khandak, Allah bantu dengan angin. Allah bantu dengan malaikat kerana nak bagi para sahabat rasa lega dengan ada bantuan malaikat itu. Padahal tidak semestinya Allah bantu dengan malaikat. Kalau Allah nak bagi menang, Allah terus bagi menang pun boleh.

3 April 2017

Konsep Tanggung Dosa

Soalan :
Dosa anak sebelum baligh ibubapa tanggung, selepas baligh diri sendiri tanggung. Kemudian, dosa anak sebelum kahwin mak ayah juga tanggung tapi selepas kahwin suami tanggung.Benarkah Syeikh?
.
.
Jawapan : Ustaz Tuan Hassan Tuan Lah (THTL)

A) Dosa anak sebelum baligh, ibubapa tanggung
tidak sahih, dosa belum ujud kepada anak belum baligh.
Dalil:," Diangkat kalam dari tiga golongan: orang tidur hingga dia jaga, kanak-kanak sehingga ia baligh, orang gila sehingga ia berakal."
[HR at Termidzi, Sunan, 2/438, hasan]

B) Selepas diri baligh, memang tanggung sendiri. Nama istilah fiqh, Mukallaf = sudah dipertanggungjawabkan kerana usia baligh

C) Anak bujang yang baligh, emak ayah tanggung, tak sahih. Anak tanggung, sebab dah mukallaf.

D) Jika jadi isteri, suami tanggung, tidak sahih. Setiap mukallaf, tanggung sendiri.

** Dosa ibubapa kerana cuai dalam memberi pendidikan agama dan akademik.
** Dosa suami kerana tidak mendidik isteri dan mengawasi muamalatnya.
** Tak ada konsep orang dewasa pikul dosa orang dewasa yang lain walaupun tanggungannya.

Dalil:
“(yaitu) bahwasanya seorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain”
(QS Al Najm [53]:38)