Assalamualaikum.. Ada tips ke nak eratkan lagi hubungan suami isteri walaupun dah lama kahwin? Saya tak kahwin lagi tapi risau macam kes ni hmmm.
Buat masa ni mak ayah saya still loving. Bila tanya apa rahsia? Sebab sayang dan anak. Gitu je jawapannya
Jawapan Sheikh thtl al-jazani توان حسن
Isu Pertama : Kena ada ilmu. Ilmu asas ialah buku2 seperti ini
1. Dr John Gray, Men From Mars, Women From Venus
2. Dr Alan and Barbara Pease,
Kenapa lelaki mahukan seks, wanita mahukan cinta
Kenapa lelaki tidak suka mendengar, wanita tidak boleh membaca peta
Buku2 seperti ini orang kita kurang membaca sebelum kahwin
Isu Kedua : Bila perkahwinan dah lama, misalnya dah 20 tahun, 25 tahun atau macam Tun Mahadir dan Tun hasmah, dah 70 tahun kahwin, memang cinta atau "fire" tu dah kurang, yang ada ialah kesibukan membesarkan anak2, seronok tengok anak, kemudian anak kawin, kemudian alam cucu.
Isu Ketiga : Mengekalkan momentum perkahwinan yang berkekalan
1- Ini isu manhaj dan amal. Jika sama manhaj, sama kuat beragama, tahajud sama kuat, solat sunat, puasa sunat, umrah sunat, sedekah sunat, sama kuat antara suami isteri, maka memang akan tip top. Jika isteri je yang kuat tahajud, kuat puasa, maka tak jadilaa
2- Isu Ilmu. Keduanya menyintai ilmu dan ghairah meneruskan pembelajaran
3- Isu Dakwah. Keduanya aktif dalam bidang dakwah, NGO atau politik
4- Isu Kesihatan. Keduanya menjaga kesihatan, menjaga fizikal, menjaga makanan, menjaga exercise, maka kekuatan badan akan menjamin kehidupan seksual yang berpanjangan.
5- Isu Hobi Dan Interest. Keduanya memiliki hobi yang sama. Misalnya melancung, aktiviti lasak, mendaki gunung, berbasikal.
Itu antara tipsnya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan