Soalan :
Adakah nikah gantung dibolehkan dalam islam?
♻
Jawapan Ustaz Azlizan Nueq:
Nikah gantung Tidak Ada Dalam Islam.
Selepas akad nikah, dah sah untuk mengadakan perhubungan seks. Tidak boleh ditahan kerana ianya sudah halal. Kalau ditahan, itulah mengharamkan yang halal.
Ada juga yang buat begini... sebab belajar dan selalu jumpa, jadi nak couple, maka mereka nikah gantung - tidak bersama. so boleh jumpa, boleh sembang dan sebagainya. Sebab mereka masih belajar, yang lelaki pun tidak dapat nak bagi nafkah tempat tinggal dan jaga isterinya. Ini Juga Tidak Ada Dalam Islam.
Jika ada, begini. Telah bernikah tapi isteri itu melepaskan haqnya sebagai isteri (tanazul). Iaitu seperti yang dilakukan oleh Sauda' terhadap Rasulullah. Sauda' adalah isteri nabi tapi dia telah lepaskan haq harinya kepada Aisyah. Maka ulama membenarkan kalau begini. Jadi, satu pasangan boleh berkahwin dan isteri itu tidak menuntut haq nafkah, tempat tinggal dan sebagainya. Tapi ini setahu saya dinamakan Nikah Mis'yar.
Tapi walaupun isteri lepaskan hak nafkah, mereka tetap boleh mengadakan hubungan seks.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan