Soalan :
Sheikh ade orang kata meniaga itu sunnah. Betul ke?
Jawapan sheikh thtl al-jazani توان حسن:
Kena faham kaedah Usyul Sunnah.
Sunnah = apa saja yang ada kaitan dengan Nabi Saw.
Sunnah ada dua jenis:
1. Jibliyah = Sunnah yang selari dengan amalan manusia, harus sahaja
2. Syariah = Sunnah yang diberatkan kepada umatnya, ini hukumnya sunat
Busines itu amalan manusia sejak adam lagi, maksudnya manusia samada bertani, berniaga atau makan gaji. itu metod lumrah utk mendapat rezki. busines adalah cara mendapat rezki yg paling lumayan.
Pada suatu ketika Nabi saw pernah mengembala kambing, pernah mengiringi Abu Talib berniaga di Syria dan beliau sendiri pernah berniaga untuk Khadijah. Maka ia cuma sunnah jibliyah sahaja. Maka boleh saja umat Muhammad bertani, makan gaji dan busines, itu cuma metod untuk mendapat rezki. Bukan bermaksud orang busines dapat pahala sunnah. Tak der sedemikian.
Contoh lain, makanan sunnah. Nabi Saw makan labu. Nabi makan tembikai. Maka peniaga menjaja bahawa siapa makan labu dan tembikai telah amalkan sunnah. Ini cuma sunnah jibliyah. Perkara harus sahaja bukan dapat pahala sunat.
Contoh lain: Nabi sangat memberatkan umatnya solat berjamaah 5 waktu di mesjid. Ini sunnah yang HAKIKI, sunat syariat. Siapa yang amalkan sunnah ni dapat pahala 27X ganda. Akan tetapi orang yang makan sira labu dan makan tembikai, tak dapat pahala.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan