FIQH WANITA - SOALAN & JAWAPAN TERPILIH

FIQH WANITA - SOALAN & JAWAPAN TERPILIH
Dakwah Dan Pendidikan Sunnah Online Malaysia Berteraskan Al-Quran Dan Hadith Sahih Melalui Aplikasi Telegram, Laman Web Dan Laman Sosial

12 Januari 2018

Mengumpat Sehingga Menjadi Fitnah

Mengumpat Sehingga Menjadi Fitnah

Soalan :
Bab Akhlak....
Apakah hukumnya ustaz ya seseorang setiap masa mengumpat orang lain sampaikan menjadi fitnah???
Adakah setiap amalan ibadat dan pahala orang yang mengumpat dan fitnah tu akan dapat kepada orang yang kena umpat dan fitnah ustaz ya??


Jawapan Ustaz Azlizan Nueq :
Bab mengumpat. Tentunya ini adalah dosa besar kerana disebut dalam Quran. 

"Janganlah sebahagian di antara engkau semua itu mengumpat sebahagian yang lainnya. Sukakah seseorang di antara engkau semua makan daging saudaranya dalam keadaaan dia sudah mati, maka tentu engkau semua membenci. Takutlah kepada Allah, sesungguhnya Allah adalah Maha Menerima taubat lagi Penyayang." 
(Surah Al-Hujurat : 12)


Ada pun yang pasal dapat pahala percuma itu, ini berdasarkan satu hadis:
Di AKHIRAT kelak, seseorang itu TERKEJUT apabila CATATAN amalan KEBAIKAN yang tidak pernah di lakukannya di DUNIA„ Maka, dia bertanya, “Wahai TUHANku, dari manakah datangnya KEBAIKAN yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah MELAKUKANNYA.” Maka ALLAH menjawab, “Semua itu adalah KEBAIKAN (PAHALA) orang yang MENGUMPAT engkau tanpa engkau KETAHUI.”
(Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili)

Tapi hadis ini adalah dhaif jiddan (sangat lemah) jadi tidak dapat dijadikan sebagai hujah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan