7 Disember 2020

Masalah Keutamaan Menantu Perempuan Pada Ibu Atau Ibu Mertua

Soalan :
Assalamualaikum shaikh.. Saya nak tanya, saya dengar ceramah, ustaz ckp antara mak mertua dgn ibu2 saudara yg lain kita kena lebih utamakan ibu2 saudara lg. Apa pendapat ustaz? Sebabnya pernah jugak sy dgr ibu mertua ibarat seperti ibu kandung kita juga. Pohon pencerahan ustaz..


Jawapan Syeikh thtl al-jazani توان حسن:
Sistem camparison ni tidak bagus
mertua vs ibu kandung
mertua vs mak sedara.

Sebab Allah dah set the system, hubungan darah memiliki keutamaan

عن المقدام بن معدي كرب عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: إن الله يوصيكم بأمهاتكم. ثم يوصيكم بأمهاتكم. ثم يوصيكم بآبائكم، ثم بالأقرب فالأقرب.
“Dari Miqdam bin Ma’di Kariba dari Nabi saw beliau bersabda: “sesungguhnya Allah mewasiatkan ibu kalian kepada kalian semua, kemudian ayah kalian kemudian kerabat terdekat.” 
[HR Bukhari]

Emak kandung, ayah kandung, anak anak, kemudian kerabat (atuk, nenek, mak sedara, ayah sedara, anak sedara, sepupu sepapat...)

Ini turutan dalam hubungan kerabat, hubungan darah, rahim

Kemudian sistem suami pula, kerana ia hubungan disebabkan perkahwinan. Jika berlaku perceraian, putusla.

Suami, kemudian mak mertua, ayah mertua, atuk nenek sebelah suami, adik beradik suami, ibu sedara sebelah suami..dll.

Maka tidak boleh lah nak compare family kita VS family suami. Sebab syariat tidak mendetailkan melainkan dipandu oleh FIQH AKHLAK dan URUF atau BUDAYA MELAYU.

Tetapi secara fitrah, naluri, syariat, setiap orang perlu utamakan darah daging (zawil arham, kerabat). Namun, jika ada family suami, dia kena berusaha sebaik mungkin untuk meraikan, membantu jika mereka dalam kesusahan.

Kaum keluarga kita, darah daging kita mendapat keutamaan kerana itulah family kita yang hakiki. Manakala famili suami cuma diikat dengan perkahwinan sahaja. Antara darah dan perkahwinan, hubungan darah lebih genuine.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan