FIQH WANITA - SOALAN & JAWAPAN TERPILIH

FIQH WANITA - SOALAN & JAWAPAN TERPILIH
Dakwah Dan Pendidikan Sunnah Online Malaysia Berteraskan Al-Quran Dan Hadith Sahih Melalui Aplikasi Telegram, Laman Web Dan Laman Sosial

7 Januari 2020

Persoalan Tentang Hidayah Allah

Soalan :

Jawapan Uztaz Azlizan
Semua manusia mendapat fitrah di dalam dirinya kenal kepada Allah. Dan apabila mereka hidup di dunia, mereka didedahkan dengan pengetahuan tentang agama Islam, tentang Allah. Dia tentu nampak dalam media tentang agama Islam, orang Islam, quran dan sebagainya. Semua dapat peluang itu.

Cuma salahnya mereka buat tak kisah sahaja. Tidak ada inabah dalam hati mereka. Inabah adalah keinginan kepada kebenaran.

Allah berikan kebebasan memilih cara hidup kepada setiap insan. Allah tak paksa semua manusia jadi Muslim walaupun Allah boleh buat begitu. Allah beri manusia buat pilihan sendiri.

Kalau ada keinginan kpd kebenaran, Allah akan pimpin manusia itu kepada Islam.

Baik dalam kehidupan tidak bermakna apa-apa di akhirat kelak. Kerana mereka tidak kenal Allah dan tidak taat kepada Allah.

Ingatkah yang Allah tidak zalim. Bukanlah Allah terus tetapkan seseorang itu kafir atau Muslim dari awalnya.

Allahu a'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan