FIQH WANITA - SOALAN & JAWAPAN TERPILIH

FIQH WANITA - SOALAN & JAWAPAN TERPILIH
Dakwah Dan Pendidikan Sunnah Online Malaysia Berteraskan Al-Quran Dan Hadith Sahih Melalui Aplikasi Telegram, Laman Web Dan Laman Sosial

9 Januari 2020

Adalah Wujud Mandi Wiladah?

Soalan :
Adakah wujud mandi wiladah di dalam syariat Islam?


Jawapan thtl al-jazani توان حسن:
Mandi wiladah tidak wujud. Yang ada hanyalah mandi selepas keringnya darah nifas.  

Wiladah bermaksud bersalin, maka mandi bersalin tidak ada di dalam syariat. Tujuan mandi nifas ialah untuk mensucikan diri agar dibolehkan solat, manakala mandi wiladah tidak mempunyai tujuan khusus kerana selepas mandi pun masih belum boleh solat jika darah nifas belum kering.

Menurut Fatwa Arab Saudi, wanita yang turun darah hendak bersalin, dianggap pakej bersalin dan gugurlah kewajipan solat ke atasnya. 

Ini kerana darah tersebut bukan lagi darah haid atau istihadzah.

7 Januari 2020

Batas Aurat Dan Wuduk Dengan Non Muslim

Soalan :
Ustaz.. Batal ke air sembahyang jika tersentuh non muslim. Dan haram ke jika dedah aurat kepada non muslim walaupon sesama jenis.


Jawapan thtl al-jazani توان حسن:
Fatwa Saudi:
فيه قولان لأهل العلم ، والأرجح : عدم الوجوب ؛ لأن ذلك لم يُنقل عن أزواج النبي صلى الله عليه وسلم ، ولا عن غيرهن من الصحابيات حين اجتماعهن بنساء اليهود في المدينة والنساء الوثنيات ، ولو كان واقعاً لنُقل كما نُقل ما هو أقل منه وقالوا : لا مانع من كشف المرأة وجهها عند المرأة ، مسلمة كانت أو كانت كافرة

“Ada dua pendapat di kalangan ahli ilmu, pendapat yang lebih benar wanita muslimah tidak wajib mengenakan hijab di hadapan wanita kafir. Karena hal tersebut tidak pernah dinukilkan dari para istri Nabi shalallahu ‘alaihi wa sallam tidak pula dari para sahabat yang wanita ketika mereka berkumpul dengan para wanita yahudi di madinah dan para wanita penyembah patung.

Seandainya berhijabnya mereka ini pernah terjadi niscaya pasti akan ada penukilan sebagaimana hal lain dinukilkan. Para ulama mengatakan : Tidak mengapa seorang wanita menyingkap hijabnya dihadapan wanita lain baik muslimah maupun kafir.” (Fatawa Lajnah Daimah :17/287).


Ringkasan:
Jumhur (hanafi, maliki, syafi'iy dan satu pendapat hanbali), wajib menututp aurat penuh dihadapan wanita kafirah. 

Minoriti (sebahgian hanbali (saudi), syafi'iy (malaysia) harus membuka apa yang biasa dibuka kepada wanina kafirah/nonmuslim. (Al-Mawsu’ah Al-Fiqhiyyah, 31: 47)

Air wuduk tidak terbatal apabila wanita muslim  bersentuhan dengan wanita non muslim

Menyihir Orang Lain

Soalan :
As salam.. Di taman saya baru ada kematian seorg pemuda.. Pemuda ni belajar di Mesir habis belajar .. Bekerja dan nak berkhawin.. Dia telah jatuh sakit.. Dan pada badannya ada seperti di kelar dan ada tanda bulat2 warna merah, seperti dicucuk jarum.. Kata ibunya ustaz merawat anknya ada bagitau anknya di sihir.. Ustaz jika benar  disihir, apakah balasan si pembuatnya.. dikira syirik kan ustaz?


Jawapan thtl al-jazani توان حسن:

وَلَكِنَّ الشَّيَاطِينَ كَفَرُوا يُعَلِّمُونَ النَّاسَ السِّحْرَ
Maksudnya: “Tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir.
[2:102]

Orang yang menyihirnya jauh hukum kafir. Paling kurang dosa besar, Al Kabair.

Perihal Mahsyar

Soalan :
🔴 Assalamualaikum Sheikh.
Bumi Mahsyar ada di mana ?
Adakah sekarang sudah ada?


Jawapan thtl al-jazani توان حسن:
Mahsyar ni baru... Dalil, surah ibrahim ayat 47-48.

فَلَا تَحْسَبَنَّ اللّٰهَ مُخْلِفَ وَعْدِهٖ رُسُلَهٗ ۗ اِنَّ اللّٰهَ عَزِيْزٌ ذُوْ انْتِقَا مٍ ۗ 
"Oleh itu, janganlah engkau menyangka Allah memungkiri janjiNya kepada Rasul-rasulNya; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Sedia Membalas (orang-orang yang menderhaka kepadaNya)."

يَوْمَ تُبَدَّلُ الْاَ رْضُ غَيْرَ الْاَ رْضِ وَا لسَّمٰوٰتُ وَبَرَزُوْا لِلّٰهِ الْوَا حِدِ الْقَهَّا رِ
"(Ingatlah) masa hari bumi ini diganti dengan yang lain, demikian juga langit; dan manusia semuanya keluar berhimpun mengadap Allah, Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa."


Tak boleh nak jawab apakah ia sudah ada... Yang paling penting kita kena buat persiapan untuk mahsyar

Persoalan Tentang Hidayah Allah

Soalan :

Jawapan Uztaz Azlizan
Semua manusia mendapat fitrah di dalam dirinya kenal kepada Allah. Dan apabila mereka hidup di dunia, mereka didedahkan dengan pengetahuan tentang agama Islam, tentang Allah. Dia tentu nampak dalam media tentang agama Islam, orang Islam, quran dan sebagainya. Semua dapat peluang itu.

Cuma salahnya mereka buat tak kisah sahaja. Tidak ada inabah dalam hati mereka. Inabah adalah keinginan kepada kebenaran.

Allah berikan kebebasan memilih cara hidup kepada setiap insan. Allah tak paksa semua manusia jadi Muslim walaupun Allah boleh buat begitu. Allah beri manusia buat pilihan sendiri.

Kalau ada keinginan kpd kebenaran, Allah akan pimpin manusia itu kepada Islam.

Baik dalam kehidupan tidak bermakna apa-apa di akhirat kelak. Kerana mereka tidak kenal Allah dan tidak taat kepada Allah.

Ingatkah yang Allah tidak zalim. Bukanlah Allah terus tetapkan seseorang itu kafir atau Muslim dari awalnya.

Allahu a'lam.

Mendidik Anak Dengan Menghadiahkan Ganjaran

Soalan :
🔴Assalamualaikum syeikh..
Boleh tak kita didik anak supaya dia minat beribadah dengan cara bagi hadiah atau menurut kehendak nya?

Contoh; kita beri hadiah atau duit  setiap hari jika dia berjaya lakukan solat berjemaah terutama isya dan subuh? Kita nak galakkan dia berpuasa Ramadhan kita janji nak bagi duit Raya sebanyak mana puasa dia berjaya lakukan? Dan banyak cth lain yang kita berikan ganjaran dalam bentuk duniawi.

Saya musykil sebab cara begini macam tak ikhlas beribadah semata2 kerana Allah swt. Mohon pendapat syeikh. Jzzk.


Jawapan thtl al-jazani توان حسن:
Boleh, ia dinamakan kreativiti... Contoh dari Para Sahabat:

عن الربيع بنت معوذ قالت : أفكنا نصومه بعد، ونصوم صبياننا، ونجعل لهم اللعبة من العهن، فإذا بكى أحدهم على الطعام أعطيناه ذاك حتى يكون عند الإفطار.

Dari Ar-Rubayyi’ binti Mu’awwidz, ia berkata :  “Sehingga sejak hari itu kami berpuasa pada hari tersebut (hari asyura) dan memerintahkan anak-anak kami untuk berpuasa pula. Untuk itu kami membuatkan mainan (anak-anak) yang terbuat dari wol. Jika salah satu di antara anak-anak kecil tersebut menangis karena ingin makan, kami berikan kepada dia mainan tersebut hingga datangnya waktu berbuka” 
[Diriwayatkan oleh Al-Bukhaariy no. 1960 dan Muslim no. 1136].

Di zaman salaf, jika anak tak larat meneruskan puasa, ibunya memberi toy. Zaman salaf dulu duit belum ada. Yang ada gold dan silver coins (dinar dan dirham) yang terhad dan tak semua salaf memilikinya.