Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini, niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah). * Surah Al-An'am (6:116)
12 Januari 2018
Menyiarkan Iklan Produk Orang Non Muslim Yang Tidak Menutup Aurat
Soalan :
Assalamualaikum. Bolehkah iklankan video2 orang bukan beragama islam kepada umum seperti FB sebab mereka tidak menutup aurat. Banyak video produk jualan syarikat oleh orang bukan islam seperti barang eletrik dan ingin memberikan contoh penggunaan serta kelebihan barang pada pelanggan.
Jawapan Ustaz A Jamil Yahaya:
Jika ada keperluan boleh. Mereka memang tidak menutup aurat pun samada dalam video atau diluar video.
Mengumpat Sehingga Menjadi Fitnah
Mengumpat Sehingga Menjadi Fitnah
Soalan :
Bab Akhlak....
Apakah hukumnya ustaz ya seseorang setiap masa mengumpat orang lain sampaikan menjadi fitnah???
"Janganlah sebahagian di antara engkau semua itu mengumpat sebahagian yang lainnya. Sukakah seseorang di antara engkau semua makan daging saudaranya dalam keadaaan dia sudah mati, maka tentu engkau semua membenci. Takutlah kepada Allah, sesungguhnya Allah adalah Maha Menerima taubat lagi Penyayang."
(Surah Al-Hujurat : 12)
Ada pun yang pasal dapat pahala percuma itu, ini berdasarkan satu hadis:
Di AKHIRAT kelak, seseorang itu TERKEJUT apabila CATATAN amalan KEBAIKAN yang tidak pernah di lakukannya di DUNIA„ Maka, dia bertanya, “Wahai TUHANku, dari manakah datangnya KEBAIKAN yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah MELAKUKANNYA.” Maka ALLAH menjawab, “Semua itu adalah KEBAIKAN (PAHALA) orang yang MENGUMPAT engkau tanpa engkau KETAHUI.”
(Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili)
Tapi hadis ini adalah dhaif jiddan (sangat lemah) jadi tidak dapat dijadikan sebagai hujah.
Apakah hukumnya ustaz ya seseorang setiap masa mengumpat orang lain sampaikan menjadi fitnah???
Adakah setiap amalan ibadat dan pahala orang yang mengumpat dan fitnah tu akan dapat kepada orang yang kena umpat dan fitnah ustaz ya??
Jawapan Ustaz Azlizan Nueq :
Bab mengumpat. Tentunya ini adalah dosa besar kerana disebut dalam Quran.
"Janganlah sebahagian di antara engkau semua itu mengumpat sebahagian yang lainnya. Sukakah seseorang di antara engkau semua makan daging saudaranya dalam keadaaan dia sudah mati, maka tentu engkau semua membenci. Takutlah kepada Allah, sesungguhnya Allah adalah Maha Menerima taubat lagi Penyayang."
(Surah Al-Hujurat : 12)
Ada pun yang pasal dapat pahala percuma itu, ini berdasarkan satu hadis:
Di AKHIRAT kelak, seseorang itu TERKEJUT apabila CATATAN amalan KEBAIKAN yang tidak pernah di lakukannya di DUNIA„ Maka, dia bertanya, “Wahai TUHANku, dari manakah datangnya KEBAIKAN yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah MELAKUKANNYA.” Maka ALLAH menjawab, “Semua itu adalah KEBAIKAN (PAHALA) orang yang MENGUMPAT engkau tanpa engkau KETAHUI.”
(Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili)
Tapi hadis ini adalah dhaif jiddan (sangat lemah) jadi tidak dapat dijadikan sebagai hujah.
Bayar hutang, cari tuan untuk bayar hutang tak jumpa, Pemiutang Hilang Tanpa Dikesan
Pemiutang Hilang Tanpa Dikesan
Soalan :
Assalammualaikum ustaz. Jika kita ada hutang seseorang. Contohnya seperti hutang wang main kutu, tetapi orang yang kita hutang dah lost contact. Puas mencari tetapi tetap tidak dapat cari, mungkin dia telah balik ke negara lain atau telah tukar no hp baru. Kita betul2 niat nak bayar sangat hutang dia, dah usaha cari dia tetapi tak berjumpa juga ustaz. Macam mana kita nak langsaikan hutang orang tu ya ustaz???
Jawapan Ustaz Azlizan Nueq :
Hutang wajib dibayar. kalau tidak, akan kena bayar di akhirat kelak dan tentu kita rugi, sebab bayar dengan pahala kita. Sudahlah pahala belum tentu ada, kan?
Maka kerana itu kena jaga betul2 bab ini.
Maka cara yang dicadangkan adalah dengan sedekahkan wang itu atas nama dia. Nanti bila dia claim di akhirat nanti, ia sudah jadi pahala bagi dia dan dia pun senang hati. Ini cadangan ulama sahaja.
Menasihati Dengan Cara Mengumpat & Memfitnah
Soalan :
Apakah hukumnya ustaz ya jika seseorang nak bagi nasihat kepada kita tetapi caranya salah dengan mengumpat dan memfitnah kita???
Jawapan Ustaz Azlizan Nueq :
Ini bukan nasihat yang baik. Ini berlawanan dengan hadis:
Dari Abu Musa r.a., katanya: "Saya berkata: "Ya Rasulullah, manakah kaum Muslimin itu yang lebih utama?" Beliau s.a.w. menjawab: "Iaitu yang orang-orang Islam lain merasa selamat daripada gangguan lisannya serta dari tangannya." (Muttafaq 'alaih)
Selamat itu adalah selamat dari kata-kata hina/huduh/nista tak baik dari seorang muslim yang lain.
Langgan:
Catatan (Atom)