12 Disember 2020

Asal Usul Perkahwinan : Bab Nafkah Dan Pengurusan Kewangan Keluarga

HURAIAN dari Syeikh thtl al-jazani توان حسن:

Asal Usul Perkahwinan : Bab Nafkah Dan Pengurusan Kewangan Keluarga

Asal zaman purbakala, khususnya di tanah arab, wanita cuma suri rumah.  suami sole bread winner, suami yang mencari rezeki.

Pada masa ini, mak mertua tidak ada yang meminta apa apa. Emak mertua memang akan meminta dari anaknya [suami] sahaja. 

Kalau isteri ada harta, itu memang milik dia. Dia diberi nafkah oleh suami, dan hartanya memang milik dia. Wanita tidak diwajibkan nafkah.

Fiqh asal, lelaki yang memberi nafkah [dinamakan belanja dapur + duit poket]

Di malaysia, wanita sejak dulu kala, adalah wanita kerjaya, ada career. 

Maka fiqh keluarga akan berubah sebab sistem telah berubah. Dahulu, isteri memiliki harta melalui nafkah suami dan ia mencukupi untuk dia sahaja. Sekarang di malaysia, isteri ada pendapatan sendiri.
Cth gaji suami RM 4,000, gaji isteri RM5,000.

Maka ada fiqh yang baru:
1. Apakah suami masih perlu memberi nafkah duit poket untuk isteri.
2. Macam mana kos pengurusan rumah [belanja dapur, bill bil air/eletrik, taska, tadika, yuran sekolah swasta]
3. Kos tetap [ansuran kereta, ansuran perumahan]
4. Pelaburan/investment
5. Caruman bulanan kepada ibubapa.


fiqh baru maksudnya suami isteri kena sit down dan kena bincang bersama.

Maka bila bincang bab sumbangan kepada parents, isunya:
1. Caruman bulan kpd ibubapa, apakah masing masing atau sharing.
2. Apakah isteri perlu beri sumbangan bulanan kepada ibubapa suami
3. Apakah suami kena beri sumbangan kepada ibubapa isteri.

Ini perlu perbincangan sebelum menjalani kehidupan sebagai suami isteri.

Fiqh yang baru disebabkan isteri ada career/kerjaya ini tidak ada dalam mana mana kitab fiqh. Sebab zaman awal Islam di tanah arab, wanita tidak ada kerjaya, wanita masih belum dapat human rights sepenuhnya lagi.

Maka suami isteri di zaman moden yang kena bangunkan fiqh finance atau kewangan mereka sendiri berdasarkan pendapatan kasar isi rumah [total family income] dan expenses atau perbelanjaan yang semakin meningkat di akhir zaman.


SEBAB UTAMA WANITA KERJAYA vs WANITA SURI RUMAH JAUH BEZA.

1. Wanita kerjaya akan menghabiskan masa minima 8 jam di luar rumah. maka suami dan anak anak akan kehilangan hak yang banyak.

2. Isu keletihan, isteri tidak lagi mampu melayan suami OD [on demand] sebab faktor keletihan. Suami akan kehilang hak OD

3. Pendidikan anak anak dari bayi kepada usia mumaiyyiz (tadika), ini juga kehilangan, anak anak tidak dapat hak penjagaan atau hadhanah

4. Bayi juga kehilangan hak penyusuan yang sempurna.

5. Kehilangan mendapat masakan yang baik, diet yang terjaga, 

6. Keadaan rumah tangga dari segi kebersihan, susun atur, urusan pakaian semua akan terjejas.

7. Isteri akan terdedah kepada fitnah, jika beliau seorang yang cantik dan muda.

Ini semua kos melepas yang terpaksa ditanggung oleh suami, maka sebab itu perlu kepada perbincangan untuk mengurus dana keluarga bersama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan