Soalan :
Mengenai kisah perang Badar. Malaikat Jibril a.s beritahu Rasulullah dia sudah bersedia dengan kuda dan pedang kerana hendak turut berperang bersama dengan Rasulullah. Kuda malaikat itu dikira dari kalangan malaikat atau jin?
Jawapan Ustaz Azlizan Nueq :
🔵Kuda jenis untuk malaikat. Kita ada binatang, jin ada binatang dan malaikat pun ada binatang juga.
(Ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada tuhan kamu, lalu Ia perkenankan permohonan kamu (dengan firmanNya): "Sesungguhnya Aku akan membantu kamu dengan seribu (bala tentera) dari malaikat yang datang berturut-turut.
(Al-Anfaal 8:9)
Soalan :
Adakah maksud ayat 'itu pertolongan dari Allah' dalam hadis di bawah adalah malaikat?
Jawapan Ustaz Azlizan Nueq :
Abdullah bin Abbas meriwayatkan bahwa ketika seorang sahabat mengejar dengan gigih seorang musyrik yang ada di depannya, tiba-tiba ia mendengar suara pukulan dan suara penunggang kuda yang menghentakkan kudanya. Lalu sahabat tersebut melihat orang musyrik itu jatuh tewas terkapar dengan keadaan hidung dan wajahnya terluka berat akibat pukulan keras. Hal tersebut ia ceritakan kepada Rasulullah SAW, beliau bersabda, “Kau benar, itu adalah pertolongan Allah dari langit ketiga.” (H.R.Bukhari dan Muslim)
Memang banyak musuh kafir bila diperhatikan selepas perang, bukan mati kerana pedang tetakan sahabat.
Yer bantuan dari Allah. Dalam perang Badar, Allah bantu dengan malaikat. Tapi tidak semestinya Allah perlukan malaikat. Dalam perang Khandak, Allah bantu dengan angin. Allah bantu dengan malaikat kerana nak bagi para sahabat rasa lega dengan ada bantuan malaikat itu. Padahal tidak semestinya Allah bantu dengan malaikat. Kalau Allah nak bagi menang, Allah terus bagi menang pun boleh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan