FIQH WANITA - SOALAN & JAWAPAN TERPILIH

FIQH WANITA - SOALAN & JAWAPAN TERPILIH
Dakwah Dan Pendidikan Sunnah Online Malaysia Berteraskan Al-Quran Dan Hadith Sahih Melalui Aplikasi Telegram, Laman Web Dan Laman Sosial

4 Disember 2020

Menggunakan Duit Ibu Untuk Membeli Barangan Tanpa Izin

Soalan :
Assalamualaikum syeikhh.. Saya nak tanya, jika mak kita sudah tua umur 70an, mak ada duit dia sendiri. Tetapi  kita sebagai anak-anaknya gunakan sepenuhnya duit mak untuk renovate rumah dan pasang aircond rumah mak tanpa mintak persetujuan mak. Anak-anak hanya fikir untuk beri keselesaan pada mak. Sebabnya buat apa mak menyimpan duit mak dan akhirnya bila meninggal duit tu akan jatuh faraid pada anak-anak pula. Bukankah sesuai duit itu digunakan semasa mak hidup. Pohon pandangan ustaz.


Jawapan Syeikh thtl al-jazani توان حسن :
Ini adalah Fiqh akhlak, fiqh bir wa lidayn (fiqh berbakti kepada kedua ibubapa)

1. Kena respect harta ibu, perlu minta izin dia dulu

2. Ibu sepatutnya meninggalkan pesaka kepada anak anaknya, pesaka itu pula adalah sebahgian dari fiqh Harta dalam Islam

3. Faraid ada hukum Allah yang adil, maka biarlah fiqh ini berjalan dalam kehidupan kita untuk menyelesaikan fiqh pesaka.

4. Kecuali ada isu isu yang kami tidak tahu, seperti ibu yang terlalu kedekut atau ibu hilang upaya untuk memikirkan hartanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan