Soalan :
🔴Assalamualaikum syeikh..
Boleh tak kita didik anak supaya dia minat beribadah dengan cara bagi hadiah atau menurut kehendak nya?
Contoh; kita beri hadiah atau duit setiap hari jika dia berjaya lakukan solat berjemaah terutama isya dan subuh? Kita nak galakkan dia berpuasa Ramadhan kita janji nak bagi duit Raya sebanyak mana puasa dia berjaya lakukan? Dan banyak cth lain yang kita berikan ganjaran dalam bentuk duniawi.
Saya musykil sebab cara begini macam tak ikhlas beribadah semata2 kerana Allah swt. Mohon pendapat syeikh. Jzzk.
Jawapan thtl al-jazani توان حسن:
Boleh, ia dinamakan kreativiti... Contoh dari Para Sahabat:
عن الربيع بنت معوذ قالت : أفكنا نصومه بعد، ونصوم صبياننا، ونجعل لهم اللعبة من العهن، فإذا بكى أحدهم على الطعام أعطيناه ذاك حتى يكون عند الإفطار.
Dari Ar-Rubayyi’ binti Mu’awwidz, ia berkata : “Sehingga sejak hari itu kami berpuasa pada hari tersebut (hari asyura) dan memerintahkan anak-anak kami untuk berpuasa pula. Untuk itu kami membuatkan mainan (anak-anak) yang terbuat dari wol. Jika salah satu di antara anak-anak kecil tersebut menangis karena ingin makan, kami berikan kepada dia mainan tersebut hingga datangnya waktu berbuka”
[Diriwayatkan oleh Al-Bukhaariy no. 1960 dan Muslim no. 1136].
Di zaman salaf, jika anak tak larat meneruskan puasa, ibunya memberi toy. Zaman salaf dulu duit belum ada. Yang ada gold dan silver coins (dinar dan dirham) yang terhad dan tak semua salaf memilikinya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan