FIQH WANITA - SOALAN & JAWAPAN TERPILIH

FIQH WANITA - SOALAN & JAWAPAN TERPILIH
Dakwah Dan Pendidikan Sunnah Online Malaysia Berteraskan Al-Quran Dan Hadith Sahih Melalui Aplikasi Telegram, Laman Web Dan Laman Sosial

8 Mac 2020

Hukum Isteri Pulang Ke Kampung Tanpa Ditemani Mahram

Soalan :
Apa hukum seorang isteri pulang ke kampung tanpa ditemani mahram. Jarak perjalanan dalam 5 jam dan balik guna pengangkutan awam.


Jawapan sheikh thtl al-jazani توان حسن:

Hukum isteri balik kg, balik naik public transport
Kata syaikh Dr Yusof al-Qaradhawi [Fatawa Mu'asirat jld 2 dan Kayfa nata'amalu ma'a as-sunnah], larangan wanita musafir solo ialah isu sekuriti atau keselamatan. 

Illat atau sebab larangan adalah keadaan keselamatan. Jika keselamatan terjamin, maka tak adalah larangannya.

Dalilnya:
Dari jalur ‘Adiy bin Hatim, Nabi saw bersabda kepadanya:
فَإِنْ طَالَتْ بِكَ حَيَاةٌ لَتَرَيْنَ الظَّعِيْنَةَ تَرْتَحِلُ مِنَ الْحِيْرَةَ حَتَّى تَطُوْفَ بِالْكَعْبَةِ لاَ تَخَافُ أَحَدًا إِلاَّ اللهَ
Trj:
"Jika kamu panjang umur, nescaya kamu akan melihat wanita berjalan bersendirian dari Hirah (dekat Baghdad di Iraq) hingga melakukan tawaf di Ka’bah (Makkah). Dia tidak takut sesuatu pun melainkan Allah (dalam perjalanan itu)' 
[HR Bukhori.]

Ia dimaksudkan ialah public transport, dan yang paling selamat ialah air travel atau kapal terbang dan di Timur Tengah, perempuan di sana musafir seorang diri dengan pengangkutan awam.

Jika Dizalimi Kita Boleh Menuntut Keadilan Di Akhirat

Soalan :
Adakah manusia boleh membuat tuntutan di alam akhirat. Contohnya seperti manusia yang dizalimi.Mohon pencerahan.


Jawapan sheikh thtl al-jazani توان حسن:

Hukumnya boleh, dalil:
لا يحب الله الجهر بالسوء من القول إلا من ظلم وكان الله سميعا عليما
" Allah tidak suka seseorang mengatakan sesuatu yang buruk kepada seseorang dengan terang-terangan melainkan orang yang dizalimi maka dia boleh menceritakan kezaliman tersebut ; dan Allah itu maha mendengar dan maha mengetahui." 
[AQ, an-Nisa: 148]

Hadits:
اتق دعوة المظلوم وإن كان كافرا فإنه ليس دونها حجاب
" Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang yang dizalimi sekalipun dia adalah orang kafir. Maka sesungguhnya tidak ada penghalang diantaranya untuk diterima oleh Allah." 
[HR Ahmad - Sanad Hasan, Ahmad Syakir]

Doa Dari Orang Lain, Sampai Atau Tidak Pada Si Mati?

Soalan :
Kakak saya telah meninggal 3 bln selepas berkahwin. Arwah tidak punya zuriat. Maka tiada lah doa utk dia dari anak soleh. Saya tidak pernah putus berdoa untuk arwah. Saya terlalu sayang kan arwah kakak. Membuat kebajikan dan berniat atas namanya. Adakah sampai doa, amalan2 kebajikan saya pada arwah kakak saya?


Jawapan sheikh thtl al-jazani توان حسن:

Hadith dari orang lain juga sampai, Dalil:
"Dan mereka yang datang selepas kumpulan itu , berdoa Ya Tuhan kami ampunkanlah dosa kami dan saudara-saudara kami yang sebelum kami telah beriman" 
[AQ, Al-Hasyr : 10]

b) "Dan pintalah ampun bagi dosa kamu dan dosa orang mukmin" 
[Muhammad : 19]

Ingin Solat Tetapi Cecair Keluar Dari Faraj Selepas Mandi Wajib Kerana Bersetubuh

Soalan :
Assalamualaikum. Saya ada sedikit kemuskilan. Bagaimana jika selepas bersetubuh dan si isteri selesai mandi wajib dan ingin menunaikan solat..tetapi terasa seperti cecair keluar dari faraj,dan lihat seperti 'air mani' yang keluar sedikit dari faraj.. Perlukah mandi wajib semula?


Jawapan Sheikh thtl al-jazani توان حسن :
Jika masih keluar, maka tidak perlu ulangi mandi, memadai dengan membasuh dan memperbaharui wuduk,

*Mandi kerana bersetubuh atau keluar mani dengan rasa orgasm

Seputar Hubungan Ibu Dan Anak Tiri

Soalan :
Bagaimana hukum anak tiri dengan ibu tiri. Selalu kita dengar tanggungjawab anak pada ibu. Dosa anak pada ibu.. jadi bagimanakah keadaan yang sepatutnya antara anak2 ini pada ibu tiri mereka?


Jawapan sheikh thtl al-jazani توان حسن :

1. Hubungan anak tiri dan ibu tiri adalah hubungan mahram keluarga yang terbina sebab perkahwinan. Ia adalah hubungan yang kuat, kerana mahram maksudnya diharamkan kawin. Maka Islam amat beratkan hubungan sesama mahram.

2. Status doa ibu tiri kepada anak tiri.
Ia bergantung sejauh mana hubungan kasihsayang antara keduanya. Jika si ibu tiri menyayangi anak tirinya macam anak sendiri, dan jika dia ikhlas berdoa, maka doa akan makbul, InsyaAllah.

3. Anak tiri menyakiti ibu tiri apakah dianggap anak derhaka?
Tidak, kerana ibu yang sejati adalah ibu yang thabit secara rahim atau kelahiran bukan tiri atau angkat. Cuma ia berdosa kerana tidak menghormati mahram.

2 Contoh Tipu Sunat

Soalan :
Syeikh..boleh beri contoh tipu sunnat ??


Jawapan sheikh thtl al-jazani توان حسن:
Contoh tipu sunat, mendamaikan dua saudara yang berkelahi.

Contoh A dan B bergaduh. Kawan mereka C akan reka cerita agar kedua A dan B ini berdamai

Contoh lain, rakyat Palestine tipu polis Israel untuk menyelamatkan diri dari di bom

Penjelasan Mengenai Istilah Tanggung Dosa atau Pikul Dosa Orang Lain

Soalan :
Ramai wanita yanng tidak faham istilah tanggung dosa, isteri ingat suami tanggung dosa isteri, bapa tanggung dosa anak. 


Jawapan sheikh thtl al-jazani توان حسن:
Konsep pikul dosa orang lain

"Dan (ketahuilah), seseorang pemikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain dan jika seseorang yang berat tanggungnya (dengan dosa), memanggil (orang lain) untuk menolong memikul sama bebanan itu, tidak akan dapat dipikul sedikitpun daripadanya, walaupun orang yang diminta pertolongannya itu dari kerabatnya sendiri. " 
[Faathir ayat 18]

Ayat tu jelas seseorang tidak akan pikul dosa orang lain.

Bagaimana dengan lelaki yang berzina dengan perempuan, apakah lelaki itu akan pikul dosa perempuan yg dizinainya sepanjang hayat.
TIDAK.

Apa yang berlaku, ada dua keadaan :
1. Jika lelaki itu taubat nasuha dan banyak beribadat dan berjihad, maka Allah akan ampunkan dosanya
2. Jika dia tidak taubat, bila dia mati, sebahagian pahalanya akan diambil dan diberikan kepada perempuan yang dizinai itu dengan paksa atau bawah umur. Jika perempuan itu rela dirinya disetubuhi, maka masing-masing akan tanggung dosa masing2

Ini contoh pahala diambil dan diberi kepada orang yang dizalimi atau dirogolnya:

Rasulullah SAW bersabda: “Tahukah kalian siapakah orang yang muflis itu?”
Mereka menjawab : “Orang yang muflis di kalangan kami adalah orang yang tidak memiliki dirham dan tidak pula memiliki harta/barang.”
Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya orang yang muflis dari umatku adalah orang yang datang pada hari kiamat dengan membawa pahala solat, puasa dan zakat. Namun ia juga datang dengan membawa dosa kezaliman. Ia pernah mencerca si ini, menuduh tanpa bukti terhadap si itu, memakan harta si anu, menumpahkan darah orang ini dan memukul orang itu. Maka sebagai tebusan atas kezalimannya tersebut, diberikanlah di antara kebaikannya kepada si ini, si anu dan si itu. Hingga apabila kebaikannya telah habis dibahagikan kepada orang-orang yang dizaliminya sementara belum semua kezalimannya tertebus, diambillah kejelekan/kesalahan yang dimiliki oleh orang yang dizaliminya lalu ditimpakan kepadanya, kemudian ia dicampakkan ke dalam neraka.” 
[HR Muslim no.6522]

Hadith di atas tidak boleh difahami dengan penzalim memikul dosa orang yang dizalimi. yang sebenarnya, pahalanya diambil atau dosa orang yang dianiayai, didebit kepada akuannya.

Hukum asal mukallaf: Semua orang yang mukallaf (baligh, berakal, merdeka) akan pikul dosa masing-masing
Hukum asal: Sesiapa menzalimi orang lain, maka pahalanya akan diambil dan didebit kepada orang yang dizaliminya.

Jika anak dara, usia baligh 21 tahun, keluar rumah dan pakai jeans, Tshirt, dan free hair, apakah ayahnya akan pikul dosa anak dara tadi?

Jawabnya:
1. Tidak, si ayah tidak akan pikul dosa si anak. Dosa tidak menutup aurat 100% dipikul oleh anak
2. Si ayah dan ibu akan dihisab atas dosa CUAI, jika mereka cuai dari mendidiknya, tidak menasihati anak daranya.
3. Jika si ayah dah didik dan nasihat, tapi si anak dara memilih cara hidupnya sendiri, maka si ayah tidak akan berdosa.

Itu cara nak faham isu pikul dosa.

Contoh, anak2 Nabi Nuh menolak dakwah ayahnya, enggan naik bahtera Nuh maka Nabi Nuh tidak akan pikul dosa syirik anaknya, kerana Nuh sudah menegakkan hujah dan dakwah kepada mereka...

Tahi cicak najis ke?

Soalan :
Tahi cicak najis ke? Saya lupa di mana pernah tanya dan tak najis katanya. Macam mana kalau kita xperasan dalam bekas sabun untuk basuh pinggan ada tahi cicak [guna sbun cecair letak dlm bekas dn campur air utk mmbasuh pinggan] dah siap cuci baru perasan ada tahi cicak selama ni.. Jika najis, Macam mana percikan dari basuhan tu yang kena pada pakaian, dimaafkan tak? Sebab dah buat solat..


Jawapan sheikh thtl al-jazani توان حسن:

Dalam fiqh ada istilah "UMUM al-BALWA"
Maksud istilah ini ialah kesulitan yang sukar di hindari, maka dimaafkan syarak. Termasuklah najis burung merpati yg banyak di mekah dan madinah atau tahi cicak di mesjid. 
[Imam Al-Syuyuti, Asybah Wa Nazair]

Baby Bump Itu Aurat!!

Soalan :
Assalamu'alaikum.. Nak tanya, baby bump tu aurat ke?


Jawapan sheikh thtl al-jazani توان حسن:
Baby bump itu aurat.

Baby bump atau bentuk perut wanita ketika pregnant adalah aurat bentuk badan. 
Ini kerana ada lelaki yang terangsang dengan wanita yang hamil. Maka syarat  pakaian wanita di luar rumah ialah tidak menampakkan bentuk badan.
Walaupun dia hamil sekalipun, maka kena pakai pakaian luar (outer garment) berbentuk jubah yang tidak nampak baby bump tersebut.

6 Mac 2020

Memenuhi Undangan Walimah Melalui Aplikasi Whats App

Soalan :
Assalamualaikum, soalan saya, apakah hukum tidak pergi undangan walimah? Kad undangan diterima melalui whats app sahaja. 


Jawapan sheikh thtl al-jazani توان حسن:
Hukum memenuhi undangan seorang muslim adalah disyari’atkan.

Media menjemput bukanlah isu, baik secara lisan, FB atau Whats App

Syarat Wajib:
 (1) Orang yang mengundang adalah seorang muslim,
 (2) Orang yang mengundang tidak terang-terangan dalam berbuat maksiat, dan
 (3) Tidak terdapat maksiat dan bid'ah.

Akan tetapi jumhur ulama berpendapat bahwa undangan yang wajib dipenuhi hanya undangan walimah kawin sahaja. Sedangkan undangan selain walimah kawin hanya dianjurkan (tidak wajib) untuk dipenuhi. 
[Ruj: Syarh Riyadhus Sholihin, Syaikh Ibnu Utsaimin dan Tawdihul Ahkam, Syaikh Ali Basam]

Akikah Di Lokasi Berasingan

Soalan :
Boleh ke akikah untuk anak lelaki dibuat berasingan. Contoh : seekor kambing diakikah di Melaka, lagi seekor diakikah di kedah.


Jawapan sheikh thtl al-jazani توان حسن:
Hukumnya harus kerana tiada dalil yang mencegahnya.

Menjamak Solat Ketika Habis Haid Sebelum Mandi Wajib

Soalan :
Jika suci haid di hujung malam, adakah perlu menjamak waktu solat maghrib Dan isyak?


Jawapan sheikh thtl al-jazani توان حسن:

Ianya Khilaf Fiqhi

Perlu jamak, ini pendapat yang dipegangi madzhab Malikiyah 
• Al-Kafi, 1/162, Syafi’iyah 
• Al-Majmu’ 3/69, Hanabilah

Tidak perlu jamak
• Pendapat Hanafi 
• Pendapat Zahiri, al-Majmu'3/69

Syakh Ben Uthaimin [Asy-Syarhul Mumti’, 2/135-136] memilih pendapat kedua: tidak perlu jamak, boleh juga melakukannya kerana langkah berhati-hati sebagaimana pendapat kelompok pertama.

Sunnah Yang Wajib Diikuti

Soalan :
Assalamualaikum.. Apakah sunnah yang wajib diikuti?


Jawapan sheikh thtl al-jazani توان حسن:
Apa jua yang dibawa oleh Nabi saw, daill:
قُلْ أَطِيعُوا اللَّهَ وَالرَّسُولَ ۖ فَإِن تَوَلَّوْا فَإِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْكَافِرِينَ
Katakanlah: “Ta’atilah Allah dan Rasul-Nya; Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang kafir”. 
[AQ 3:32]

Beza Tarekat Muktabar dan Tarekat Naqsyabandi Alliyah

Soalan :
Apakah beza Tarekat Muktabar dan Tarekat Naqsyabandi Alliyah?


Jawapan sheikh thtl al-jazani توان حسن:
Tareqat semuanya bermasalah. tak ada tareqat muktabar kerana tareqat memiliki sistem akidah mereka sendiri yang berbeda dari ASWJ. 

Tareqat bermaksud jalan yang direka dalam agama untuk mencari kebenaran. 

Manakala menurut ASWJ, kebenaran hanya ada di sisi Muhammad Saw.

Hukum Mendhaifkan Hadith Sahih Mengikut Kaedah Yang Ditetapkan Ahli Hadith

Soalan :
Bolehkah mendhaifkan hadith sahih asalkan mengikut qaedah yg ditetapkan? Sebagai contoh hadith sahih yang mengatakan ayah dan ibu Nabi masuk neraka.


Jawapan sheikh thtl al-jazani توان حسن:

Hukum mendhaifkan hadith sahih atau kritik hadith ada tiga kaedah:
1. Kritik sanad atau rantaian perawi
2. Kritik matan atau teks atau content hadith
3. Kesarjanaan

Jika ia sahih dari sudut sanad, maka ia hadith sahih, selepas itu ia dikritik pulak matannya atau teksnya. 

Jika keduanya sahih, sanad dan matan, maka ia tidak boleh ditolak. 

Kesarjanaan ialah siapa yang mengkritik hadith sahih tersebut. Jika dia muhaddith yang diperakui pada zamannya, maka kritikannya adalah valid.

Status hadith, ibubapa Nabi saw di neraka:
باب بَيَانِ أَنَّ مَنْ مَاتَ عَلَى الْكُفْرِ فَهُوَ فِي النَّارِ وَلاَ تَنَالُهُ شَفَاعَةٌ وَلاَ تَنْفَعُهُ قَرَابَةُ الْمُقَرَّبِينَ ‌‏
حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ، حَدَّثَنَا عَفَّانُ، حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ سَلَمَةَ، عَنْ ثَابِتٍ، عَنْ أَنَسٍ، أَنَّ رَجُلاً، قَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيْنَ أَبِي قَالَ ‏"فِي النَّارِ‏"‏ ‏.‏ فَلَمَّا قَفَّى دَعَاهُ فَقَالَ ‏"‏إِنَّ أَبِي وَأَبَاكَ فِي النَّارِ‏"‏
Bab: Menyatakan Orang Yang Mati Di Atas Kekufuran Itu Akan Berada Dalam Neraka, Tidak Akan Mendapat Syafaat Serta Tidak Berguna Hubungan Kerabat Dengan Orang-orang Yang Hampir Dengan Allah

Dari Anas r.a. bahawa ada seorang lelaki berkata: “Wahai Rasulallah, ayahku berada di mana?” Nabi s.a.w. menjawab: “Di dalam neraka.” Apabila lelaki itu berpaling pergi, Baginda s.a.w., memanggilnya lalu bersabda: “Sesungguhnya ayahku dan ayahmu di dalam neraka.”
[Ini dalam Sahih Muslim]

Ia sahih dari sudut sanad dan matan dan tidak boleh ditolak. Cuma cara nak faham, kena baca Syarah Sahih Muslim oleh Imam Nawawi..

Hukum Mempamirkan Gelang Perhiasann

Soalan :
Adakah perhiasan gelang boleh dipamerkan seperti yang dinisbatkan Ummul Mukminin Aisyah R.a ,Qatadah DLL?


Jawapan sheikh thtl al-jazani توان حسن:
Hukum mempamirkan gelang perhiasan.. Ayat dalil:
''dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya" 
[AQ 24:31]

Ini maksud Aisyah dan Ibn Abbas, kecuali perhiasan yang biasa.

Maksud biasa ialah:
"Janganlah kalian bertabarruj (bersolek dan memperlihatkan kecantikan) seperti ala jahiliyyah." 
[AQ al-Ahzab: 33]

Juga untuk syuhrah atau takbur dengan perhiasan yang mahal dengan memperagakan kepada orang ramai.

Maka maksud perhiasan biasa ialah bukan tabarruj dan bukan syuhrah..

Konsep Nur Muhammad

Soalan :
Apa pandangan sheikh tentang konsep Nur Muhammad?


Jawapan sheikh thtl al-jazani توان حسن:
Konsep Nur Muhammad
Nur Muhammad = cahaya Muhammad, ada dua maksud

Pertama : Nur Muhammad pada maksud sunnah, yakni Al-Quran yang dibumikan hingga laksana cahaya.
Dalil Al-Quran : 
وَلَكِن جَعَلْنَاهُ نُورًا نَّهْدِي بِهِ مَنْ نَّشَاء مِنْ عِبَادِنَا
"tetapi kami menjadikan Al Quran itu cahaya, yang kami tunjuki dengan dia siapa yang kami kehendaki di antara hamba-hamba kami." 
[AQ 42:52]

Kedua : Nur Muhammad dari kelompok sufism, khususnya tareqat Nur Muhammad yang diasaskan oleh al-Hallaj dan Muhyidin Ibn Arabi yang membawa maksud divinity atau ketuhanan. Bahawa Muhammad Saw adalah dijadikan dari cahaya, semua ciptaan berasal dari nur Muhammad. 
Ini kepercayaan reinkarnasi dalam agama Hindu. Cara mematahkan kepercayaan ini ialah dengan dalil al-Quran :
قُلْ سُبْحَانَ رَبِّي هَلْ كُنْتُ إِلَّا بَشَرًا رَسُولًا
Katakanlah, “Maha suci Rabbku, bukankah aku ini hanya seorang manusia yang menjadi rasul?” 
[al-Isrâ/16:93]

Nazar Bersyarat

Soalan :
Nazar.  Contoh situasi.. Saya ada hasrat nak puasa kalau dapat keputusan PT3 yang cemerlang, tapi saya tak lafazkannya adakah itu dikira sebagai  nazar yang sah?


Jawapan Sheikh thtl al-jazani توان حسن
Namanya Nazar Muallaq, nazar yang diikat dengan syarat, kalau Tuhan beri baru aku nak taat.

Dalilnya:
لاَ تَنْذُرُوا فَإِنَّ النَّذْرَ لاَ يُغْنِى مِنَ الْقَدَرِ شَيْئًا وَإِنَّمَا يُسْتَخْرَجُ بِهِ مِنَ الْبَخِيلِ
“Janganlah bernazar. Karena nazar tidaklah bisa menolak takdir sedikit pun. Nazar hanyalah dikeluarkan dari orang yang bakhil.” 
[HR. Muslim no. 1640 dr Abu Hurairah ra]

👉 Nazar makruh, siapa yang bernazar dan lupa, kena bayar kaffarah nazar, iaitu beri makan orang miskin 10 orang

Mempercayai Ikan Puyu Boleh Manghalang Gangguan Ghaib (Pukau)

Soalan : 
Termasuk syirik kah orang yang percaya ikan puyu boleh manghalang gangguan ghaib (pukau)?


Jawapan sheikh thtl al-jazani توان حسن:
Kurafat, boleh terpesongnya Aqidah sebagai seorang islam dan menyebab syirik kepada Allah.
Dalil : 
Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apa jua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.
[An Nisa`-4:48]

Adakah Ayat Untuk Hindar Diri Dari Kena Pukau?

Soalan :
Assalamualaikum. Nak tanya ada tak ayat untuk hindar diri dari kena pukau? Kalau ada,minta share. Adik saya minta. Urgent katanya.


Jawapan sheikh thtl al-jazani توان حسن:

Pertama :
Silap kita tak buat preventive atau penjagaan yakni Imunisasi Sihir. 

Caranya:
• احْفَظِ اللَّهَ يَحْفَظْكَ، احْفَظِ اللَّهَ تَجِدْهُ تُجَاهَكَ
“Jagalah Allah, niscaya Allah ak an menjagamu. Jagalah Allah, niscaya kamu jumpai Dia dihadapanmu "
[HR. Ahmad 2669, Tirmidzi 251, Dishahihkan al-Albani]
- Jaga Allah dan Allah akan jaga kita, ini imunisasi sihir.

• Amalkan imunisasi dengan kurma Ajwa, atau kurma hitam madinah
من اصطبح بسبع تمرات عجوة لم يضره ذلك اليوم سم ولا سحر
“Siapa yang sarapan dengan 7 kurma ajwah, maka racun dan sihir tidak akan membahayakannya di hari itu.” 
[HR. Bukhari 5779 dan Muslim 2047]

• Seterusnya banyak zikir harian dan jangan lupa baca ayat kursi dan 3 Qul sebelum tidur.


Kedua :
Jika kena sihir, ruqyah diri sendiri. Dapatkan panduan ruqyah dari kitab-kitab seperti Dr. Said bin Ali bin Wahf al-Qohthani dalam buku beliau
[Ad-Dua wa Yalihi Al-Ilaj bi Ar-Ruqa, Hal. 35].
Ada edisi terjemahan

• Jika tidak mampu barulah jumpa ustaz-ustaz yang soleh, akidah salaf dan warak, bukan ahli bid'ah.

Mengakhiri Bacaan Qur'an dengan "Sadaqallahu Adzim." Adakah Tepat?

Soalan :
Kita selalu akhiri bacaan Qur'an dengan "Sadaqallahu Adzim." Ini tak betul ye syeikh? Dalam keadaan mana zikir ini boleh di buat? Terima kasih. 


Jawapan sheikh thtl al-jazani توان حسن:
Bacaan "Sadaqallahu Adzim."

Fatwa Arab Saudi :
Tidak digalakkan membaca "Sadaqa Allah Al-Azim" selepas habis membaca Al-Quran kerana ia bukan dari Nabi saw dan tidak juga dari para sahabatnya.

1] Sheikh Ibnu Utsaimin. Izaalat al-sitaar ‘an al-jawaab al-mukhtaar. Riyad : 
Muaasasah Al-Risalah, 2000. ms 79-80

2] Kitab Majmu' Fatawaa wa Maqaalat Mutanawwi’ah li Samaahat al-Sheikh Abdul Aziz bin Baaz - 9. Riyad : 
Dar Al-Watan, 2000. ms 342.

Manakala Syaikh Atiyah Saqr (al-Fatawa Min Ahsan al-Kalam Fi al-Fatawa Wa al-Ahkam.
Karangan: Syeikh Atiyyah Saqr (mantan Pengerusi Fatwa al-Azhar). 
Terbitan: al-Maktabah al-Taufiqiah. Jilid: Satu. Mukasurat: 142 dan 143.

Mereka berpendapat, tidak boleh terlalu keras membid'ah mereka yang membacanya.

Hukum Pengusaha Dobi Yang Berkaitan Dengan Dakwah Agama Lain

Soalan :
Kawan saya (seorang muslim) pengusaha dobi... Salah satu pelanggan tetapnya adalah sebuah gereja, yang mana gereja itu menerima derma (seperti baju, kasut, beg dll) di basuh dibersihkan di dobi kawan saya itu.
Menurut kawan saya, baju dan lain2 nya semua itu akan di berikan kepada yang tak mampu dengan di selit program Kristenisasi di salah satu tempat/daerah.
Bagaimana ya uztaz, itu halal ke haram? Wajib kah saya melarangnya? Apa yang perlu saya lakukan,sebab risau dengan Kristenisasi ini.


Jawapan Sheikh thtl al-jazani توان حسن:

Muamalat dalam Islam ada 3 isu:

1. Kepentingan Agama Kita
- Contoh kepentingan agama kita: 
Musim haji, MAS tidak cukup kapal terbang untuk membawa jamaah haji, maka disewa kapal terbang dari syarikat bukan Islam, misalnya dari Thailand dan Filipina, hukumnya boleh

2. Kepentingan Bersama Antara Islam dan Non-Muslim 
- Contoh kepentingan bersama kerana Non-muslim adalah juga warganegara yang sah. maka dia sepatutnya menerima servis yang sama di semua sektur. 

3. Kepentingan Agama Lain
- Contoh kepentingan agama lain. Apa jua yang direct atau langsung utk membantu agama tersebut.

Maka bisnes dobi anda kena diihat pada tiga kepentingan di atas.



Selepas Solat Tarawih, Adakkah Dibolehkan Qiam?

Soalan :
Assalamualaikum  nak tanya bila kita dah solat tarawih bolehkah qiam?


Jawapan sheikh thtl al-jazani توان حسن:
Solat tarawih tu adalah qiyam yang diawalkan. Ini khusus utk bulan ramadhan sahaja. Zaman salafus soleh, mereka solat 8, tapi lama rakaatnya, sampai jam 12 mlm.  

Di mekah pada era Imam Syafi'iy, orang Mekah buat 23 rakaat. Selepas setiap 4 rakaat, tawaf 7X, sambung, sampai tengah malam. 

Di Medinah, era Imam Malik, mereka buat 36 rakaat.  Maka bila balik rumah, tak ada lagi qiam tambahan melainkan bangun sahur. Solat sunat fajar dan solat fajar di mesjid, 2 rakaat pun bacaannya amat panjang.  

Zaman sekarang, buat 8 rakaat, pukul 9:30 malam dah habis, balik tidur. Maka memang boleh sangat la qiam lagi sekali, sebab qiam zaman moden ni Lite n Easy. Ringan sangat berbanding tarawih zaman salaf dulu.

Orang keliru sebenarnya dengan larangan qiam atau larangan witir dua kali. Yang benar, larangan solat witir 2X. Sebabnya di mesjid, masa taraweh dah witir, maka yang dilarang adalah witir sekali lagi di rumah. 

Adapun qiam, tahajjud tidak dilarang. Sebab solat malam, bilangan rakaatnya tidak ada maksima. Maka bila dah buat 8 rakaat bersama imam, maka OK saja nak tambah sampai 100 rakaat...

4 Mac 2020

Orang Yang Bernazar & Ahli Keluarganya Memakan Daging Haiwan Sembelihan Nazar?

Soalan :
Assalamualaikum Wbt, seorang telah bernazar untuk sembelih seekor kambing. Bolehkan orang yang bernazar dan ahli keluarganya memakan daging tersebut?


Jawaapan sheikh thtl al-jazani توان حسن:
Dalil yang menegahnya tak ada. Maka ia diperselisihkan oleh ulama' sbg berikut:

Jumhur kecuali Maliki, tak boleh makan. Penjelasan Imam Syaraf An Nawawi:

فرع في مذاهب العلماء في الاكل من الضحية والهدية الواجبين. قد ذكرنا أن مذهبنا أنه لا يجوز الاكل منهما سواء كان جبرانا أو منذورا وكذا قال الاوزاعي وداود الظاهري لا يجوز الاكل من الواجب
(pasal) tentang pendapat para ulama mengenai hukum makan hewan qurban atau hadyu yang wajib. Telah kami tegaskan bahwa madzhab kami berpendapat, tidak boleh makan kurban dan hadyu yang wajib, baik karena memaksa diri sendiri atau karena nadzar. Demikian yang menjadi pendapat Al-Auza’i, Daud Ad-Dzahiri, tidak boleh akan qurban wajib.
[al-Majmu’, 8:418]


Kalau follow Maliki, boleh makan.

Keluar dari khilaf, orang yang berkorban dan family tanggungannya tidak boleh makan, kena sedekah 100%.

Fiqh Muwaalat (Break/Berehat) Semasa Buat Ibadah Tawaf

Soalan :
Assalamualaikum.. 
Kalau seseorang wanita tawaf hingga 4 pusingan. Kemudian dia haid. Adakah lepas suci haid dia kena tawaf dari awal start pusingan pertama semula atau dia hanya sambung saja pusingan ke 5 hingga selesai ke pusingan ke 7? 
Kalau berenti minum air atau berenti sebab lenguh boleh tak syaikh?

Mohon pencerahan dari syaikh. Terima kasih. Jazakallahu khaira


Jawapan sheikh thtl al-jazani توان حسن:
Muwalat ni takleh lama. Ia cukup sekadar uruf saja. Jika ke bilik air dan kembali semula ke dataran mathaf. 

Kalau wanita haid ketika tawaf dan sambung balik selepas 5-7 hari, maka tak adalah maksud muwalaat tu. 

Muwaalat maksudnya pause/berehat sekejap antara dua perbuatan ibadah. Muwaalat atau continuity atau kesinambungan amal. Ia mesti jangan terlalu lama, sekadar uruf sahaja. Take 5, time out. 

Contoh gap antara dua salat yang dijamak. mestilah dalam sekitar 5 minit saja muwalatnya. Janganlah pergi mandi, makan dan sambung lagi. itu sudah menyalahi muwalat.

Contoh lain.. Ambil wudu', belum habis berhenti sekejap sekejap jawab talipon, lepas tu pergi makan. Maka status muwalat tu rosaklah...

Perlu faham fiqh Muwalat tu. Break/berehat antara dua amal yang terputus jangan terlalu lama sampai ia menyalahi uruf  maksud "sekejap".

3 Mac 2020

Ketika Wanita Solat Tapak Tangan Tidak Boleh Beralas?

Soalan :
Adakah semasa solat wanita perlu letak tapak tangan atas sejadah tanpa beralas? Dulu ustazah/ustaz ramai yang kata kena tidak beralas..


Jawapan sheikh thtl al-jazani توان حسن:

Fatwa Mufti Wilayah
AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 279 (25 MEI 2016 M / 18 SYAABAN 1437 H)

SOALAN:
Assalamualaikum ustaz. saya nak tanya, orang perempuan semasa sujud dalam solat, tapak tangannya memang kena bersentuhan dengan sejadah secara langsung ke? Sebab saya tengok ramai perempuan ketika hendak sujud akan mengangkat telekung mereka supaya telekung tu tidak menghalang tapak tangan daripada mengenai sejadah. Tapi saya ada baca dalam sebuah majalah, yang mengatakan hanya dahi yang perlu bersentuhan secara langsung dengan sejadah. Mohon pencerahan ustaz.

JAWAPAN:
Waalaikumussalam wbt,
Tidak diwajibkan bersentuhan sejadah atau tempat sujud dengan tapak tangan. Namun begitu, ada ulama yang mewajibkan agar tapak tangan dibuka tidak boleh ditutup. Justeru, yang muktamad ialah sunat tangan tidak berlapik telekung untuk keluar daripada khilaf.
[Rujuk: al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafie (1/280)]


Ulasan sheikh thtl al-jazani توان حسن:
Isu sujud atas tujuh tulang, dalam fiqh sunnah, juga Mazhab Syafi'iy, yang wajib kena sejadah atau carpet ialah dahi sahaja.

2 Mac 2020

Ambik Untung Tolong Orderkan Barang Online Tanpa Diketahui Pembeli Asal

Soalan :
Assalamualaikum.. Saya nak bertanya, apa hukum ambik untung dalam kes di bawah

Seorang kawan minta tolong oder barang online, tetapi dia tidak bagi wang. Tukang oder ni oder, dan ambik untung rm10 dari kawannya. 
Contoh barang Rm100, kos postage Rm8, jumlah Rm108 tanpa beritahu dia ambik upah atau apa2...
Apakah hukumnya? Terima kasih..


Jawapan sheikh thtl al-jazani توان حسن:
Business... Keuntungan tidak ada limit, dengan syarat pembeli setuju dengan harga jualan Rm118 tersebut. Buyer tidak perlu tahu detail.

Hukum Membawa Gigi Palsu Semasa Solat, Sah Atau Tidak?

Soalan :
Assalamualaikum.. Ada ke hukum jika membawa gigi palsu solat sah atau tidak?


Jawapan sheikh thtl al-jazani توان حسن:
Gigi palsu itu dah jadi sebahgian dari si pemakainya macam spek, contact lense...
Hukum yang baru tidak usah kita tanya kerana ia kembali kepada hukum asal iaitu HARUS