Soalan :
Adakah nikah gantung dibolehkan dalam islam?
♻
Jawapan Ustaz Azlizan Nueq:
Nikah gantung Tidak Ada Dalam Islam.
Selepas akad nikah, dah sah untuk mengadakan perhubungan seks. Tidak boleh ditahan kerana ianya sudah halal. Kalau ditahan, itulah mengharamkan yang halal.
Ada juga yang buat begini... sebab belajar dan selalu jumpa, jadi nak couple, maka mereka nikah gantung - tidak bersama. so boleh jumpa, boleh sembang dan sebagainya. Sebab mereka masih belajar, yang lelaki pun tidak dapat nak bagi nafkah tempat tinggal dan jaga isterinya. Ini Juga Tidak Ada Dalam Islam.
Jika ada, begini. Telah bernikah tapi isteri itu melepaskan haqnya sebagai isteri (tanazul). Iaitu seperti yang dilakukan oleh Sauda' terhadap Rasulullah. Sauda' adalah isteri nabi tapi dia telah lepaskan haq harinya kepada Aisyah. Maka ulama membenarkan kalau begini. Jadi, satu pasangan boleh berkahwin dan isteri itu tidak menuntut haq nafkah, tempat tinggal dan sebagainya. Tapi ini setahu saya dinamakan Nikah Mis'yar.
Tapi walaupun isteri lepaskan hak nafkah, mereka tetap boleh mengadakan hubungan seks.
Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini, niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah). * Surah Al-An'am (6:116)
23 Januari 2017
Maksud Khitbah
Soalan :
Assalamualaikum,apa maksud khitbah? Apakah khitbah dibenarkan dalam islam? Jika dibenarkan, apa syarat-syarat yang harus dipatuhi dalam khitbah.
Mohon penjelasan akan persoalan ini.. syukran..
♻
Jawapan Ustaz Azlizan Nueq:
Khitbah maksudnya bertunang. Iaitu perjanjian untuk bernikah. Ianya memang ada dalam islam. Kalau seorang wanita sudah menjadi tunang orang lain, haram untuk meminangnya lagi. Sebab dah ada orang 'book'.
Khitbah disebut dalam Quran dalam 2:235
وَلا جُناحَ عَلَيكُم فيما عَرَّضتُم بِهِ مِن خِطبَةِ النِّساءِ
Dan tidak ada dosa bagi kamu meminang wanita-wanita itu dengan sindiran
Jelas maksud 'khitbah' di sini adalah meminang.
Yang buat majlis, kenduri, bagi cincin apa semua, itu adalah adat sahaja.
Assalamualaikum,apa maksud khitbah? Apakah khitbah dibenarkan dalam islam? Jika dibenarkan, apa syarat-syarat yang harus dipatuhi dalam khitbah.
Mohon penjelasan akan persoalan ini.. syukran..
♻
Jawapan Ustaz Azlizan Nueq:
Khitbah maksudnya bertunang. Iaitu perjanjian untuk bernikah. Ianya memang ada dalam islam. Kalau seorang wanita sudah menjadi tunang orang lain, haram untuk meminangnya lagi. Sebab dah ada orang 'book'.
Khitbah disebut dalam Quran dalam 2:235
وَلا جُناحَ عَلَيكُم فيما عَرَّضتُم بِهِ مِن خِطبَةِ النِّساءِ
Dan tidak ada dosa bagi kamu meminang wanita-wanita itu dengan sindiran
Jelas maksud 'khitbah' di sini adalah meminang.
Apa Itu Majlis Tahkim?
Soalan :
Ustaz, apa itu majlis tahkim?
♻️ Ustaz Azlizan Nueq:
Umumnya tahkim ini apabila dua pihak berbalah atau salah faham. Keduanya bersetuju untuk lantik wakil masing masing berbincang dan mereka akan bersetuju dengan keputusan mereka.
Khususnya dalam sejarah, majlis tahkim antara pihak Saidina Ali dan Muawiyah selepas terjadinya fitnah besar.
Allahua'lam

Zakat Atau Sedekah?
Soalan :
Ustaz, mohon pencerahan. Setiap bulan sebelum ini kita bersedekah kepada ibu tunggal dan membantunya dari segi jumlah kewangan yang diperlukan. Adakah ia di kira sudah mengeluarkan zakat atau perlu ada lafaz dan niat?
♻️
Jawapan Ustaz Azlizan Nueq:
Zakat kena kira betul-betul, tidak boleh membuat anggaran sudah cukup jumlahnya. Kalau kita sudah kira dan tahu jumlah, kita boleh sahaja memberi kepada ibu tunggal. Tidak perlu sebut itu zakat, cukup dengan niat kita.

Zakat Pendapatan
Soalan :
Berkenaan tentang zakat pendapatan. Apakah yang dimaksudkan dengan zakat pendapatan? Bagaimanakah cara pengiraannya?
Mohon penjelasan akan hal ini.. syukran..
♻️
Jawapan Ustaz Azlizan Nueq:
Zakat dari gaji.
Zakat ini tidak ada pada zaman Nabi dan para sahabat. Dan tentu ada orang yang makan gaji pada zaman itu. Maka dalam mazhab syafie, zakat pendapatan tidak ada. Ianya ada dalam mazhab Ahmad dan dipakai juga di negara ini. Dan hujah zakat ini kuat juga (petani yang miskin pun kena keluarkan zakat tanaman, kenapa orang gaji berpuluh ribu tak bayar?).
masih bayar 2.5% juga.
* Sekarang sudah ada zakat calculator dari pusat zakat jadi boleh gunakan itu.

Islam Agama Fitrah
Soalan :
Berdasarkan sabda Rasulullah saw
"Tidak ada seorang anak pun yang terlahir kecuali dia dilahirkan dalam keadaan fithrah. Maka kemudian kedua orang tuanyalah yang akan menjadikan anak itu menjadi Yahudi, Nashrani atau Majusi sebagaimana binatang ternak yang melahirkan binatang ternak dengan sempurna. Apakah kalian melihat ada cacat padanya".
(Sahih Bukhari-1271)
Mengapa Rasulullah tidak menyebut agama Islam dalam hadis di atas?
♻️
Jawapan Ustaz Azlizan Nueq:
Sebab, agama islam adalah 'agama fitrah'. Fitrah itu sudah bermaksud islam. Dilahirkan memang dalam Islam.

Bertaubat Saat Sakaratul Maut Menjemput
Soalan :
Ramai melihat bahawa mereka masih diberi masa untuk bertaubat walau saat-saat akhir hayat di muka bumi.. apakah benar orang yang bertaubat saat sakaratul maut menjemputnya masih diterima Tuhan taubatnya?
♻️
Jawapan Ustaz Azlizan Nueq:
Kalau bertaubat apabila sakaratul maut, tidak diterima. dalilnya adalah kisah Firaun yang bertaubat apabila dia hampir mati. Dia bertaubat dan beriman waktu itu, tapi tidak dikira. Itu sudah terlambat.
Ini disokong dengan ayat lain dan hadis dari Nabi juga.

Meninggalkan Solat Dengan Sengaja, Kafir??
Soalan :
Apabila seseorang yang meninggalkan solat dengan sengaja selama hidupnya.. maka ia dihukumkan sebagai kafir.. benar? Dan apakah benar segala amalan kebaikan yang dikerjakannya selama bertahun-tahun terluput kerana solat yang ditinggalkan selama ini? Tidak dikira langsung?
♻️
Jawapan Ustaz Azlizan Nueq:
Hukum meninggalkan solat dengan sengaja dan adakah kafir atau tidak, itu adalah perbahasan antara ulama. samada kafir terus atau tidak. Salah satu pendapat mmg orang itu kafir kerana ada hadis yang mengatakan pembeza antara muslim dan tidak adalah solat.
Adakah amalan dia yg lain langsung tak kira? Seperti yang kita tahu, solat adalah perkara pertama yang akan ditanya. Kalau selamat, ada harapan, tapi kalau solat tak selamat, terus masuk ke dalam neraka.
Perumpamaan begini: budak amik exam. math, science, geog lepas, tapi bahasa melayu tak lepas. Dalam sijil, semua exam lain diisi markah dia, tapi keputusan kat atas akan ditulis 'gagal' kerana perkara penting tak lepas.

Jual Beli Emas Secara Online
Soalan :
Bolehkah jual beli emas secara online?
♻️
Jawapan Ustaz Azlizan Nueq:
Saya tidak banyak mengkaji tentang perkara ini. Tapi setahu saya, fatwa mengharamkan. Kerana ini adalah komoditi emas dan ada hadis tentang nya.
الذَّهبُ بالذَّهبِ . والفضَّةُ بالفِضَّةِ . والبُرُّ بالبُرِّ . والشعِيرُ بالشعِيرِ . والتمْرُ بالتمْرِ . والمِلحُ بالمِلحِ . مِثْلًا بِمِثْلٍ . سوَاءً بِسَواءٍ . يدًا بِيَدٍ . فإذَا اخْتَلَفَت هذهِ الأصْنَافُ ، فبيعوا كيفَ شئْتُمْ ، إذَا كانَ يدًا بِيَدٍ
“emas dengan emas, perak dengan perak, burr dengan burr, sya’ir dengan sya’ir, tamr dengan tamr, garam dengan garam, kadarnya harus semisal dan sama, harus dari tangan ke tangan (kontan). Jika jenisnya berbeda, maka juallah sesuka kalian, selama dilakukan dari tangan ke tangan (kontan)”
(HR. Al Bukhari, Muslim no. 1587, dan ini adalah lafadz Muslim).
Maksudnya, ianya termasuk benda yang kena jual dalam satu majlis akad supaya dapat periksa emas tersebut. Kalau online, ianya adalah delayed transaction.
Allahu a'lam.

Tazkirah Dikubur?
Soalan :
Boleh bagi tazkirah dikubur?
♻️
Jawapan Ustaz Azlizan Nueq:
boleh.
HADITH daripada Huzaifah menuturkan Rasulullah SAW pernah mendatangi satu jenazah, ketika sampai di kubur, Baginda duduk di tepi liang kubur itu dan Rasulullah berkali-kali memandang ke dalam kubur itu, lalu Baginda SAW bersabda mafhumnya:
“Di dalam kubur ini seorang mukmin dihimpit dengan himpitan kubur yang menghancurkan anggota tubuhnya. Sementara pada kubur orang kafir penuh dengan api neraka. Satu perkara yang perlu anda ingat di dalam hidup kita, apabila tiba saat liang lahad terbuka dan jasad kita diturunkan ke dalamnya, satu perkara yang perlu kamu ingat ialah dimana akan berlakunya himpitan kubur.”
Maknanya boleh berucap di kubur memberi peringatakan.

Menjawap 3 Persoalan Mengenai Tahlil
Soalan:
Kalau tanya pada mereka yang buat tahlil, biasanya mereka punya jawapan ada 3
1. Nabi tidak larang
2. Benda baik apa salahnya
3. Bid'ah ada dua
Jawapan Ustaz THTL :
Bagaimana kita nak tumpaskan tiga jawapan ahlil bid'ah
1. Nabi tak larang
yang nabi tak larang ialah dalam bidang keduniaan. mafhum haditih," engkau lebih tahu urusan dunia kamu"
cth: nabi x larang memasang carpet dan aircond mesjid, sebab zaman nabi teknologi belum ada.

manakala dalam urusan ugama (akidah dan ibadat) nabi akan larang kerana urusan akidah dan ibadat adalah kena follow baginda dulu. asal dalam ibadat ialah tauqif atau tunggu nabi buat dulu
2. Benda baik apa salahnya
benda baik dalam adat mmg boleh, tapi benda baik dalam akidah dan ibadat kena tunggu dan lihat dulu apakah ia dilaksanakan oleh nabi. ini kerana benda baik dalam agama dilihat kpd cara pelaksanaan nabi dulu.

cth: buat tahlil arwah benda baik kerana ia hanya menjamu penduduk kampung di samping mereka mendoakan si mati. itu cuma sangkaan kita sahaja. cth lain kpd penagih arak dan judi, mereka mendakwa ia ada manfaat, judi ada manfaat, tapi kerusakan ia bawa tidak dapat kita jangkau dgn aqal. maka baik itu tidak salah cuma di sudut akal sahaja tapi dari sudut lain kita tak tahu
3. Bid'ah ada dua
Bid'ah ada dua sama dengan org yg berkata tipu ada dua, mencuri ada dua, menyamun ada dua, Robin Hood menyamun adalah boleh sebab dia menyamun untuk rakyat. Bid'ah adalah kerusakan kpd agama, maka dia tidak ada dua. dua itu hanya dari maksud bahasa arab sahaja secara berseloroh. tapi maksud sebenar, bid'ah, curi, tipu, bohong, mengumpat, mencela semuanya tidak ada. org yg mengatakan bid'ah ada dua sebenarnya kaum yg keliru kerana hakikatnya bid'ah semua adalah kesesatan. ia cuma manipulasi ulamaa kemudian utk meluaskan maksud bid'ah dan akhirnya menyesatkan sebahgian besar manusia di rantau asia tenggara.
12 Januari 2017
Arak Di Baju, Bolehkah Dibawa Solat?
Soalan :
Assalamualaikum. Nak tanya air arak kalo kena baju boleh buat solat tak?
♻Jawapan Ustaz A Jamil Yahaya:
Ada khilaf samada air arak najis atau cuma haram di minum. Untuk keluar khilaf basuhlah
♻Jawapan Ustaz Azlizan Nueq:
Macam Ustaz AJY cakap, ada khilaf tentang samada arak (khamr) najis atau tidak.
1. Mazhab yang 4 termasuk ibn taymiyyah kata ianya najis.
2. Ada pendapat yang kata ianya tidak najis termasuklah syaikh albani. Ini pendapat yang kuat juga.
Macam AJY cakap, ada khilaf tentang samada arak (khamr) najis atau tidak.

Seeloknya cucilah. Dan janganlah terkena arak.

Pemegang Harta Cagaran Mengambil Untung Dari Harta Cagaran - ar-Rahn
Soalan :
Assalamualaikum, saya nak tanya ustaz berkenaan dengan konsep cagaran dari segi islam. Contoh situasi kalau sorang tu cagarkan rumah sewanya kepada pemberi hutang , semasa dalam tempoh cagar tu, adakah hasil sewanya menjadi milik si pemberi hutang ?
Azlizan Nueq:
Konsep ini dinamakan ar-Rahn dalam islam. Iaitu kita pinjam duit dan sebagai cagaran untuk mengatakan kita akan bayar balik hutang itu, orang yang memberi hutang boleh pegang harta kita. Termasuk rumah atau tanah. Saya kira ini yg dilakukan, bukan?
Dalam hal ini, yang memegang harta itu tidak boleh ambil manfaat dari harta itu.
Rasul bersabda : “kullu qardhin jarra manfa’atan fahuwa majhun min wujûhi ar-ribâ
(Setiap pinjaman yang menarik suatu manfaat maka itu termasuk salah satu bentuk riba.)
Maknanya, kalau dia ambil duit rumah sewa itu, dia dapat lebih dari yang dia beri pinjam dan itu termasuk riba.

Hukum Membuat Suntikan Kecantikan
Soalan :
Assalammualaikum ustaz. Apa hukum nya membuat suntikan kecantikan seperti suntikan vitamin c, kologen dan whiterning?
♻
Jawapan Ustaz Azlizan Nueq:
Sabda Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam-; “Allah melaknat perempuan-perempuan yang membuat tatu dan yang meminta dibuat tatu pada badannya, perempuan-perempuan yang minta dicukur alis (bulu keningnya) dan perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya untuk kelihatan cantik iaitu perempuan-perempuan yang merubah ciptaan Allah”.
(Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin Mas’ud r.a.)
Imam Nawawi semasa mensyarahkan hadis di atas, beliau menegaskan; sabda Nabi s.a.w. “perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya untuk kelihatan cantik” menunjukkan bahawa yang diharamkan ialah bagi orang-orang yang melakukan perkara tersebut (yakni mengubah gigi) untuk tujuan kecantikan semata-mata. Adapun kerana keperluan iaitu untuk mengubati atau untuk membaiki kecacatan pada gigi dan seumpamanya, maka diharuskan”.
Maka, ianya kembali kepada tujuan (niat).

10 Januari 2017
Mandi Wajib Pada Bahagian Anggota Yang Di Simen
Soalan :
Assalamualaikum,nak tanya,ada kawan ni excident,mase excident dye period pastu sekarang dah abes period,tangan tak boleh kena air,ada simen,nak mandi wajib macam mane?
♻
Jawapan Ustaz Azlizan Nueq:
Ini termasuk dalam perkara ijtihad ulama kerana zaman Nabi tidak ada perkara ini. Iaitu Menyapu Jabirah (mashul jabirah). Bahagian lain mandi macam biasa dan yg berbalut itu sapu di atasnya. Basahkan tangan dan sapu atas simen itu. Allahu a'lam.
Banyak pendapat tentang perkara ini:
1. Pakai tayamum sahaja.
2. Basuh mana boleh dan sapu pada bahagian yg bersimen.
3. Basuh sahaja bahagian yg boleh dibasuh (tak payah nak sapu bahagian yg bersimen)
Kalau dalam mazhab Syafie, kena mandi dan pada bahagian yg sakit itu, kena tayamum. Tapi ini dikritik oleh ulama lain kerana ini menyusahkan.
Maka, saya cadangkan guna teknik Mashu Ala Aljabirah itu. Ini pendapat Majlis Fatwa Antarabangsa. Ini lebih tepat dengan feqah islami.

4 Januari 2017
Melengah Dalam Melayan Nafsu Suami
Soalan :
Assalamualaikum ustaz.. ada 3 contoh situasi di bawah ni.. harap ustaz boleh terangkan boleh atau tidak seorang isteri tu melengahkan melayan suami (buat hubungan)
situasi 1 : isteri sedang buat kerja rumah.. membasuh baju+memasak+basuh pinggan.. suami datang berkehendak tapi isteri lengah2 sebab nak siapkan kerja dulu.. lepas 3 jam dah siap baru mandi dan layan suami..
Situasi 2 : isteri dah beberapa hari mintak gelang emas tapi suami tak belikan sebab alasan isteri bekerja.. hari ke 3 mintak gelang tak dapat, suami pula mintak dilayan.. isteri kata boleh tapi jom pegi kedai ah chong dulu (kedai emas la) lepas suami dah belikan balik rumah terus layan suami..
Situasi 3 : azan zohor lagi 30 minit suami mintak di layan tapi isteri tangguh2 sebab nak selesaikan solat dulu.. lepas selesai solat baru layan suami..
Dalam situasi contoh ni, ke-tiga2nya isteri berdosa ke? Terima kasih..
♻️
Jawapan Ustaz Azlizan Nueq:
Wajib melayani kehendak suami dalam tiga kes di atas.
إِذَا دَعَا الرَّجُلُ امْرَأَتَهُ إِلَى فِرَاشِهِ فَأَبَتْ أَنْ تَجِىءَ (فَبَاتَ غَضْبَانَ عَلَيْهَا) لَعَنَتْهَا الْمَلاَئِكَةُ حَتَّى تُصْبِحَ
“Apabila seorang suami mengajak isterinya ke tempat tidur (untuk jima’/bersetubuh) dan si isteri menolaknya [sehingga (membuat) suaminya murka], maka si isteri akan dilaknat oleh Malaikat hingga (waktu) Shubuh.” sahih.
وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لاَ تُؤَدِّى الْمَرْأَةُ حَقَّ رَبِّّهَا حَتَّى تُؤَدِّى حَقَّ زَوْجِهَا وَلَوْ سَأَلَهَا نَفْسَهَا وَهِيَ عَلَى قَتَبٍ لَمْ تَمْنَعْهُ
“Demi Allah, yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, seorang wanita tidak akan bisa menunaikan hak Allah sebelum ia menunaikan hak suaminya. Andaikan suami meminta dirinya padahal ia sedang berada di atas punggung unta, maka ia (isteri) tetap tidak boleh menolak.” sahih. Ibn Majah dan Ahmad.
Nota: bukanlah layan suami tu 'atas unta'. Maksudnya kalau isteri tu dah naik unta nak pergi keluar, tapi suami panggil, waktu itu kena turun dan layan suami.
Layanlah kehendak suami itu. Bila-bila masa pun. Bila dia dah berkehendak, waktu itulah yang penting. Kalau tangguh, mood dah lari.
Pernah sekali Nabi Muhammad ternampak perempuan cantik. Maka baginda terus masuk dalam cari isteri baginda. Nabi ajar perkara ini kerana penting. Kalau nafsunya naik waktu itu elok lah diselesaikan oleh isterinya sendiri. Sebelum melalut.
Soalan:
Apa maksud sebelum melalut ustaz?
♻️
Jawapan ustaz Azlizan Nueq:
Maksudnya suami itu melalut cari yang lain. Ada isteri tapi isteri tak layan....
Amat penting perkara ini. Mungkin ada yang kata, benda kejap jer, bukan penting pun...etc. Nanti hilang dah suami nak kawen lain, bila suami pergi pusat urut dan sebagainya, kenanglah balik apa layanan kepada suami tu dulu...
Allahu a'lam

Langgan:
Catatan (Atom)