FIQH WANITA - SOALAN & JAWAPAN TERPILIH

FIQH WANITA - SOALAN & JAWAPAN TERPILIH
Dakwah Dan Pendidikan Sunnah Online Malaysia Berteraskan Al-Quran Dan Hadith Sahih Melalui Aplikasi Telegram, Laman Web Dan Laman Sosial

10 Februari 2020

Hal Berkaitan Pasangan Yang Telah Berkahwin

Soalan dari seorang kawan :
Apakah hikmahnya suami isteri tidor bersama walaupun tidak mengadakan hubungan kelamin. 
Minta penjelasan dan kalau ada dalil nya.. Jzzk.


Jawapan sheikh thtl al-jazani توان حسن:
Hubungan kelamin bukan every night. Orang melayu selalu sebut malam Jumaat. Biasa weekend ajela orang ada hubungan kelamin sebab kerja. Manakala malam2 lain biasanya tido ajelaa.


Soalan :
Maaf sheikh. Ada kah betul pasangan suami isteri akan mndapat rahmat dan doa dari para malaikat di samping menjalinkan hubungan yang berkekalan selama hidup bersama. Betul ke ada kenyataan macam ni.. Terima kasih..


Jawapan sheikh thtl al-jazani توان حسن:
Selagi mereka di atas cinta, saling percaya, taat akan agama, taqwa....

Dalilnya:
وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَرَحْمَةً ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ 
Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.
[Ar-Rum Ayat 21]

9 Februari 2020

Iddah Bagi Wanita Yang Tiada Haidh

Soalan :
Assalamualaikum ustaz. Boleh jelaskan tentang iddah bagi wanita yang tiada haidh sebab rahimnya telah dibuang kerana penyakit. Jadi dia memang tak boleh hamil lagi.
Adakah sama macam wanita yang ada haidh iddahnya.


Jawapan sheikh thtl al-jazani توان حسن:

وَاللَّائِي يَئِسْنَ مِنَ الْمَحِيضِ مِنْ نِسَائِكُمْ إِنِ ارْتَبْتُمْ فَعِدَّتُهُنَّ ثَلَاثَةُ أَشْهُرٍ وَاللَّائِي لَمْ يَحِضْنَ
Para wanita yang tidak haid lagi di antara wanita kalian (menopos), jika kamu ragu-ragu (tentang masa iddahnya), maka masa iddah mereka adalah tiga bulan; dan begitu (pula) perempuan-perempuan yang tidak haid. 
[S. At-Thalaq: 4]

3 bulan iddah

Meniaga Itu Sunnah. Betul Ke?

Soalan :
Sheikh ade orang kata meniaga itu sunnah. Betul ke?


Jawapan sheikh thtl al-jazani توان حسن:

Kena faham kaedah Usyul Sunnah.

Sunnah = apa saja yang ada kaitan dengan Nabi Saw.

Sunnah ada dua jenis:
1. Jibliyah = Sunnah yang selari dengan amalan manusia, harus sahaja
2. Syariah = Sunnah yang diberatkan kepada umatnya, ini hukumnya sunat

Busines itu amalan manusia sejak adam lagi, maksudnya manusia samada bertani, berniaga atau makan gaji. itu metod lumrah utk mendapat rezki.  busines adalah cara mendapat rezki yg paling lumayan. 

Pada suatu ketika Nabi saw pernah mengembala kambing, pernah mengiringi Abu Talib berniaga di Syria dan beliau sendiri pernah berniaga untuk Khadijah. Maka ia cuma sunnah jibliyah sahaja.  Maka boleh saja umat Muhammad bertani, makan gaji dan busines, itu cuma metod untuk mendapat rezki. Bukan bermaksud orang busines dapat pahala sunnah. Tak der sedemikian.

Contoh lain, makanan sunnah. Nabi Saw makan labu. Nabi makan tembikai. Maka peniaga menjaja bahawa siapa makan labu dan tembikai telah amalkan sunnah. Ini cuma sunnah jibliyah. Perkara harus sahaja bukan dapat pahala sunat.

Contoh lain: Nabi sangat memberatkan umatnya solat berjamaah 5 waktu di mesjid. Ini sunnah yang HAKIKI, sunat syariat. Siapa yang amalkan sunnah ni dapat pahala 27X ganda. Akan tetapi orang yang makan sira labu dan makan tembikai, tak dapat pahala.

Larangan Perempuan Masuk Tempat Mandi Umum.

Soalan :
Assalamualaikum ustaz, baru-baru ini saya ada baca kitab Yusuf Al Qaradhawi, Halal Haram Dalam Islam. Di dalamnya saya ada baca Larangan Perempuan Masuk Tempat Mandi Umum.

Diriwayatkan dari Jabir Radhiyallahu ‘anh, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
Maksudnya: Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka janganlah ia masuk ke tempat mandi tanpa mengenakan sarung penutup aurat. Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, janganlah ia membawa masuk isterinya ke tempat mandi umum. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, janganlah ia duduk di meja hidangan yang disuguhnya khamr di atasnya. 
[Hadits hasan, riwayat at-Tirmidzi (2801) dari jalur Laits bin Abi Sulaim, dari Thawus, dari Jabir r.a.]

Hadits tersebut diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad, Ibnu Majah, dan al-Hakim, dari Ummul Mukminin Aisyah dengan lafadz,
أَيُّمَا امْرَأَةٍ وَضَعَتْ ثِيَابَهَا فِي غَيْرِ بَيْتِ زَوْجِهَا فَقَدْ هَتَكَتْ سِتْرَ مَا بَيْنَها وَ بَيْنَ اللهِ
“Wanita mana saja yang meletakkan (melepas) pakaiannya di selain rumah suaminya maka sungguh ia telah merobek penutup antara dia dan Allah.”
[Diriwayatkan juga oleh al-Imam Ahmad, ath-Thabarani, al-Hakim, dan al-Baihaqi]

Jadi persoalan saya, 

1. Adakah haram bagi wanita berenang di kolam renang khas bagi wanita mahupun pergi ke spa wanita?

2. Adakah hadith kedua bermaksud wanita tak boleh menanggalkan pakaian di tempat lain selain daripada rumah suaminya?

Mohon pencerahan. Jazakallah khair.


Jawapan sheikh thtl al-jazani توان حسن:

وعليكم السلام ورحمة الله

1. Tak mengapa jika kolam renang atau spa itu khas kpd para wanita sahaja. 

2. Ya, jika ia akan membawa kepada pendedahan aurat.

Jika wanita masuk ke tempat mandi umum kerana ada hajat tidak mengapa seperti yang dinyatakan oleh sebahagian ulama antara mereka Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah RH dengan katanya:
قَالَ الْعُلَمَاءُ : يُرَخَّصُ لِلنِّسَاءِ فِي الْحَمَّامِ عِنْدَ الْحَاجَةِ كَمَا يُرَخَّصُ لِلرِّجَالِ مَعَ غَضِّ الْبَصَرِ وَحِفْظِ الْفَرْجِ وَذَلِكَ مِثْلُ أَنْ تَكُونَ مَرِيضَةً أَوْ نُفَسَاءَ أَوْ عَلَيْهَا غُسْلٌ لَا يُمْكِنُهَا إلَّا فِي الْحَمَّامِ 
Maksudnya: "Kata para ulama: diberi keringanan kpd para wanita di dlm bilik mandi (awam) ketika ada keperluan sepertimana diberi keringanan kpd para lelakj dgn dijaga penglihatan dan kemaluan. Demikian itu spt disebabkan sakit, atau bernifas atau perlu pandi yg tidak mungkin dpt dilakukan melainkan di bilik mandi (awam). 
[Majmu' alFatawa 13/380]

Wallahu a'lam 

Apa Itu Penyakit ‘Ain?

Soalan :
Ustaz, saya masih tak faham penyakit  ‘Ain walaupun dah baca berulang kali. Ustaz boleh bagi contoh??


Jawapan sheikh thtl al-jazani توان حسن:
 ‘Ain tu maksudnya pandangan tajam (english kata "evil eye".  Pandangan mata + rasa hasad, maka ia dapat memudharat khususnya bayi dan kanak kanak.

Ibnul Atheer rh berkata,
ﻳﻘﺎﻝ: ﺃﺻَﺎﺑَﺖ ﻓُﻼﻧﺎً ﻋﻴْﻦٌ ﺇﺫﺍ ﻧَﻈﺮ ﺇﻟﻴﻪ ﻋَﺪُﻭّ ﺃﻭ ﺣَﺴُﻮﺩ ﻓﺄﺛَّﺮﺕْ ﻓﻴﻪ ﻓﻤَﺮِﺽ ﺑِﺴَﺒﺒﻬﺎ
“Dikatakan bahwa Fulan terkena ‘Ain , yaitu apa bila musuh atau orang-orang dengki memandangnya lalu pandangan itu mempengaruhinya hingga menyebabkannya jatuh sakit"

ﺍﻟﻌﻴﻦ ﺣﻖُُّ ﻭﻟﻮ ﻛﺎﻥ ﺷﻲﺀ ﺳﺎﺑﻖ ﺍﻟﻘﺪﺭ ﻟﺴﺒﻘﺘﻪ ﺍﻟﻌﻴﻦ
“Kuasa ‘Ain itu benar-benar ada, seandainya ada sesuatu yang boleh mendahului takdir, ‘Ainlah yang dapat melakukannya”
[HR Muslim]

Contoh bayi terkena Ain ialah sering menangis atau kurus kering kerana tidak mahu menyusu.

Menggunakan Perkataan God/Gawd Untuk Tuhan Selain Allah

Soalan :
Assalamualaikum, adakah jatuh syirik jika seseorang mengguna kan perkataan berikut *math gawd (tuhan math) yang mana gawd tersebut ialah slang pada perkataan *god dieja sedemikian kerana kononnya mereka (kristian dan sebagainya) beradab bila nak guna perkataan tuhan bilamana sedang bergurau atau marah. 

Perkataan yang lebih sesuai sepatutnya math specialist atau otai math pada hemat saya. Mohon pendapat syeikh. Jazakallahu khair kathira.


Jawapan sheikh thtl al-jazani توان حسن:

God/Gawd = tuhan, dewata, icon, idola, diva, super hero, ilah.
Maksudnya sesuatu yang ditaqdis, dikuduskan, disanjung, dimuliakan

Maka dari segi lughawi, bahasa pun dah salah, apatah lagi dari sudut istilah pun tak boleh.

Orang islam tidak boleh angkat sesuatu ke level god, ilah, diva, idola sebab ia merupakan sistem ketuhanan dalam agama pagan dan musyrik. Kita tidak boleh mengkuduskan sesuatu pun. 

Yang lebih layak diangkat ialah Muhammad sebagai god, icon, tapi Nabi saw melarangnya. dalil:
Sabda beliau:
لاَ تُطْرُوْنِي كَمَا أَطْرَتِ النَّصَارَى ابْنَ مَرْيَمَ، فَإِنَّمَا أَنَا عَبْدُهُ، فَقُوْلُوْا عَبْدُ اللهِ وَرَسُوْلُهُ.
“Janganlah kalian berlebih-lebihan dalam memujiku, sebagai-mana orang-orang kristian telah berlebih-lebihan memuji ‘Isa putera Maryam. Aku hanyalah hamba-Nya, maka kata-kanlah, ‘‘Abdullaah wa Rasuuluhu (hamba Allah dan Rasul-Nya).’” 
[HR Bukhori 3445]

Umat Kristian angkat Jesus son of Mary sebagai god. Maka Nabi larang umatnya mengangkat beliau sebagai god, tetapi sebagai SERVANT OF GOD


Soalan :
Jadi boleh jatuh syirik ye sheikh bila kita guna perkataan god/gawd untuuk sandarkan pada individu atau entiti atau apa sahaja? Walaupun tidak berniat utk menduakan Allah.


Jawapan sheikh thtl al-jazani توان حسن:
Memang jatuh syirik. Cuma syirik ni ada banyak tahap. Syirik tersembunyi (khafi) dan jali (syirik yang jelas/clear). Maka bila kita melabel seseorang dengan godship, maka ia adalah syirik yang halus atau khafi.

Berubat Dengan Katak atau Benda Haram Lainnya

Soalan :
Assalamualaikum.. Saya ade nk tye, hari ni saya berbual dengan seorang kerabat. Dia mendengar cerita tentang seorang bangsa cina non muslim disahkan kena penyakit canser, buat kemoterapi sampai pesakit tu kurus kering tapi tetap juga tak sembuh. Ada seseorang bagitahu dia yang katak puru dibuat ubat sakit canser. Dengan izin Allah kawan cina tadi tu sembuh dari sakitnya. Kerabat saya tu dengar orang tu sembuh dia pun nk la try ubat cara katak puru ni pada adk beradiknya. Boleh ke kita orang Islam makan katak? Saya bagitahu dia usaha cara lain dlu. Macam nak bergaduh pula jadinya. Dia tak boleh terima saya cakap usaha cara lain dlu tu.


Jawapan Sheikh thtl al-jazani توان حسن:
Katak puru haram dimakan, maka ubat tak boleh dari yg haramm. Dalil:
Rasulullah SAW bersabda:
إِنَّ اللَّهَ أَنْزَلَ الدَّاءَ وَالدَّوَاءَ ، وَجَعَلَ لِكُلِّ دَاءٍ دَوَاءً فَتَدَاوَوْا وَلاَ تَدَاوَوْا بِحَرَامٍ
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah menurunkan penyakit dan ubat dan menyediakan bagi setiap penyakit itu ubat. Maka berubatlah, dan janganlah kamu berubat dengan benda yang diharamkan.” [HR Abu Daud, no.3870]

Sama juga kalau ubat cina tu ada bahan dari arak atau babi atau beruang atau buaya, memang tak bole guna


Soalan :
Bagaimana jika kita tak tau komposisi yg ada dalam ubat tersebut syeikh? Sebab di luar packing  tertulis bahasa cina?


Jawapan thtl al-jazani توان حسن:
Tak bolehla beli sebelum tahu halal dan haram.. Sama juga dengan pergi melancong ke negara China, pakai masuk je ke any restoren....

Kena cari jalan utk tahu dulu status halal n haram... be smart. Halal dan haram ni basic fiqh...

Macam juga jika tak tahu kandungan ayat² AQ....kenalah belajar arabic, belajar usyul tafsir, belajar tafsir.. 
Maka perubatan cina atau sinseh, memang kena cari knowledge, kena tahu bahasa cina dan kena ada rakan² cina yang boleh tolong.

2 Mata Yang Tidak Disentuh Api Neraka

Soalan :
Assalamualaikum.. Mohon pencerahan pasal hadis ini syaikh..
Siapakah pemilik mata itu?
Terimà kasih syaikh. Jazakallahu khaira

Jawapan Sheikh thtl al-jazani توان حسن:
عَينانِ لا تمسُّهما النَّارُ: عينٌ بَكَت من خشيةِ اللَّهِ، وعَينٌ باتت تحرُسُ في سبيلِ اللَّهِ
الراوي : عبدالله بن عباس | المحدث : الألباني | المصدر : صحيح الترمذي

الصفحة أو الرقم: 1639 | خلاصة حكم المحدث : صحيح
[al Albani menilainya sahih dalam sahih Termidzi, no 1639]
- Ia menguatkan ayat 5:83 dan 8:2 di dalam al Quran 
- Ia mengenai fiqh menangis kerana Allah (pernahkah kita menangis kerana dosa dosa yang kita lakukan?)

Dalam hadith termidzi, dua mata yang tidak disentuh, maksudnya dua jenis orang mukmin yang tidak dikenakan azab neraka, maksudnya akan diberi syurga:
1. Yang menangis kerana takutkan Allah 
2. Yang berjaga malam pada jalan Allah, khusus kepada para perajurit zaman salaf, di mana semua orang adalah anggota tentera yang akan dikerah bila bila masa. Zaman sekarang ni para ilmuan, ulama yang tidak tidur untuk mengarang kitab untuk kepentingan umat...

8 Februari 2020

Tips Eratkan Hubungan Suami Isteri Walaupun Dah Lama Berkahwin

Soalan :
Assalamualaikum.. Ada tips ke nak eratkan lagi hubungan suami isteri walaupun dah lama kahwin?  Saya tak kahwin lagi tapi risau macam kes ni hmmm. 

Buat masa ni mak ayah saya still loving. Bila tanya apa rahsia? Sebab sayang dan anak. Gitu je jawapannya


Jawapan Sheikh thtl al-jazani توان حسن

Isu Pertama : Kena ada ilmu. Ilmu asas ialah buku2 seperti ini

1. Dr John Gray, Men From Mars, Women From Venus

2. Dr Alan and Barbara Pease,
Kenapa lelaki mahukan seks, wanita mahukan cinta

Kenapa lelaki tidak suka mendengar, wanita tidak boleh membaca peta

Buku2 seperti ini orang kita kurang membaca sebelum kahwin


Isu Kedua : Bila perkahwinan dah lama, misalnya dah 20 tahun, 25 tahun atau macam Tun Mahadir dan Tun hasmah, dah 70 tahun kahwin, memang cinta atau "fire" tu dah kurang, yang ada ialah kesibukan membesarkan anak2, seronok tengok anak, kemudian anak kawin, kemudian alam cucu.

Isu Ketiga : Mengekalkan momentum perkahwinan yang berkekalan

1- Ini isu manhaj dan amal. Jika sama manhaj, sama kuat beragama, tahajud sama kuat, solat sunat, puasa sunat, umrah sunat, sedekah sunat, sama kuat antara suami isteri, maka memang akan tip top. Jika isteri je yang kuat tahajud, kuat puasa, maka tak jadilaa

2- Isu Ilmu. Keduanya menyintai ilmu dan ghairah meneruskan pembelajaran

3- Isu Dakwah. Keduanya aktif dalam bidang dakwah, NGO atau politik

4- Isu Kesihatan. Keduanya menjaga kesihatan, menjaga fizikal, menjaga makanan, menjaga exercise, maka kekuatan badan akan menjamin kehidupan seksual yang berpanjangan.

5- Isu Hobi Dan Interest. Keduanya memiliki hobi yang sama. Misalnya melancung, aktiviti lasak, mendaki gunung, berbasikal.

Itu antara tipsnya...

Penetapan Harga Barang Jualan Dalam Islam

Soalan :
Benarkan keuntungan maksimum yang dibenarkan dalam ialah 30% daripada harga modal dalam perniagaan? Adakah ini maksudnya penjual berhak menentukan keuntungan setinggi2 yang mungkin?


Jawapan sheikh thtl al-jazani توان حسن:
Islam tidak menentukan harga pasaran. ia ditentukan oleh hukum supply and demand (permintaan dan pasaran)

Manakala dalam barangan kawalan, ia ditetapkan oleh pemerintah spt harga runcit petrol, diesel, harga siling ayam, beras, gandum, gula. manakala barangan lain yang bukan barang kawalan, maka ia ditentukan oleh kuasa pasaran (the law of supply and demand)

Contoh harga barang kemas, harganya RM1 juta. Harga jam rolex, RM 2 juta l. 

Asalkan ia bukan keperluan asas manusia (yang dikawal kerajaan), penetapan harga itu adalah ditentukan oleh permintaan pengguna


Contoh
Anda nak jual tudung dgn harga RM 2,000 atau telekong dengan harga RM5,000

Macam jam, ada jam berharga RM10.00 dan jam rolex  berharga USD$ 497,000

Anda kena tahu The Law of supply  & Demand sebelum membuat pricing strategy

Hukum Makan Haiwan Yang Memakan Najis

Soalan :
Apa hukumnya makan ikan yang ditangkap di sungai yang mengalir didalamnya segala benda termasuk najis manusia?


Jawapan Sheikh thtl al-jazani توان حسن
Pertama : Kena tengok indeks pencemaran sungai tsb. Boleh dapat dari JPS (jabatan parit dan saliran negeri) atau dari pandangan mata kasar sendiri. 

Kedua : Bau ikan yang ditangkap. Juga mendapat pandangan dari orang ramai yang mendiami kawasan tebing sungai, samada mereka ada selera untuk makan ikan dalam sungai tersebut.

Haiwan yang memakan kotoran dinamakan haiwan jalalah. dalil:
ما روى ابن عمر ، قال : { نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم عن أكل الجلالة وألبانها . } رواه أبو داود ( وصححه الألباني في "الإرواء" (2503) .)
Dari ibnu Umar “ Rasulullah saw menegah dari makan daging binatang jalalah dan susunya’ 
[Hr Abu Daud,  dinilai sahih oleh al albani, al irwa' 2503]

Cara nak memakan haiwan yang disahkan haiwan jalalah ialah dengan cara kuarantin beberapa hari dengan memberi makanan bersih.

6 Februari 2020

Wanita Kematian Suami, Masih Dapat Berjumpa Di Syurga?

Soalan :
Assalamualaikum.wr.wb.. Boleh saya tanya sesuatu.. If someone get remarried again.. After kematian pasangan.. He or she masih dapat jumpa psangan yang meninggal dekat syurga ke?


Jawapan Ustaz Azlizan Nueq:

Isteri yang kahwin lain, hanya dapat bersama dengan salah satu pasangan nya sahaja.

Ulama beri beberapa pendapat:
1. Samada dia akan bersama dgn suaminya yang terakhir
2. Atau duduk bersama suaminya yang paling tinggi  dalam tingkatan syurga.

Oleh kerana tiada dalil khusus, maka ini adalah ijtihad.

Berdasarkan pendapat inilah, ramai isteri tak sanggup kahwin lain. Kerana tak sanggup tak berjumpa dengan suaminya kembali.

Persoalan Mengenai Ungkapan Khalifah Umar bin ‘Abdul ‘Aziz

Soalan :
Salam.. Boleh minta penjelasan tentang kata2 ini..

Khalifah ‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziz berkata:
مَنْ عَبَدَ اللهَ بِغَيْرِ عِلْمٍ كَانَ مَا يُفْسِدُ أَكْثَرَ مِمَّا يُصْلِحُ
“Sesiapa yang beribadah kepada Allah tanpa ilmu, maka dia akan membuat banyak kerosakan daripada mendatangkan kebaikan.” 
(al-Amru bil Ma’ruf)


Jawapan Ustaz Azlizan Nueq:
Benar. Takut buat amalan bidaah dan syirik sahaja. 

Dalil [Isra' ; 36]
وَلَا تَقْفُ مَا لَـيْسَ لَـكَ بِهٖ عِلْمٌ ۗ 
"Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; 

Beri Zakat Pada Keluarga Terdekat

Soalan :
Assalamualaikum ustaz.. Nak komfemkan.. Ahli keluarga yang sangat miskin, kita x boleh bagi zakat kepada mereka kan ustaz? Yang kita bagi jadi sedekah bukan zakat.. betul ke ustaz?

Azlizan Nueq:
Boleh. Ada dalam hadis bagaimana ayah beri zakat kepada anak (atau terbalik.. saya lupa). Yang jadi sedekah itu kalau beri  kepada ibubapa atau isteri. Kerana memang mereka itu sudah jadi tanggungan.

Kalau ada adik beradik kita yang termasuk dalam kategori miskin, bolehlah.

Dalilnya adalah hadits berikut :
Terhadap orang yang berzakat kepada keluarganya Nabi saw bersabda, "Dia mendapatkan dua pahala, yaitu pahala menyambung kekerabatan dan pahala sedekah (zakat)." 
[HR Bukhari]

Asalkan bukan orang dibawah tanggungan nafkah kita.

Waktu Terbaik Tahajjud

Soalan :
Assalamualaikum ustaz, solat tahajud. Dia hanya boleh dilakukan sewaktu terjaga dari tidur sepertiga malam saja ke? Saya ada dengar orang tu solat tahajud sebelum tidur..boleh ke? Ada syarat dia ke? Boleh ke kita buat solat tahajud lepas solat isyak (cth: solat isyak pkul 10, lepas tu trus solat tahajud dan tidur)

Jawapan Tuan A Jamil Yahaya:
Tahajud ni waktu afdhalnya ialah akhir 1/3 mlm. itulah waktu tahajud. Jika lepas isya pukul 10 camtu cuma solat malam je la namanya. Sama mcm witir.

Jawapan Ustaz Azlizan Nueq:
Tahajjud dari kalimah ه ج د yang bermaksud berjaga malam. Apabila ada syaddah pada ج, ia dalam wazan lain. Maknanya ada usaha lebih. Kerana itu, tahajjud bermaksud jaga selepas tidur. Iaitu bangun tidur. 

Bilangan Tahajjud & Dhuha

Soalan :
Assalamualaikum ustaz. Yang saya tahu, solat dhuha maksimum nya 8 rakaat dan solat tahajjud maksimum 13 sekali dengan witir.

Tapi ade org⁩ kata solat dhuha 12 rakaat. Solat dhuha ini pula di buat sebab solat tahajjud di malam hari berkurang. Boleh jelaskan tak ustaz.. Dan tolong berikan dalil sekali..

Jawapan Ustaz Azlizan Nueq:
Pandangan para ulamak tentang hukum mengerjakan solat Dhuha adalah seperti berikut:

1. Sunat secara mutlak dan dikerjakan setiap hari

2. Sunat namun tidak didirikan setiap hari secara berterusan.

3. Tidak disunatkan.

4. Ianya disunatkan kerana faktor tertentu seperti bagi mereka yang tertinggal mengerjakan solat Qiyam al-Lail maka digantikan solat tersebut dengan mengerjakan solat pada waktu dhuha.


Nak bagitahu ada banyak pendapat. Pendapat yang paling tepat serta dipegang oleh jumhur ulamak adalah solat Dhuha termasuk amal sunat mu’akkadah dan dianjurkan untuk diamalkan secara rutin.

Tapi dari definitely bilangan, minima 2 rakaat. Bilangan solat dhuha Nabi pun tidak tetap. 

مُعَاذَةُ أَنَّهَا سَأَلَتْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا:
كَمْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي صَلاَةَ الضُّحَى؟
قَالَتْ: أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ وَيَزِيدُ مَا شَاءَ.

Maksudnya:
Daripada Mu’adzah, dia berkata: Aku bertanya kepada ‘Aisyah: Berapa rakaat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mengerjakan solat Dhuha?
Dia menjawab: Sebanyak empat rakaat lalu baginda menambahnya lagi menurut yang dia kehendaki. 
[Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatil Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 719.]


Soalan :
Kalau buat 2 rakaat tahajjud  dan 2 rakaat dhuha pun boleh juga kan ustaz?

Jawapan Ustaz Azlizan Nueq:
Ya itu minimum.

4 Februari 2020

Minum 3 Kali Teguk Dapat Hilangkan Rasa Mahu Lakukan Maksiat

Soalan : 
Assalamualaikum ustaz. Sahih ke ni?

Jawapan sheikh thtl al-jazani توان حسن:
Tak sahih. Air plok jadi pendinding... Tambahan tu yang x sahih.. Hadith atas tu sahih, tambahan perawi tu yang rosak, matan tambahan tu batil, tak ada asalnya.

Gunakan Duit Anak Yatim Untuk Bawanya Pergi Menunaikan Umrah

Soalan :
Assalamualaikum. Saya nak tanya. Bolehkah saya menggunakan duit anak saya (anak yatim) untuk membawanya pergi  umrah. Sebab duit saya hanya lepas untuk kos saya seorang saja. Mohon penjelasannya.

Jawapan sheikh thtl al-jazani توان حسن:
Untuk diri dia (anak itu) memang boleh...

Batuk Berpanjangan Dan Terkeluar Sedikit Air Kencing Dalam Solat

Soalan :
Assalamualaikum.. Saya ade terdengar kawan sekerja mengatakan yang ibu mengandung jika batuk berpanjangan dan terkeluar sedikit air kencing dalam solat dimaafkan.. Adakah betul? Sebab belum pernah dengar. Adakah termasok dalam khusus hukum bagi orang2 yang xboleh menahan kencing? Mohon penjelasan 

Jawapan sheikh thtl al-jazani توان حسن:
Dalam fiqh, ada kaedah "umum al balwa", kesulitan yang sukar dihindari, maka ia dimaafkan... Ini khusus untuk orang yang kencing tidak lawas.

Zakat Duit EPF Yang Dilaburkan Ke Unit Trust

Soalan :
Assalamualaikum wbt Sheikh,

Nak tanya pasal zakat bagi duit EPF yg di invest ke unit trust.

(EPF bagi Investors keluarkan from acc 1 to invest in other investment mechanisms)

Kalau total investment dah ckp haul dan cukup nisab, kena keluarkan zakat annually ke?
Cuma investment ni tak boleh di withdraw, just boleh redeem dan automatically masuk balik dlm epf.


Jawapan sheikh thtl al-jazani توان حسن:
Zakat EPF termasuk acc 1 yang di labur dalam unit trust sama sahaja, ia adalah dizakati ketika sempurna milik, maksudnya bila dibenarkan oleh EPF utk withdrawal baik partial sebelum usia 55 atau ketika withdrawal pada usia 55 tahun.

Sebab syarat zakat harta ialah sempurna milik. Maka jika kita keluarkan dari acc 1 untuk dilabur dalam unit trust, ia masih belum sempurna milik. Sempurna milik bila kita diizinkan buat pengeluaran dan masuk dalam akaun kita sendiri. Masa tu baru kena keluar zakat. Selagi dengan EPF atau dengan unit trust, maka tak payah.


Soalan :
So tunggu sempurna milik baru keluarkan.
Ok faham.
Yang di keluarkan tu just 2.5% of total amount la kan, tak payah multiply dengan how many years duit tu ada dalam acc


Jawapan sheikh thtl al-jazani توان حسن:
Tak payah multiply. Keluar zakat masa sempurna milik sahaja.
Cth masa kita withdraw RM500,000. Maka 2.5% X 500,000.

Bila dah masuk akaun maybank, RM 500,000 tu, maka setiap tahun kena zakat, sebab duit tu dah masuk dalam akaun anda, anda full control ke atas duit tersebut.