Dalilnya hadith Abu Hurairah dalam Bukhari ( 5195) dan Muslim ( 1026) antara lafaznya :
لا يحل للمرأة أن تصوم و زوجها شاهد إلا بإذنه...
(( Tidak halal bagi seorang wanita berpuasa sedangkan suaminya dalam negeri melainkan dengan izinnya... ))
Maksud puasa disini termasuk puasa qada selagi belum sempit waktunya, dan semua puasa sunat lain seperti puasa 6.
Berkata Nawawi dalam Syarah Muslim :
"و هذا النهي للتحريم صرح به أصحابنا "
" Dan larangan ini hukumnya haram, sahabat-sahabat kami telah mengatakan secara jelas. "
Berkata beliau lagi :
" jika dikatakan : boleh sahaja dia berpuasa tanpa izin, jika suami ingin bersatu dengannya boleh sahaja dan dia batalkan puasanya?
Maka jawabnya :
Puasa isterinya menghalang suami bersatu secara kebiasaannya kerana dia keberatan mencemarkan puasa dengan membatalkannya ( dengan berjimak) "
Berkata al-Hafiz dalam al-Fath :
" dalam hadith ini dalil bahawa hak suami atas isteri lebih kuat dari melakukan kebaikan yang sunat, kerana hak suami wajib, melaksanakan yang wajib didahulukan atas melaksanakan yang sunat. "
Ustaz Murad Said
Tiada ulasan:
Catat Ulasan