FIQH WANITA - SOALAN & JAWAPAN TERPILIH

FIQH WANITA - SOALAN & JAWAPAN TERPILIH
Dakwah Dan Pendidikan Sunnah Online Malaysia Berteraskan Al-Quran Dan Hadith Sahih Melalui Aplikasi Telegram, Laman Web Dan Laman Sosial

28 Disember 2016

Zikir Menundukkan Syaitan Dalam Diri?

Soalan :
Ustaz zikir ni betul ke menundukkan syaitan dalam diri kita? Orang kata makanan dalam diri kita? Cukup tak kalau kita sekadar baca quran saja? Atau kita sekadar berzikir sahaja?


Jawapan Ustaz Azlizan Nueq:
Pertamanya kalimah 'zikir' ini adalah luas sebenarnya. Baca Quran itu zikir, tasbih itu zikir, tahmid itu zikir, bercerita tentang Allah zikir dan macam-macam lagi.

Secara umumnya, zikir itu melemahkan syaitan. Maksudnya, kalau kita ingat Allah, syaitan akan lemah untuk menipu kita. Kalau kita lupa Allah, dia akan datang balik.

Tapi tidak ada zikir-zikir tertentu yg disebutkan. Ada ajaran tarekat ajar zikir tutup liang roma di kulitlah (utk halang syaitan masuk) ini adalah karut.

Allah sudah ajar isti'azah sebagai senjata kita.

Nabi juga ajar Surah an-Nas sebagai doa kita menentang Syaitan.

Dan yang paling penting - Ilmu. Tanpa ilmu, senang sahaja syaitan nak tipu kita.

Kita kena jadi hamba kepada Allah - betul-betul tunduk kepada kehendak Allah, maka syaitan tidak ada kuasa terhadap kita. Ini disebut dalam Hijr:42

إِنَّ عِبادي لَيسَ لَكَ عَلَيهِم سُلطانٌ إِلّا مَنِ اتَّبَعَكَ مِنَ الغاوينَ
Sesungguhnya hamba-hamba-Ku tidak ada kekuasaan bagimu terhadap mereka, kecuali orang-orang yang mengikut kamu, yaitu orang-orang yang sesat.

Allahu a'lam. topik yang besar ni. harap saya dapat ringkaskan dalam tulisan yang pendek ini.

Qarin

Soalan :
Assalamualaikum ustaz.. betul ke dulu2 ade ustaz cakap qarin ialah jin pendamping diri kita dari baby sampai meninggal? Tapi pencerahan ustaz yang bawah ni lain.. jadi saya confuse sikit.. boleh tolong jelaskan?

Mafhum dari ayat ini, kalau seseorang itu sudah belajar tafsir dan mengamalkan apa yg dia belajar, dia --> tidak ada qarin lagi. <-- Tapi tidaklah dia selamat dari gangguan syaitan yang datang dan pergi itu (surah an-Nas). Allahu a'lam.


Jawapan Ustaz Azlizan Nueq:
Terima kasih. Ada berbagai jenis Qarin. Kalimah 'qarin' adalah umum yg bermaksud rapat, melekat. Dari hadis, memang disebut tentang jin yang melekat dengan manusia dari lahir sampai mati. Dan ada juga syaitan yang diberi kepada manusia yang tidak belajar tafsir Quran, dan ada juga qarin yang jenis membisikkan supaya manusia tidak infak. Ini disebut dalam Nisa:38

وَالَّذينَ يُنفِقونَ أَموالَهُم رِئَاءَ النّاسِ وَلا يُؤمِنونَ بِاللَّهِ وَلا بِاليَومِ الآخِرِ ۗ وَمَن يَكُنِ الشَّيطانُ لَهُ قَرينًا فَساءَ قَرينًا
Dan (juga) orang-orang yang menafkahkan harta-harta mereka karena riya kepada manusia, dan orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan kepada hari kemudian. Barangsiapa yang mengambil syaitan itu menjadi temannya, maka syaitan itu adalah teman yang seburuk-buruknya.

Dalam ayat ini, digunakan juga kalimah 'qarin'.

Allahu a'lam.


Soalan :
Maknanya ustaz, qarin ni bukan lah 1 je dalam diri kita ye? Aduh, mintak maaf kalau macam salah soalan je..

Jawapan Ustaz Azlizan Nueq:
yer, begitulah...ada banyak jenis
(takpe, jangan malu bertanya. hadis nabi kata: ubat jahil adalah bertanya)


TAMBAHAN MENGENAI QARIN

Qarin = Yang akrab, yang sentiasa mendampingi.. ia mmg ujud.

Firman Allah Swt tentang qarin yang menyertai manusia berkata : “Ya Tuhan kami, aku tidak menyesatkannya tetapi dialah yang berada dalam kesesatan yang jauh.” (QS. Qaf: 27).

Dalam tafsir Ibn Katsir dinyatakan bahwasanya Ibnu Abbas R.a, Mujahid, Qatadah dan beberapa ulama lainnya mengatakan, “Yang menyertai manusia adalah syaitan  yang ditugasi untuk mendampingi manusia.”
(Tafsir Ibnu Katsir, 7:403)


Mafhum sabda Rasulullah s.a.w daripada Abdullah bin Mas’ud r.a :

"Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka berkata, “Engkau juga ya Rasulullah “ sabdanya “ Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuIslamkan dan menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja."

Matan hadith qarin ibn mas'ud
روى مسلم وأحمد عن ابن مسعود قال ، قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :
ما منكم من أحد إلا وقد وكل به قرينه من الجن وقرينه من الملائكة !!
قالوا : وإياك يا رسول الله ؟
قال : وإياي ،، ولكن الله أعانني عليه فأسلم ، فلا يأمرني إلا بخير.
[ رواه مسلم 2814 وأحمد 1/385 ]

Larangan Pakai Cincin Di Jari

Soalan :
Assalamualaikum betul ke takde larangan pakai cincin di mana2 jari? Dulu ade cakap jari manis dan telunjuk je boleh, jari lain nanti ikut kaum yang Allah pernah laknat..

Jawapan Azlizan Nueq :
Untuk lelaki, sunnah pakai pada jari kelingking kerana nabi pakai di situ. Dan ada larangan kalau pakai di jari tengah dan telunjuk

Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, ia berkata,

كَانَ خَاتِمُ النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- فِى هَذِهِ. وَأَشَارَ إِلَى الْخِنْصَرِ مِنْ يَدِهِ الْيُسْرَى
“Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam biasa mengenakan cincin di sini.” Anas berisyarat pada jari kelingking di tangan sebelah kiri.
(HR. Muslim no. 2095).


Disebutkan dalam hadits ‘Ali bin Abi Tholib, ia berkata,

نَهَانِى رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- أَنْ أَتَخَتَّمَ فِى إِصْبَعِى هَذِهِ أَوْ هَذِهِ. قَالَ فَأَوْمَأَ إِلَى الْوُسْطَى وَالَّتِى تَلِيهَا
“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang padaku memakai cincin pada jari ini atau jari ini.” Ia berisyarat pada jari tengah dan jari setelahnya.
(HR. Muslim no. 2095).


Untuk perempuan, tidak ada larangan pakai cincin pada mana-mana jari.

24 Disember 2016

Belajar Tafsir Quran Takut Isim???

Soalan :
ustaz suami saya pernah cakap tak payah la baca tafsir quran sebab tafsir ni mendalam.. takut saya jadi isim pulak.. jadi saya dah jadi ragu2 pulak nak baca tafsir.. tapi baca terjemahan tak apa dia bagi.. situasi saya ni, kalau saya baca jugak tafsir tu sebenarnya dikatakan tak dengar nasihat dia ke?

♻️
Jawapan Ustaz Azlizan Nueq:

Nauzubillah...inilah bisikan syaitan. Sebab syaitan tidak mahu kita faham Qur'an. Sedangkan Allah beritahu 4 kali dalam surah Qamar

وَلَقَدْ يَسَّرْنَا الْقُرْآنَ لِلذِّكْرِ فَهَلْ مِن مُّدَّكِرٍ

Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?

Allah kata Dia mudahkan, bukan?

Dan belajar tafsir ini wajib. Jadi kalau suami larang buat perkara wajib, tidak salah. Memang kena langgar arahannya itu. Patutnya dia yang ajar kepada awak.

23 Disember 2016

JANGAN LA SEBUT, JADI DOA TU!

#NotaBroSyarief

Si abang ingin keluar membawa motor pergi bermain di taman.

Melihat langit gelap, adiknya berkata: Hari nak hujan tu..

Si abang melenting: Kau boleh diam tak, masin mulut kau tu nanti!

---

Si anak sedang memandu di LPT dengan kelajuan mencecah 160km/jam.

Si ibu menegur dari tempat duduk sebelah: Pelan la sket, accident nanti susah kita.

Si anak meninggikan suara: Ibu ni.. jangan la doakan macam tu!

---

Si isteri ingin segera menunaikan umrah, dicapainya laptop untuk melihat pakej untuk dibeli.

Si suami berpesan: Kalau beli sekarang, habis terus simpanan kita. Nanti kalau ada urusan kecemasan macam mana?

Si isteri menjawab: Ish, abang ni. Jangan la fikir yang bukan-bukan.

---

Si pelajar A sedang asyik melayan Dota, (atau versi sister: melayan siri drama korea!)!

Lalu roommate nya Pelajar B, berpesan: Pergi study la! Ko dah repeat, nanti kena dismiss plak kang!

Pelajar A menuding geram: Weh, mulut ko! Jaga sikit boleh tak?

---

Peringatan diberikan dikatakan doa? Malah disuruh diam, jangan disebut?

Allah dan Rasul-Nya berkali-kali memberi peringatan agar jangan lakukan ini dan itu, nanti dibalas azab seksa yang pedih di neraka.

Adakah ianya bermaksud Allah dan Rasul-Nya mahukan umatnya masuk neraka?

Peringatan diberikan kerana asasnya kita sering lupa, bahawa telah banyak contoh mereka yang melakukan kesilapan yang sama, yang telah hancur binasa.

Apa lagi kalau peringatan yang jelas diberikan atas dasar kebiasaan kehidupan.

Hari gelap tanda nak hujan. Bawa laju nanti kemalangan. Habiskan simpanan nanti kerugian. Tak study, fail la!

Jadi, tindak balas dan respon yang tepat dan rasional adalah MENCEGAH dan BERHATI-HATI.

Sebagaimana dalam urusan akhirat, kita berusaha mencegah dengan menjauhi segala laranganNya dan berusaha sehabis baik mentaati perintahNya.

Pelik dan ganjil, bila peringatan demi peringatan diberikan, tanda kasih dan prihatin, tapi dilayan balas bagaikan ia tohmahan dari musuh.

Ingat! Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna.

Mungkin penyesalan yang berlaku, jika selagi ia di dunia, masih punya ruang harapan untuk memperbaiki (jika tak putus asa); tetapi penyesalan di akhirat.. memang mutlak tidak berguna!

Terimalah peringatan! Kemudian usaha dan doa ke arah yang betul dan baik!
__
‎#صحح_لي_إن_كنت_مخطئاً

Bro Syarief << KLIK & SERTAI

Kenduri Aruah, Tahlil & Solat Hajat

Soalan :
Memang bidaah jugak ke kenduri aruah ustaz? Ramai orang kampung saya yang buat. Bukan bagus ke buat ustaz.. kan membaca doa untuk aruah?

♻️
Jawapan Ustaz Azlizan Nueq:

Kenduri arwah adalah bidaah. Ini menyusahkan keluarga simati. Sudahlah mereka susah hati, kena beri makan orang yang datang pula. Tidak ada hati perut. Kalau saya pergi, saya tak makan pun. Kalau nak doa, kena ikhlas, tak perlu ada makan


Soalan :
Haritu mak mertua ada buat..untuk aruah ayah mertua la..Boleh ustaz jelaskan?

♻️
Jawapan Ustaz Azlizan Nueq:

Ini bukan kenduri arwah tapi kenduri majlis tahlil. Ini pun bidaah juga. Nabi dan para sahabat ramai kematian keliatan. Mereka tak buat kenduri begini. Dan tidak ada majlis untuk doa ramai-ramai.


Soalan :
Ni payah ustaz...memang ada je kenduri..bila ditegur katanye. Untuk jamuan ringan saje..hasil sumbangan jiran tetangga.

♻️
Jawapan Ustaz Azlizan Nueq:

Memang payah dan saya faham.
1. Ada orang bagi sumbangan masa lawat. Ini untuk waris simati untuk digunakan utk keperluan kehidupan mereka. Bukan untuk dijamu orang.
2. Tidak ada majlis baca Qur'an dan zikir dan hadiahkan pahala kepada simati.
3. Tidak ada juga amalan doa beramai ramai.


Soalan :
Mengenai solat hajat ni pun ..di sekolah di terapkan solat hajat.nak pulak time nak exam.macamne ustaz?

♻️
Jawapan Ustaz Azlizan Nueq:

Nabi dan sahabat nak perang pun x buat solat hajat. Kita budak exam pun buat solat hajat? Tak kena ni.

Buat benda bidaah kita tak boleh sokong. Kena ada wala wal bara. Tunjuk cinta dan tunjuk benci. Cinta kepada benda baik dan benci kepada benda salah.

Inilah dugaan dan memang susah. Sebab itu nabi kata nak amal sunnah macam genggam bara api.


Soalan :
Tapi ustaz solat hajat tidak salahkan? Air tu yang tak perlu...solat hajat kan dibuat bila kita berkehendakkan sesuatu (berhajat)...betul tak ustaz?

♻️
Jawapan Ustaz Azlizan Nueq:

Istilah 'solat hajat' tidak ada, rekaan sahaja. Tapi untuk solat sebelum berdoa, itu memang ada dalam Qur'an. Jadi tidak salah.

Bidaah nya adalah apabila dilakukan berjemaah. Kerana solat sunat tidak dilakukan berjemaah melainkan ada dalilnya seperti solat istisqa minta hujan.

Kemudian ada banyak perkara bidaah dalam solat itu pula yang ditambah. Cara-cara yang direka.

Apabila direka istilah solat hajat, maka direka kaifiat - cara caranya.
1. Baca ayat tertentu
2. Doa tertentu pada tempat tertentu.
3. Diajar biar tertentu.

Ini semua tidak ada. Sepatutnya solat sunat biasa sahaja. Selepas itu doa. Dan buat berseorangan.
Doa boleh bila bila masa aja. Tapi kalau nak tambah makbul, elok lah dilakukan solat dahulu sebelum berdoa.

Perkongsian Microwave Dengan Non Muslim

Soalan :
Assalamualaikum ustaz.. Soalan dari member..

Dekat pantry ade satu microwave. Then microwave ni semua staff guna.. Non muslim dan melayu..satu hari ada seorang non muslim ni makan babi then panaskan dalam microwave tu..lepas tu ada seorang melayu ni panaskan jugak makanan dia dalam tu..

Soalan dia..adakah microwave tu dah tak boleh guna oleh orang melayu sabab orang non muslim tadi tu telah memanaskan makanannya yang ada kandungan babi.
Sekian.


Jawapan (Ustaz Azlizan Nueq) :

Dari Abi Tsa’labah al-Khusyani radhiallahu ‘anh:

عَنْ أَبِي ثَعْلَبَةَ الْخُشَنِيِّ
أَنَّهُ سَأَلَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّا نُجَاوِرُ أَهْلَ الْكِتَابِ وَهُمْ يَطْبُخُونَ فِي قُدُورِهِمْ الْخِنْزِيرَ وَيَشْرَبُونَ فِي آنِيَتِهِمْ الْخَمْرَ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنْ وَجَدْتُمْ غَيْرَهَا فَكُلُوا فِيهَا وَاشْرَبُوا وَإِنْ لَمْ تَجِدُوا غَيْرَهَا فَارْحَضُوهَا بِالْمَاءِ وَكُلُوا وَاشْرَبُوا

“Bahawa beliau bertanya kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam: “Sesungguhnya kami bertetangga dengan Ahl al-Kitab. Mereka biasa memasak daging khinzir di dalam periuk mereka dan meminum khamar di dalam gelas mereka (lalu bolehkah kami menggunakan periuk dan gelas tersebut?)”

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: “Jika kalian dapat menggunakan perkakas yang lain maka makan dan minumlah dalamnya. Jika kalian tidak dapat perkakas yang lain maka cucilah ia dengan air kemudian makan dan minumlah.”
(H.R Abu Daud, dinilai Sahih oleh Albani)

Basuh sahaja. Mungkin pakai kain basah. Boleh pakai. Cuma orang melayu ni geli dengan babi. Itu masalah lain.

microwave oven sepatutnya xde isu sebab bekas makanan mmg asing pun

Jawapan:
Betul. Tak bersentuh pun daging babi tu kan?

Soalan :
Oo yeke.. kalau tutup makanan babi tu dibukak masa dipanaskan kita boleh gunakan lagi ke?

Jawapan
Boleh.

15 Disember 2016

Persoalan Seorang Adik Di Rumah Kakak Kandung


Soalan :
Assalamualaikum.. Sy nk tanya..
Salah tak  kita sebagai orang yang duduk di rumah kakak kandung,tak keluar bila ada abang ipar??

♻️ Jawapan (Ustaz Azlizan Nueq)

Dari ‘Uqbah bin ‘Amir radhiyallahu ‘anhu bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

إِيَّاكُمْ وَالدُّخُولَ عَلَى النِّسَاءِ فَقَالَ رَجُلٌ مِنَ الأَنْصَارِ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَفَرَأَيْتَ الْحَمْوَ . قَالَ الْحَمْوُ الْمَوْتُ

“Berhati-hatilah kalian masuk menemui wanita.” Lalu seorang laki-laki Anshar berkata, “Wahai Rasulullah, bagaimana pendapat Anda mengenai ipar?” Beliau menjawab, “Hamwu (ipar)adalah maut.” (HR. Bukhari no. 5232 dan Muslim no. 2172)

Mereka bahaya kerana mereka itu rapat juga dengan kita. Dan kadang-kadang duduk sekali dalam rumah, berpandangan dan sebagainya. Orang pun tak sangka sangat ada masalah sebab dah jadi keluarga kan? Jadi berhati-hatilah dengan mereka. Jaga perhubungan dengan mereka.

14 Disember 2016

Hukum Mengucapkan Hari krismas Kepada Orang Kristian


Soalan :
Saya ada pertanyaan.. apakah hukum mengucapkan Hari krismas kepada orang kristian? Dan di Malaysia ni, hari krismas merupakan hari cuti umum.. adakah cuti itu dianggap sebagai meraikan krismas?

Jawapan:
Ungkapan "Merry Christmas" atau Happy Devali" atau Happy Chinese New Year sering menjadi isu khilaf, ada ulamak yang haramkan secara mutlak, maksudnya no compromy. ada ulamak yang mengharuskan dengan perincian syarat2nya.

Pertama kena lihat fiqh Waqe' atau Realiti kenapa hukumnya ada dua, haram dan harus.

Ia tidak lain kerana kedudukan umat Islam dan negara Islam ketika fatwa dikeluarkan.
Ulamak yang kata haram hidup di zaman Islam adalah kuasa dunia, atau memimpin tamaddun dan orang kafir menjadi hina. Jika mereka menjadi warga negara, mereka adalah warga kelas kedua sebagai zimmiyin.

Ada ulamak yang haramkan ungkapan tersebut kerana zaman hostility atau iklim perang dan penjajahan. Di mana negara Islam ketika itu menjajah dan memerangi orang Barat dan berjaya mengalahkan mereka. Ini ketika Islam memerangi Rome dan selepas itu Islam mengembangkan sayapnya ke Eropah.
Maka fatwa yg keluar pada period ini, period kekuasaan Islam sebagai super power dan era penaklukan eropah, adalah Kristian di hinakan kerana ia bermusuhan dengan empayar Islam
Maka orang salafi selalunya akan pegang fatwa Ibn taymiyah Ibn qayyim, haram secara mutlak.

Ulamak yang halalkan pula hidup di zaman selepas kejatuhan Uthmaniah, penguasaan Eropah dan USA ke atas dunia dan empayar Uthmaniah dihancurkan dan negara Islam dijajah dan dihinakan hingga kini. Bangsa eropah datang ke negara islam dan menundukkan umat Islam dan menguasa politik dan ekonomi. Selepas merdeka, orang Barat masih menguasai dunia hingga kini tetapi hubungan antara negara sudah menjadi aman, perang ditamatkan dan muncullah PBB atau UN, tiada lagi perang dan manusia membuka negara masing2 dan menjadi global society.
Maka fatwa yang keluar dalam zaman ini adalah lebih toleran, antaranya Dr Yusof al-Qardhawi mengharuskan ungkapan antara agama seperti merry christmas, kerana orang Islam menetap dalam negara Barat sebagai warga, atau bekerja dengan syarikat2 gergasi Barat yang melabur dalam negara Islam. Maka dari interaksi yang bersifat aman dan mesra, ungkapan tersebut di benarkan.

Dailnya:
Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu karena agama dan tidak mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil.
(QS. Al-Mumtahanah: 8)

Ini evolusi hukum memberi ucapan tahniah sempena perayaan pelbagai kaum. Ia berubah kerana berubahnya realiti. Dari umat Islam menjadi super power, hostiliti yang keras antara bangsa dan kerapnya perang kepada umat Islam menjadi kaum yang lemah, dijajah, orang Barat datang menjajah, kemudian merdeka dan orang Barat membuka pelaburan di negara islam dan menjadi rakan niaga dan orang Islam bekerja dengan firma2 org kafir.

Rumusan:
1. orang yang berpegang dengan hukum haramnya mengucapkan tahniah sempena perayaan orang kafir berpegang dengan fatwa kama ketika umat islam menjadi super power dan zaman hostiliti antara agama dan bangsa

2. Orang yang ambil hukum harus jika dia memiliki boss dan majikan bukan islam yang memberinya gaji dan pekerjaan, jiran non muslim yang baik dan orang kafir yang menjadi warga negara yang mendapat hak dalam perlembagaan negara sebagai warganegara yang sah.

3. Orang yang tidak ada hubungan dengan non-Muslim, maka dia tidak perlu mengucapkan apa-apa kepada bukan Islam sempena hari perayaan bangsa lain. Misalnya dia duduk di kelantan atau arab saudi, tiada jiran kafir dan tidak bekerja dengan syarikat milik orang kafir. Orang ni tak perlulah bising.

Terpaksa menulis panjang untuk beri lebih faham, apakah maksud fiqh waqe' fiqh realiti dan kaedah berubahnya hukum kerana berubahnya zaman.

Bab ungkapan tahniah sempena perayaan agama/bangsa lain ni tak ada nas yang qat'iy, maka terpulanglah kepada kita nak pakai hukum yg mana. Syaikhul Islam IT dan Fatwa saudi arabia, haram secara mutlak. Fatwa Dr Qardhawi dan Majlis Fatwa Eropah, harus. Fatwa MUI Indon, harus dengan syarat tidak merayakan bersama. Fatwa Kebangsaan Malaysia juga harus.

13 Disember 2016

Cara Mendapatkan Syafaat Nabi Muhammad S.A.W


Soalan :
Assalamualaikum.. wujud ke hadis macam ni? Terima kasih atas jawapan..

"Siapa menziarahi makamku,syafaatku akan terjamin baginya"


Jawapan :(Ustaz Azlizan Nueq)
Hadis ini nampaknya berlawanan dengan hadis sahih yang lain:

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu anhu, ia menyatakan bahwa hadits ini bersambung kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam:

لاَ تُشَدُّ الرِّحَالُ إِلاَّ إِلَى ثَلاَثَةِ مَسَاجِدَ: مَسْجِدِ الْحَرَامِ، وَمَسْجِدِي هَذَا، وَمَسْجِدِ اْلأَقْصَى.

“Tidak boleh mengadakan perjalanan kecuali ke tiga masjid; Masjidil Haram, masjidku ini, dan Masjidil Aqsa.”

Maknanya, dalam rangka perjalanan berbentuk agama, yang ada kelebihan adalah pergi ke tiga masjid ini sahaja, dan tidak ada tempat-tempat lain. Nabi menyebut 'masjid baginda', bukannya makam baginda. Tapi bila dah sampai ke masjid Nabi, kerana makam baginda ada di sana, maka bolehlah lawat. Tapi itu tidak boleh menjadi tujuan utama. Tujuan utama adalah untuk pergi ke masjid nabawi itu.

Allahu a'lam.


Takhriij:

مَنْ قَالَ حِينَ يَسْمَعُ النِّدَاءَ اللَّهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ وَالصَّلاَةِ الْقَائِمَةِ آتِ مُحَمَّدًا الْوَسِيلَةَ وَالْفَضِيلَةَ وَابْعَثْهُ مَقَامًا مَحْمُودًا الَّذِى وَعَدْتَهُ ، حَلَّتْ لَهُ شَفَاعَتِى يَوْمَ الْقِيَامَةِ

“Barangsiapa mengucapkan setelah mendengar adzan’ [Ya Allah, Rabb pemilik dakwah yang sempurna ini (dakwah tauhid), shalat yang ditegakkan, berikanlah kepada Muhammad wasilah (kedudukan yang tinggi), dan fadilah (kedudukan lain yang mulia). Dan bangkitkanlah beliau sehingga bisa menempati maqam (kedudukan) terpuji yang telah Engkau janjikan padanya], maka dia akan mendapatkan syafa’atku kelak.” 
(HR.Bukhari no. 614 )


Fiqh :
Selain dari banyakkan selawat & ikut sunnah baginda, yang paling utama ialah jangan buat syirik.
Ini sahaja cara untuk mendapatkan syafaat baginda yang sahih.

Berselawat Pada Tempatnya?


Soalan :
Berselawat ke ats Nabi SAW pun hendaklah pada tempatnya :
1. Bila mendengar nama baginda disebut
2. Bacaan Tahiyyat didlm solat & selps solat
3.  Selepas azan

Betulkah begini? Mohon ulasan..

Jawapan : (Ustaz Azlizan Nueq)
Ini yg bahaya. kerana ditakuti bertawasul kepada Nabi. Secara umum, boleh baca selawat bila-bila sahaja. Tapi bila nak basuh beras, diajar baca selawat, bila menanak nasi, selawat... ini kita takut. Sedangkan yg betulnya baca bismillah. Pengharapan kita kepada Allah 100%. Kerana itulah bila talqin kepada orang mati, la ilaaha illallah sahaja, tidak ada muhammadur rasulullah....kerana kembali kepada pengharapan kita.

Sekali baca, macam larang baca selawat pula... tapi tidak. Ramai yang salah faham. Kita nak jaga akidah kita. Dan perkara ini halus.

7 Disember 2016

Dilema Si Pramugara, Halal Dan Haram Akhir Zaman


Soalan 1 :
Apakah hukum bagi lelaki jadi pramugara? Adakah haram kerana bercampur dengan perempuan yang berpakaian tidak menepati syara' ?

Jawapan :
♻️ Percampuran dengan perempuan x tutup aurat ni kan common, kerja bank, kerja opis, kerja GLC seperti TM, TNB, maybank pun sama juga, bergaul dengan staff perempuan yang free hair.

Soalan 2 :
Jadi pramugara ni dibenarkan syara' la ye... ?

Jawapan :
♻️ halal n haram ni ilmu fardhu 'ain, semua kena tau basic halal dan haram
akhir zaman, manusia tidak peduli lagi dengan halal dan haram. Yang halal itu jelas yang haram pun jelas, di antara keduanya ada grey areas, atau syubhah.

Pertama:
Menganggur adalah haram, juga budaya meminta-minta. Maka dari menganggur, lebih baik kerja. Jika kerja halal 100% susah, maka boleh kerja yang syubhah sehingga ada peluang yang halal. Itulah panduan dalam halal dan haram kerjaya.

Kedua:
Pramugara ni kena tahu skop kerja dan airline yang mana.

Soalan 3 :
Katakan saya bekerja di Brunei atau Rayyan airline, adakah ok ?
Dan adakah jadi pramugara ni syubhah ?

Jawapan :
♻️ itulah halal bayyin, halal yang jelas Royal Brunei, Saudia Airlines, Qatar Airways, Oman airlines..

Pertanyaan Seorang Yahudi Pada Nabi S.A.W Perihal Makanan & Minuman Di Syurga


Soalan :
Hadith yang seorang yahudi tanya Nabi saw ,
Apakah makanan pertama yang dihidangkan kepada ahli syurga ketika memasukinya""
"Bahagian terenak hati ikan"
Selepas itu hidangan apa pula?"
Disembelihkan lembu-lembu syurga yang  berkekeliaran mencari makanan sekitarnya"
Apakah minuman untyk mereka?"
'Air dari mata air yang disebut salsabila.
(Riwayat muslim)

Hadith ini memang sahih dan ada dalam muslim yer Syeikh?


Jawapan :
♻️ sahih, Bukhari dan Muslim
وفي (صحيح مسلم) عن ثوبان أن يهودياً سأل الرسول - صلى الله عليه وسلم - قال: ((فما تحفتهم حين يدخلون الجنة؟ قال: زيادة كبد الحوت. قال: فما غذاؤهم على إثرها؟ قال: ينحر لهم ثور الجنة الذي يأكل من أطرافها. قال: فما شرابهم عليه؟ قال: من عين تسمى سلسبيلا)) قال: صدقت

ini lafaz Muslim no 315

Waktu Jawab Adzan


Soalan :
Perempuan dalam haid ,junub dan nifas disunatkan menjawab apa yang muazzin sebut.Ada dalil tak?

Jawapan :
♻️ kata Imam Nawawi (3:125) semua boleh jawab adzan kecuali tiga keadaan:
1. dalam tandas
2. ketika sedang jimak
3. sedang solat

Memakai Rambut Palsu


Soalan :
Syeikh ,sahih ke hadith larangan memakai rambut palsu?



Jawapan :
Di laknat, dalilnya

لَعَنَ اللهُ الْوَاصِلَةَ وَالْمُسْتَوْصِلَةَ
“Allah melaknat wanita yang pakai wig dan minta untuk memakai wig.”

(HR. al-Bukhari no. 5941, 5926 dan Muslim no. 5530)

** Fatwa Saudi, jika perempuan itu botak, boleh pakai wig kerana botak adalah aib bagi kaum wanita.

Menyambut hari kelahiran


Soalan :
Menyambut hari kelahiran.. bukannya nak tiru siapa-siapa tapi merai ibubapa tu banyak caranya kan?
salah 1 cara ingati hari kelahiran mereka...tak yah la nak tiru orang potong kek dan tiup-tiup lilin...menyediakan hidangan istimewa dan seumpamanya...hari-hari adalah hari mencari redha ibubapa namun apa salahnya pada hari lahir mereka kita raikan juga sebagai tanda mensyukuri nikmat Allah bagi ibubapa pada kita.?
apa pandangan ustaz?

Jawapan : (Ustaz Azlizan Nueq)

Bismillah. Menyambut hari kelahiran sudah menjadi satu kebiasaan dalam masyarakat kita. Tapi kalau kita lihat kepada perbuatan Nabi dan para sahabat, tidaklah ianya dilakukan oleh mereka. Kalau dikatakan Nabi Muhammad menyambut hari kelahiran baginda dijadikan dalil, ini pun tidak boleh. Kerana para sahabat tak ikut pun. Jadi ini bukanlah 'sunnah'. Kerana untuk kita tahu samada sesuatu perkara itu sunnah, ianya dilakukan juga boleh para sahabat, kerana mereka amat menjaga sunnah.

Yang pasti adalah kalau buat dengan cara yg besar besaran, tiup lilin pula, ini memang tidak patut sama sekali.

Tapi bagaimana kalau kita sambut kecil kecilan sahaja? Ini pun tidak ada sebenarnya. Dan seeloknya tidak dimulakan. Ianya bukan sesuatu yg perlu diraikan. Saya sendiri tidak pernah sambut birthday ibu dan bapa saya dan mereka tidak ada masalah, tidak kecil hati. Saya kira sudah cukup kalau kita melayan mereka dengan baik, selalu bertanya khabar kepada mereka, itu sudah cukup.

Cuma kerana dalam masyarat yang mengamalkan sambutan ini, susah sikit nak jaga. Kadang-kadang orang buat surprise birthday, ucap selamat hari jadi kepada kita, hantar kad dan sebagainya, memang susah nak elak. Tapi sekurang-kurangnya, janganlah kita yang melakukannya. Kerana perkara ini nampak kecil, tapi selalu perkara yg besar, asalnya dari kecil-kecilan sahaja. Elok kalau kita tidak mulakan, supaya anak-anak kita pun tidak biasa dengannya; tidak terikut-ikut utk meraikannya apabila mereka dewasa nanti.

Allahu a'lam.

Nasihat Untuk Wanita Muslimah


11 nasihat Syaikh Muhammad Bin Sholeh Al-Utsaimin kepada Wanita Muslimah

Tekan di link ini -->> Nasihat Untuk Wanita Muslimah

6 Disember 2016

Kedudukan Hidung Semasa Sujud


Soalan :
Semasa sujud kita kenakan dahi saja ditempat sujud tapi hidung tak, sahkan?
Tapi yang hadith dari Imam Bukhari rhm, lebih kurang
 " aku diperintahkan sujud diatas 7 tulang, sambil menyebut dahi seraya menunjukkan hidung" macamana pula?

Jawapan :
♻️ Saudi arabia, wajib kena hidung.
mazhab syafi'iy ia sunat dan kesempurnaan solat, siapa yang tinggalkan, ia makruh.

Melancong Dan Meninggal Dunia, Afdhal Di Kuburkan Dimana?


Soalan :
Nak tanya, jika kita melancong ke luar negara dan meninggal dunia, lebih afdhal di kuburkan di mana? Ada hadis ke tentang kes ni?

Jawapan : (Ustaz Azlizan Nueq)
Di luar negara tempat matinya itu. Kerana jenazah perlu disempurnakan urusannya dengan segera. Kalau nak kena bawa balik pula, itu sudah melewatkan.

 عن أبى هريرة رضي الله عنه عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه و سلم  قَالَ: أَسْرِعُوْا بِالْجَنَازَةِ فَإِنْ تَكُ صَالِحَةً فَخَيْرٌ تُقَدِّمُوْنَهَا إِلَيْهِ وَ إِنْ يَكُ سِوَى ذَلِكَ فَشَرٌّ تَضَعُوْنَهُ عَنْ رِقَابِكُمْ

Dari Abu Hurairah radliyallahu anhu dari Nabi Shallallahu alaihi wa sallam bersabda,
“Bersegeralah di dalam (mengurus) jenazah. Jika ia orang shalih maka kebaikanlah yang kalian persembahkan kepadanya, tetapi jika ia tidak seperti itu maka keburukanlah yang kalian letakkan dari atas pundak-pundak kalian”.

[HR al-Bukhoriy: 1315, Muslim: 944, an-Nasa’iy: II: 42, Abu Dawud: 3181, Ibnu Majah: 1477 dan Ahmad: II/ 240, 280, 488. Berkata asy-Syaikh al-Albaniy: shahih]. [8]


عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه و سلم  : إِذَا وُضِعَ اْلجِنَازَةُ وَ احْتَمَلَهَا الرِّجَالُ عَلىَ أَعْنَاقِهِمْ فَإِنْ كَانَتْ صَالِحَةً قَالَتْ: قَدِّمُوْنىِ قَدِّمُوْنىِ وَ إِنْ كَانَتْ غَيْرَ صَالِحَةً قَالَتْ لِأَهْلِهَا: يَا وَيْلَهَا أَيْنَ تَذْهَبُوْنَ بِهَا؟ يَسْمَعُ صَوْتَهَا كُلُّ شَيْءٍ إِلاَّ اْلإِنْسَانَ وَ لَوْ سَمِعَهَا اْلإِنْسَانُ لَصَعِقَ

Dari Abu Sa’id al-Khudriy radliyallahu anhu berkata, telah bersabda Rosulullah Shallallahu alaihi wa sallam,
“Apabila jenazah diletakkan dan digotong oleh kaum pria di atas pundak-pundak mereka. Jika ia (yakni jenazah itu) orang shalih, maka ia berkata, segerakan aku!, segerakan aku!”. Jika ia tidak shalih, maka ia berkata, “Duhai celakalah aku, kemanakah gerangan kalian hendak membawaku?”. Segala sesuatu dapat mendengar perkataannya kecuali manusia, seandainya ia dapat mendengarnya niscaya ia akan pingsan.

[HR an-Nasa’iy: IV/ 41, al-Bukhoriy: 1314, 1316, 1380 dan Ahmad: III/ 41, 58. Berkata asy-Syaikh al-Albaniy: Shahih]. [9]

Hukum Berdoa Meninggal Dunia Di Mekah


Soalan :
Ustaz, apa hukum kita berdoa meninggal dunia  di Mekah contoh kalau masa menunaikan haji atau umrah?
Ada dalil tak ustaz?

Jawapan : (Ustaz Azlizan Nueq)

Saidina Umar pernah berdoa:

اللَّهُمَّ ارْزُقْنِي شَهَادَةً فِي سَبِيلِكَ ، وَاجْعَلْ مَوْتِي فِي بَلَدِ رَسُولِكَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Ya Allah, berikanlah aku anugrah mati syahid di jalan-Mu, dan jadikanlah kematianku di tanah Rasul-Mu shallallahu ‘alaihi wa sallam.

(HR. Bukhari 1890)

Hukum Solat Jika Makanan Sudah Terhidang/Rasa Nak Buang Air


‏عن عائشة رضي الله عنها
‏“
‏أن النبي ﷺقال
‏“
‏لا صلاةَ بحضرةِ الطعامِ ، ولا هو يُدافِعُه الأخبثان
‏“
‏مسلم560
‏“
‏الأخبثان=البول والغائط

Terjemahan :
" Janganlah seseorang kamu salat di hadapan makanan yang terhidang, dan begitu juga seseorang yang menahan buang air kecil dan besar."

Fiqh hadith: makruh hukum solat jika makanan sudah terhidang atau rasa nak buang air kecil atau besar.

Lupa Solat


‏عن أنس بن مالك رضي الله عنه قال
‏“
‏قال رسول اللهﷺ
‏“
‏“من نسِي صلاةً فليُصَلِّ إذا ذكَرها لا كفارة لها إلا ذلك”
‏“
‏البخاري597

terj: matan asal

 مَنْ نَسِيَ صَلاَةً فَلْيُصَلِّ إِذَا ذَكَرَهَا، لاَ كَفَّارَةَ لَهَا إِلَّا ذَلِكَ {وَأَقِمِ الصَّلاَةَ لِذِكْرِي} [طه: 14

“Barangsiapa lupa suatu salat, maka hendaklah dia melaksanakannya ketika dia ingat. Karena tidak ada kaffarat kecuali itu. Allah berfirman:
‘(Dan tegakkanlah shalat untuk mengingat-Ku).” (QS. Thaha: 14)."

Fiqh hadith:
Siapa yang terlupa solat kerana kesibukan atau tertidur, maka hendaklah dia solat sebaik saja ia ingat atau tersedar. Dari hadith ini fuqaha berkhilaf akan hukum solat qadha' bagi yang meninggalkan dengan sengaja.

Solat Taubat


Soalan :
Apa yang dimaksudkan dengan solat taubat? Apakah ada waktu tertentu untuk solat taubat sepertimana solat tahajjud? Dan apakah hikmah di sebalik solat taubat?.. jika ada dalil dan doa khusus solat taubat.

Jawapan : (Ustaz Azlizan Nueq)

Pada saya, 'Solat Taubat' tidak ada. Yang ada adalah 'solat sunat sebelum taubat.' Ianya bukan kemestian dilakukan, tapi molek dilakukan.

Ada hadis

Tidak ada seorang lelaki berdosa yang melakukan dosa, kemudian dia berdiri membersihkan diri lalu bersolat – 2 rakaat – kemudian memohon pengampunan dari Allah swt, melainkan dosa telah diampunkan. Kemudian dia membaca ayat ini :

-“Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedangkan mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal” -
[surah Aali Imran 135-136]”

(HR. Abu Daud, an-Nasaie, ibn Majah, al-Bahaqi dan al-Tirmidzi)

Ini adalah saranan utk solat sebelum taubat. Sama dengan doa doa yang lain, elok dilakukan selepas solat sunat.

Tapi solat yang dimaksud adalah solat sunat mutlaq sahaja.

Dan ini bukan syarat. Kerana Nabi pernah melakukan solat istisqa (solat minta hujan). Tapi ada masa baginda berdoa sahaja untuk minta hujan. Jadi ianya bukan syarat.

Taubat boleh dilakukan bila-bila masa sahaja tanpa perlu solat dahulu. Tapi molek lah kalau didahului dengan amalan kebaikan seperti solat.

Allahua'lam