Soalan :
Assalamualaikum nak tanya bila kita dah solat tarawih bolehkah qiam?
Jawapan sheikh thtl al-jazani توان حسن:
Solat tarawih tu adalah qiyam yang diawalkan. Ini khusus utk bulan ramadhan sahaja. Zaman salafus soleh, mereka solat 8, tapi lama rakaatnya, sampai jam 12 mlm.
Di mekah pada era Imam Syafi'iy, orang Mekah buat 23 rakaat. Selepas setiap 4 rakaat, tawaf 7X, sambung, sampai tengah malam.
Di Medinah, era Imam Malik, mereka buat 36 rakaat. Maka bila balik rumah, tak ada lagi qiam tambahan melainkan bangun sahur. Solat sunat fajar dan solat fajar di mesjid, 2 rakaat pun bacaannya amat panjang.
Zaman sekarang, buat 8 rakaat, pukul 9:30 malam dah habis, balik tidur. Maka memang boleh sangat la qiam lagi sekali, sebab qiam zaman moden ni Lite n Easy. Ringan sangat berbanding tarawih zaman salaf dulu.
Orang keliru sebenarnya dengan larangan qiam atau larangan witir dua kali. Yang benar, larangan solat witir 2X. Sebabnya di mesjid, masa taraweh dah witir, maka yang dilarang adalah witir sekali lagi di rumah.
Adapun qiam, tahajjud tidak dilarang. Sebab solat malam, bilangan rakaatnya tidak ada maksima. Maka bila dah buat 8 rakaat bersama imam, maka OK saja nak tambah sampai 100 rakaat...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan