FIQH WANITA - SOALAN & JAWAPAN TERPILIH

FIQH WANITA - SOALAN & JAWAPAN TERPILIH
Dakwah Dan Pendidikan Sunnah Online Malaysia Berteraskan Al-Quran Dan Hadith Sahih Melalui Aplikasi Telegram, Laman Web Dan Laman Sosial

24 Oktober 2016

FAZAKKIR (peringatan)

Harta benda, nama baik disisi orang kenamaan, kedudukan, keturunan, nasib baik yang senantiasa mengiringi langkah, kesihatan yang berpanjangan, kejayaan dalam setiap usaha......... semua ini bukanlah menjadi kayu ukur seseorang itu hidupnya diredoi Allah.

Kerana Allah memberikan bahagian dari dunia ini kepada hamba-Nya yang beriman dan juga yang kufur.

Sabda RAsulullah S.A.W

وَإِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ يُعْطِي الدُّنْيَا مَنْ يُحِبُّ وَمَنْ لَا يُحِبُّ وَلَا يُعْطِي الدِّينَ إِلَّا لِمَنْ أَحَبَّ
Dan Allah memberikan bahagian dunia kepada sesiapa yang dicintai-Nya serta sesiapa yang tidak dicintai-Nya. Dan tidak mengurniakan agama melainkan kepada sesiapa yang dicintai-Nya.(H.R Ahmad)

Kemewahan dunia yang dinikmati manusia keseluruhannya tidaklah lebih bernilai disisi Allah berbanding 1 sayap nyamuk.

Sabda Rasulullah S.A.W
لَوْ كَانَتْ الدُّنْيَا تَعْدِلُ عِنْدَ اللَّهِ جَنَاحَ بَعُوضَةٍ مَا سَقَى كَافِرًا مِنْهَا شَرْبَةَ مَاءٍ

Andaikata dunia ini dunia ini bernilai seumpama 1 sayap nyamuk disisi Allah, maka orang kafir tidak akan minum walaupun seteguk air
(H.R al-Tirmidzi)

Dan Allah memilih untuk menghidupkan Rasulullah S.A.W dalam keadaan miskin. Tidak pernah kenyang dua kali dalam satu hari. Baginda pernah mengikat perut dengan batu dan pernah juga tidur diatas tikar kasar yang meninggalkan bekas dibadan.

Yang paling ditakuti adalah Allah membiarkan kita tenggelam dalam keenakan melakukan maksiat dan dipermudahkan untuk melakukan maksiat.

Sabda Rasulullah S.A.W
إِذَا رَأَيْتَ اللَّهَ يُعْطِي الْعَبْدَ مِنْ الدُّنْيَا عَلَى مَعَاصِيهِ مَا يُحِبُّ فَإِنَّمَا هُوَ اسْتِدْرَاجٌ ثُمَّ تَلَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
{ فَلَمَّا نَسُوا مَا ذُكِّرُوا بِهِ فَتَحْنَا عَلَيْهِمْ أَبْوَابَ كُلِّ شَيْءٍ حَتَّى إِذَا فَرِحُوا بِمَا أُوتُوا أَخَذْنَاهُمْ بَغْتَةً فَإِذَا هُمْ مُبْلِسُونَ }

Apabila kamu melihat Allah mengurniakan kepada hamba-Nya yang melakukan maksiat bahagian yang disukainya dari nikmat dunia, sesungguhnya yang demikian itu adalah istidraj. Kemudian baginda membacakan ayat:

Kemudian apabila mereka lupa akan peringatan yang telah disampaikan, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan, sehingga apabila mereka bergembira dengan nikmat yang dikurniakan, Kami timpakan azab secara mengejut , maka (ketika itu) mereka pun berputus asa.
(H.R Ahmad)

USA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan