FIQH WANITA - SOALAN & JAWAPAN TERPILIH

FIQH WANITA - SOALAN & JAWAPAN TERPILIH
Dakwah Dan Pendidikan Sunnah Online Malaysia Berteraskan Al-Quran Dan Hadith Sahih Melalui Aplikasi Telegram, Laman Web Dan Laman Sosial

23 Januari 2017

Maksud Khitbah

Soalan :
Assalamualaikum,apa maksud khitbah? Apakah khitbah dibenarkan dalam islam? Jika dibenarkan, apa syarat-syarat yang harus dipatuhi dalam khitbah.
Mohon penjelasan akan persoalan ini.. syukran..


Jawapan Ustaz Azlizan Nueq:

Khitbah maksudnya bertunang. Iaitu perjanjian untuk bernikah. Ianya memang ada dalam islam. Kalau seorang wanita sudah menjadi tunang orang lain, haram untuk meminangnya lagi. Sebab dah ada orang 'book'.

Khitbah disebut dalam Quran dalam 2:235
وَلا جُناحَ عَلَيكُم فيما عَرَّضتُم بِهِ مِن خِطبَةِ النِّساءِ
Dan tidak ada dosa bagi kamu meminang wanita-wanita itu dengan sindiran

Jelas maksud 'khitbah' di sini adalah meminang.

Yang buat majlis, kenduri, bagi cincin apa semua, itu adalah adat sahaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan