Adakah wujud mandi wiladah di dalam syariat Islam?
Jawapan thtl al-jazani توان حسن:
Mandi wiladah tidak wujud. Yang ada hanyalah mandi selepas keringnya darah nifas.
Wiladah bermaksud bersalin, maka mandi bersalin tidak ada di dalam syariat. Tujuan mandi nifas ialah untuk mensucikan diri agar dibolehkan solat, manakala mandi wiladah tidak mempunyai tujuan khusus kerana selepas mandi pun masih belum boleh solat jika darah nifas belum kering.
Menurut Fatwa Arab Saudi, wanita yang turun darah hendak bersalin, dianggap pakej bersalin dan gugurlah kewajipan solat ke atasnya.
Ini kerana darah tersebut bukan lagi darah haid atau istihadzah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan