FIQH WANITA - SOALAN & JAWAPAN TERPILIH

FIQH WANITA - SOALAN & JAWAPAN TERPILIH
Dakwah Dan Pendidikan Sunnah Online Malaysia Berteraskan Al-Quran Dan Hadith Sahih Melalui Aplikasi Telegram, Laman Web Dan Laman Sosial

28 Disember 2016

Zikir Menundukkan Syaitan Dalam Diri?

Soalan :
Ustaz zikir ni betul ke menundukkan syaitan dalam diri kita? Orang kata makanan dalam diri kita? Cukup tak kalau kita sekadar baca quran saja? Atau kita sekadar berzikir sahaja?


Jawapan Ustaz Azlizan Nueq:
Pertamanya kalimah 'zikir' ini adalah luas sebenarnya. Baca Quran itu zikir, tasbih itu zikir, tahmid itu zikir, bercerita tentang Allah zikir dan macam-macam lagi.

Secara umumnya, zikir itu melemahkan syaitan. Maksudnya, kalau kita ingat Allah, syaitan akan lemah untuk menipu kita. Kalau kita lupa Allah, dia akan datang balik.

Tapi tidak ada zikir-zikir tertentu yg disebutkan. Ada ajaran tarekat ajar zikir tutup liang roma di kulitlah (utk halang syaitan masuk) ini adalah karut.

Allah sudah ajar isti'azah sebagai senjata kita.

Nabi juga ajar Surah an-Nas sebagai doa kita menentang Syaitan.

Dan yang paling penting - Ilmu. Tanpa ilmu, senang sahaja syaitan nak tipu kita.

Kita kena jadi hamba kepada Allah - betul-betul tunduk kepada kehendak Allah, maka syaitan tidak ada kuasa terhadap kita. Ini disebut dalam Hijr:42

إِنَّ عِبادي لَيسَ لَكَ عَلَيهِم سُلطانٌ إِلّا مَنِ اتَّبَعَكَ مِنَ الغاوينَ
Sesungguhnya hamba-hamba-Ku tidak ada kekuasaan bagimu terhadap mereka, kecuali orang-orang yang mengikut kamu, yaitu orang-orang yang sesat.

Allahu a'lam. topik yang besar ni. harap saya dapat ringkaskan dalam tulisan yang pendek ini.

Qarin

Soalan :
Assalamualaikum ustaz.. betul ke dulu2 ade ustaz cakap qarin ialah jin pendamping diri kita dari baby sampai meninggal? Tapi pencerahan ustaz yang bawah ni lain.. jadi saya confuse sikit.. boleh tolong jelaskan?

Mafhum dari ayat ini, kalau seseorang itu sudah belajar tafsir dan mengamalkan apa yg dia belajar, dia --> tidak ada qarin lagi. <-- Tapi tidaklah dia selamat dari gangguan syaitan yang datang dan pergi itu (surah an-Nas). Allahu a'lam.


Jawapan Ustaz Azlizan Nueq:
Terima kasih. Ada berbagai jenis Qarin. Kalimah 'qarin' adalah umum yg bermaksud rapat, melekat. Dari hadis, memang disebut tentang jin yang melekat dengan manusia dari lahir sampai mati. Dan ada juga syaitan yang diberi kepada manusia yang tidak belajar tafsir Quran, dan ada juga qarin yang jenis membisikkan supaya manusia tidak infak. Ini disebut dalam Nisa:38

وَالَّذينَ يُنفِقونَ أَموالَهُم رِئَاءَ النّاسِ وَلا يُؤمِنونَ بِاللَّهِ وَلا بِاليَومِ الآخِرِ ۗ وَمَن يَكُنِ الشَّيطانُ لَهُ قَرينًا فَساءَ قَرينًا
Dan (juga) orang-orang yang menafkahkan harta-harta mereka karena riya kepada manusia, dan orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan kepada hari kemudian. Barangsiapa yang mengambil syaitan itu menjadi temannya, maka syaitan itu adalah teman yang seburuk-buruknya.

Dalam ayat ini, digunakan juga kalimah 'qarin'.

Allahu a'lam.


Soalan :
Maknanya ustaz, qarin ni bukan lah 1 je dalam diri kita ye? Aduh, mintak maaf kalau macam salah soalan je..

Jawapan Ustaz Azlizan Nueq:
yer, begitulah...ada banyak jenis
(takpe, jangan malu bertanya. hadis nabi kata: ubat jahil adalah bertanya)


TAMBAHAN MENGENAI QARIN

Qarin = Yang akrab, yang sentiasa mendampingi.. ia mmg ujud.

Firman Allah Swt tentang qarin yang menyertai manusia berkata : “Ya Tuhan kami, aku tidak menyesatkannya tetapi dialah yang berada dalam kesesatan yang jauh.” (QS. Qaf: 27).

Dalam tafsir Ibn Katsir dinyatakan bahwasanya Ibnu Abbas R.a, Mujahid, Qatadah dan beberapa ulama lainnya mengatakan, “Yang menyertai manusia adalah syaitan  yang ditugasi untuk mendampingi manusia.”
(Tafsir Ibnu Katsir, 7:403)


Mafhum sabda Rasulullah s.a.w daripada Abdullah bin Mas’ud r.a :

"Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka berkata, “Engkau juga ya Rasulullah “ sabdanya “ Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuIslamkan dan menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja."

Matan hadith qarin ibn mas'ud
روى مسلم وأحمد عن ابن مسعود قال ، قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :
ما منكم من أحد إلا وقد وكل به قرينه من الجن وقرينه من الملائكة !!
قالوا : وإياك يا رسول الله ؟
قال : وإياي ،، ولكن الله أعانني عليه فأسلم ، فلا يأمرني إلا بخير.
[ رواه مسلم 2814 وأحمد 1/385 ]

Larangan Pakai Cincin Di Jari

Soalan :
Assalamualaikum betul ke takde larangan pakai cincin di mana2 jari? Dulu ade cakap jari manis dan telunjuk je boleh, jari lain nanti ikut kaum yang Allah pernah laknat..

Jawapan Azlizan Nueq :
Untuk lelaki, sunnah pakai pada jari kelingking kerana nabi pakai di situ. Dan ada larangan kalau pakai di jari tengah dan telunjuk

Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, ia berkata,

كَانَ خَاتِمُ النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- فِى هَذِهِ. وَأَشَارَ إِلَى الْخِنْصَرِ مِنْ يَدِهِ الْيُسْرَى
“Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam biasa mengenakan cincin di sini.” Anas berisyarat pada jari kelingking di tangan sebelah kiri.
(HR. Muslim no. 2095).


Disebutkan dalam hadits ‘Ali bin Abi Tholib, ia berkata,

نَهَانِى رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- أَنْ أَتَخَتَّمَ فِى إِصْبَعِى هَذِهِ أَوْ هَذِهِ. قَالَ فَأَوْمَأَ إِلَى الْوُسْطَى وَالَّتِى تَلِيهَا
“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang padaku memakai cincin pada jari ini atau jari ini.” Ia berisyarat pada jari tengah dan jari setelahnya.
(HR. Muslim no. 2095).


Untuk perempuan, tidak ada larangan pakai cincin pada mana-mana jari.

24 Disember 2016

Belajar Tafsir Quran Takut Isim???

Soalan :
ustaz suami saya pernah cakap tak payah la baca tafsir quran sebab tafsir ni mendalam.. takut saya jadi isim pulak.. jadi saya dah jadi ragu2 pulak nak baca tafsir.. tapi baca terjemahan tak apa dia bagi.. situasi saya ni, kalau saya baca jugak tafsir tu sebenarnya dikatakan tak dengar nasihat dia ke?

♻️
Jawapan Ustaz Azlizan Nueq:

Nauzubillah...inilah bisikan syaitan. Sebab syaitan tidak mahu kita faham Qur'an. Sedangkan Allah beritahu 4 kali dalam surah Qamar

وَلَقَدْ يَسَّرْنَا الْقُرْآنَ لِلذِّكْرِ فَهَلْ مِن مُّدَّكِرٍ

Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?

Allah kata Dia mudahkan, bukan?

Dan belajar tafsir ini wajib. Jadi kalau suami larang buat perkara wajib, tidak salah. Memang kena langgar arahannya itu. Patutnya dia yang ajar kepada awak.

23 Disember 2016

JANGAN LA SEBUT, JADI DOA TU!

#NotaBroSyarief

Si abang ingin keluar membawa motor pergi bermain di taman.

Melihat langit gelap, adiknya berkata: Hari nak hujan tu..

Si abang melenting: Kau boleh diam tak, masin mulut kau tu nanti!

---

Si anak sedang memandu di LPT dengan kelajuan mencecah 160km/jam.

Si ibu menegur dari tempat duduk sebelah: Pelan la sket, accident nanti susah kita.

Si anak meninggikan suara: Ibu ni.. jangan la doakan macam tu!

---

Si isteri ingin segera menunaikan umrah, dicapainya laptop untuk melihat pakej untuk dibeli.

Si suami berpesan: Kalau beli sekarang, habis terus simpanan kita. Nanti kalau ada urusan kecemasan macam mana?

Si isteri menjawab: Ish, abang ni. Jangan la fikir yang bukan-bukan.

---

Si pelajar A sedang asyik melayan Dota, (atau versi sister: melayan siri drama korea!)!

Lalu roommate nya Pelajar B, berpesan: Pergi study la! Ko dah repeat, nanti kena dismiss plak kang!

Pelajar A menuding geram: Weh, mulut ko! Jaga sikit boleh tak?

---

Peringatan diberikan dikatakan doa? Malah disuruh diam, jangan disebut?

Allah dan Rasul-Nya berkali-kali memberi peringatan agar jangan lakukan ini dan itu, nanti dibalas azab seksa yang pedih di neraka.

Adakah ianya bermaksud Allah dan Rasul-Nya mahukan umatnya masuk neraka?

Peringatan diberikan kerana asasnya kita sering lupa, bahawa telah banyak contoh mereka yang melakukan kesilapan yang sama, yang telah hancur binasa.

Apa lagi kalau peringatan yang jelas diberikan atas dasar kebiasaan kehidupan.

Hari gelap tanda nak hujan. Bawa laju nanti kemalangan. Habiskan simpanan nanti kerugian. Tak study, fail la!

Jadi, tindak balas dan respon yang tepat dan rasional adalah MENCEGAH dan BERHATI-HATI.

Sebagaimana dalam urusan akhirat, kita berusaha mencegah dengan menjauhi segala laranganNya dan berusaha sehabis baik mentaati perintahNya.

Pelik dan ganjil, bila peringatan demi peringatan diberikan, tanda kasih dan prihatin, tapi dilayan balas bagaikan ia tohmahan dari musuh.

Ingat! Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna.

Mungkin penyesalan yang berlaku, jika selagi ia di dunia, masih punya ruang harapan untuk memperbaiki (jika tak putus asa); tetapi penyesalan di akhirat.. memang mutlak tidak berguna!

Terimalah peringatan! Kemudian usaha dan doa ke arah yang betul dan baik!
__
‎#صحح_لي_إن_كنت_مخطئاً

Bro Syarief << KLIK & SERTAI

Kenduri Aruah, Tahlil & Solat Hajat

Soalan :
Memang bidaah jugak ke kenduri aruah ustaz? Ramai orang kampung saya yang buat. Bukan bagus ke buat ustaz.. kan membaca doa untuk aruah?

♻️
Jawapan Ustaz Azlizan Nueq:

Kenduri arwah adalah bidaah. Ini menyusahkan keluarga simati. Sudahlah mereka susah hati, kena beri makan orang yang datang pula. Tidak ada hati perut. Kalau saya pergi, saya tak makan pun. Kalau nak doa, kena ikhlas, tak perlu ada makan


Soalan :
Haritu mak mertua ada buat..untuk aruah ayah mertua la..Boleh ustaz jelaskan?

♻️
Jawapan Ustaz Azlizan Nueq:

Ini bukan kenduri arwah tapi kenduri majlis tahlil. Ini pun bidaah juga. Nabi dan para sahabat ramai kematian keliatan. Mereka tak buat kenduri begini. Dan tidak ada majlis untuk doa ramai-ramai.


Soalan :
Ni payah ustaz...memang ada je kenduri..bila ditegur katanye. Untuk jamuan ringan saje..hasil sumbangan jiran tetangga.

♻️
Jawapan Ustaz Azlizan Nueq:

Memang payah dan saya faham.
1. Ada orang bagi sumbangan masa lawat. Ini untuk waris simati untuk digunakan utk keperluan kehidupan mereka. Bukan untuk dijamu orang.
2. Tidak ada majlis baca Qur'an dan zikir dan hadiahkan pahala kepada simati.
3. Tidak ada juga amalan doa beramai ramai.


Soalan :
Mengenai solat hajat ni pun ..di sekolah di terapkan solat hajat.nak pulak time nak exam.macamne ustaz?

♻️
Jawapan Ustaz Azlizan Nueq:

Nabi dan sahabat nak perang pun x buat solat hajat. Kita budak exam pun buat solat hajat? Tak kena ni.

Buat benda bidaah kita tak boleh sokong. Kena ada wala wal bara. Tunjuk cinta dan tunjuk benci. Cinta kepada benda baik dan benci kepada benda salah.

Inilah dugaan dan memang susah. Sebab itu nabi kata nak amal sunnah macam genggam bara api.


Soalan :
Tapi ustaz solat hajat tidak salahkan? Air tu yang tak perlu...solat hajat kan dibuat bila kita berkehendakkan sesuatu (berhajat)...betul tak ustaz?

♻️
Jawapan Ustaz Azlizan Nueq:

Istilah 'solat hajat' tidak ada, rekaan sahaja. Tapi untuk solat sebelum berdoa, itu memang ada dalam Qur'an. Jadi tidak salah.

Bidaah nya adalah apabila dilakukan berjemaah. Kerana solat sunat tidak dilakukan berjemaah melainkan ada dalilnya seperti solat istisqa minta hujan.

Kemudian ada banyak perkara bidaah dalam solat itu pula yang ditambah. Cara-cara yang direka.

Apabila direka istilah solat hajat, maka direka kaifiat - cara caranya.
1. Baca ayat tertentu
2. Doa tertentu pada tempat tertentu.
3. Diajar biar tertentu.

Ini semua tidak ada. Sepatutnya solat sunat biasa sahaja. Selepas itu doa. Dan buat berseorangan.
Doa boleh bila bila masa aja. Tapi kalau nak tambah makbul, elok lah dilakukan solat dahulu sebelum berdoa.

Perkongsian Microwave Dengan Non Muslim

Soalan :
Assalamualaikum ustaz.. Soalan dari member..

Dekat pantry ade satu microwave. Then microwave ni semua staff guna.. Non muslim dan melayu..satu hari ada seorang non muslim ni makan babi then panaskan dalam microwave tu..lepas tu ada seorang melayu ni panaskan jugak makanan dia dalam tu..

Soalan dia..adakah microwave tu dah tak boleh guna oleh orang melayu sabab orang non muslim tadi tu telah memanaskan makanannya yang ada kandungan babi.
Sekian.


Jawapan (Ustaz Azlizan Nueq) :

Dari Abi Tsa’labah al-Khusyani radhiallahu ‘anh:

عَنْ أَبِي ثَعْلَبَةَ الْخُشَنِيِّ
أَنَّهُ سَأَلَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّا نُجَاوِرُ أَهْلَ الْكِتَابِ وَهُمْ يَطْبُخُونَ فِي قُدُورِهِمْ الْخِنْزِيرَ وَيَشْرَبُونَ فِي آنِيَتِهِمْ الْخَمْرَ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنْ وَجَدْتُمْ غَيْرَهَا فَكُلُوا فِيهَا وَاشْرَبُوا وَإِنْ لَمْ تَجِدُوا غَيْرَهَا فَارْحَضُوهَا بِالْمَاءِ وَكُلُوا وَاشْرَبُوا

“Bahawa beliau bertanya kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam: “Sesungguhnya kami bertetangga dengan Ahl al-Kitab. Mereka biasa memasak daging khinzir di dalam periuk mereka dan meminum khamar di dalam gelas mereka (lalu bolehkah kami menggunakan periuk dan gelas tersebut?)”

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: “Jika kalian dapat menggunakan perkakas yang lain maka makan dan minumlah dalamnya. Jika kalian tidak dapat perkakas yang lain maka cucilah ia dengan air kemudian makan dan minumlah.”
(H.R Abu Daud, dinilai Sahih oleh Albani)

Basuh sahaja. Mungkin pakai kain basah. Boleh pakai. Cuma orang melayu ni geli dengan babi. Itu masalah lain.

microwave oven sepatutnya xde isu sebab bekas makanan mmg asing pun

Jawapan:
Betul. Tak bersentuh pun daging babi tu kan?

Soalan :
Oo yeke.. kalau tutup makanan babi tu dibukak masa dipanaskan kita boleh gunakan lagi ke?

Jawapan
Boleh.

15 Disember 2016

Persoalan Seorang Adik Di Rumah Kakak Kandung


Soalan :
Assalamualaikum.. Sy nk tanya..
Salah tak  kita sebagai orang yang duduk di rumah kakak kandung,tak keluar bila ada abang ipar??

♻️ Jawapan (Ustaz Azlizan Nueq)

Dari ‘Uqbah bin ‘Amir radhiyallahu ‘anhu bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

إِيَّاكُمْ وَالدُّخُولَ عَلَى النِّسَاءِ فَقَالَ رَجُلٌ مِنَ الأَنْصَارِ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَفَرَأَيْتَ الْحَمْوَ . قَالَ الْحَمْوُ الْمَوْتُ

“Berhati-hatilah kalian masuk menemui wanita.” Lalu seorang laki-laki Anshar berkata, “Wahai Rasulullah, bagaimana pendapat Anda mengenai ipar?” Beliau menjawab, “Hamwu (ipar)adalah maut.” (HR. Bukhari no. 5232 dan Muslim no. 2172)

Mereka bahaya kerana mereka itu rapat juga dengan kita. Dan kadang-kadang duduk sekali dalam rumah, berpandangan dan sebagainya. Orang pun tak sangka sangat ada masalah sebab dah jadi keluarga kan? Jadi berhati-hatilah dengan mereka. Jaga perhubungan dengan mereka.

14 Disember 2016

Hukum Mengucapkan Hari krismas Kepada Orang Kristian


Soalan :
Saya ada pertanyaan.. apakah hukum mengucapkan Hari krismas kepada orang kristian? Dan di Malaysia ni, hari krismas merupakan hari cuti umum.. adakah cuti itu dianggap sebagai meraikan krismas?

Jawapan:
Ungkapan "Merry Christmas" atau Happy Devali" atau Happy Chinese New Year sering menjadi isu khilaf, ada ulamak yang haramkan secara mutlak, maksudnya no compromy. ada ulamak yang mengharuskan dengan perincian syarat2nya.

Pertama kena lihat fiqh Waqe' atau Realiti kenapa hukumnya ada dua, haram dan harus.

Ia tidak lain kerana kedudukan umat Islam dan negara Islam ketika fatwa dikeluarkan.
Ulamak yang kata haram hidup di zaman Islam adalah kuasa dunia, atau memimpin tamaddun dan orang kafir menjadi hina. Jika mereka menjadi warga negara, mereka adalah warga kelas kedua sebagai zimmiyin.

Ada ulamak yang haramkan ungkapan tersebut kerana zaman hostility atau iklim perang dan penjajahan. Di mana negara Islam ketika itu menjajah dan memerangi orang Barat dan berjaya mengalahkan mereka. Ini ketika Islam memerangi Rome dan selepas itu Islam mengembangkan sayapnya ke Eropah.
Maka fatwa yg keluar pada period ini, period kekuasaan Islam sebagai super power dan era penaklukan eropah, adalah Kristian di hinakan kerana ia bermusuhan dengan empayar Islam
Maka orang salafi selalunya akan pegang fatwa Ibn taymiyah Ibn qayyim, haram secara mutlak.

Ulamak yang halalkan pula hidup di zaman selepas kejatuhan Uthmaniah, penguasaan Eropah dan USA ke atas dunia dan empayar Uthmaniah dihancurkan dan negara Islam dijajah dan dihinakan hingga kini. Bangsa eropah datang ke negara islam dan menundukkan umat Islam dan menguasa politik dan ekonomi. Selepas merdeka, orang Barat masih menguasai dunia hingga kini tetapi hubungan antara negara sudah menjadi aman, perang ditamatkan dan muncullah PBB atau UN, tiada lagi perang dan manusia membuka negara masing2 dan menjadi global society.
Maka fatwa yang keluar dalam zaman ini adalah lebih toleran, antaranya Dr Yusof al-Qardhawi mengharuskan ungkapan antara agama seperti merry christmas, kerana orang Islam menetap dalam negara Barat sebagai warga, atau bekerja dengan syarikat2 gergasi Barat yang melabur dalam negara Islam. Maka dari interaksi yang bersifat aman dan mesra, ungkapan tersebut di benarkan.

Dailnya:
Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu karena agama dan tidak mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil.
(QS. Al-Mumtahanah: 8)

Ini evolusi hukum memberi ucapan tahniah sempena perayaan pelbagai kaum. Ia berubah kerana berubahnya realiti. Dari umat Islam menjadi super power, hostiliti yang keras antara bangsa dan kerapnya perang kepada umat Islam menjadi kaum yang lemah, dijajah, orang Barat datang menjajah, kemudian merdeka dan orang Barat membuka pelaburan di negara islam dan menjadi rakan niaga dan orang Islam bekerja dengan firma2 org kafir.

Rumusan:
1. orang yang berpegang dengan hukum haramnya mengucapkan tahniah sempena perayaan orang kafir berpegang dengan fatwa kama ketika umat islam menjadi super power dan zaman hostiliti antara agama dan bangsa

2. Orang yang ambil hukum harus jika dia memiliki boss dan majikan bukan islam yang memberinya gaji dan pekerjaan, jiran non muslim yang baik dan orang kafir yang menjadi warga negara yang mendapat hak dalam perlembagaan negara sebagai warganegara yang sah.

3. Orang yang tidak ada hubungan dengan non-Muslim, maka dia tidak perlu mengucapkan apa-apa kepada bukan Islam sempena hari perayaan bangsa lain. Misalnya dia duduk di kelantan atau arab saudi, tiada jiran kafir dan tidak bekerja dengan syarikat milik orang kafir. Orang ni tak perlulah bising.

Terpaksa menulis panjang untuk beri lebih faham, apakah maksud fiqh waqe' fiqh realiti dan kaedah berubahnya hukum kerana berubahnya zaman.

Bab ungkapan tahniah sempena perayaan agama/bangsa lain ni tak ada nas yang qat'iy, maka terpulanglah kepada kita nak pakai hukum yg mana. Syaikhul Islam IT dan Fatwa saudi arabia, haram secara mutlak. Fatwa Dr Qardhawi dan Majlis Fatwa Eropah, harus. Fatwa MUI Indon, harus dengan syarat tidak merayakan bersama. Fatwa Kebangsaan Malaysia juga harus.

13 Disember 2016

Cara Mendapatkan Syafaat Nabi Muhammad S.A.W


Soalan :
Assalamualaikum.. wujud ke hadis macam ni? Terima kasih atas jawapan..

"Siapa menziarahi makamku,syafaatku akan terjamin baginya"


Jawapan :(Ustaz Azlizan Nueq)
Hadis ini nampaknya berlawanan dengan hadis sahih yang lain:

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu anhu, ia menyatakan bahwa hadits ini bersambung kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam:

لاَ تُشَدُّ الرِّحَالُ إِلاَّ إِلَى ثَلاَثَةِ مَسَاجِدَ: مَسْجِدِ الْحَرَامِ، وَمَسْجِدِي هَذَا، وَمَسْجِدِ اْلأَقْصَى.

“Tidak boleh mengadakan perjalanan kecuali ke tiga masjid; Masjidil Haram, masjidku ini, dan Masjidil Aqsa.”

Maknanya, dalam rangka perjalanan berbentuk agama, yang ada kelebihan adalah pergi ke tiga masjid ini sahaja, dan tidak ada tempat-tempat lain. Nabi menyebut 'masjid baginda', bukannya makam baginda. Tapi bila dah sampai ke masjid Nabi, kerana makam baginda ada di sana, maka bolehlah lawat. Tapi itu tidak boleh menjadi tujuan utama. Tujuan utama adalah untuk pergi ke masjid nabawi itu.

Allahu a'lam.


Takhriij:

مَنْ قَالَ حِينَ يَسْمَعُ النِّدَاءَ اللَّهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ وَالصَّلاَةِ الْقَائِمَةِ آتِ مُحَمَّدًا الْوَسِيلَةَ وَالْفَضِيلَةَ وَابْعَثْهُ مَقَامًا مَحْمُودًا الَّذِى وَعَدْتَهُ ، حَلَّتْ لَهُ شَفَاعَتِى يَوْمَ الْقِيَامَةِ

“Barangsiapa mengucapkan setelah mendengar adzan’ [Ya Allah, Rabb pemilik dakwah yang sempurna ini (dakwah tauhid), shalat yang ditegakkan, berikanlah kepada Muhammad wasilah (kedudukan yang tinggi), dan fadilah (kedudukan lain yang mulia). Dan bangkitkanlah beliau sehingga bisa menempati maqam (kedudukan) terpuji yang telah Engkau janjikan padanya], maka dia akan mendapatkan syafa’atku kelak.” 
(HR.Bukhari no. 614 )


Fiqh :
Selain dari banyakkan selawat & ikut sunnah baginda, yang paling utama ialah jangan buat syirik.
Ini sahaja cara untuk mendapatkan syafaat baginda yang sahih.

Berselawat Pada Tempatnya?


Soalan :
Berselawat ke ats Nabi SAW pun hendaklah pada tempatnya :
1. Bila mendengar nama baginda disebut
2. Bacaan Tahiyyat didlm solat & selps solat
3.  Selepas azan

Betulkah begini? Mohon ulasan..

Jawapan : (Ustaz Azlizan Nueq)
Ini yg bahaya. kerana ditakuti bertawasul kepada Nabi. Secara umum, boleh baca selawat bila-bila sahaja. Tapi bila nak basuh beras, diajar baca selawat, bila menanak nasi, selawat... ini kita takut. Sedangkan yg betulnya baca bismillah. Pengharapan kita kepada Allah 100%. Kerana itulah bila talqin kepada orang mati, la ilaaha illallah sahaja, tidak ada muhammadur rasulullah....kerana kembali kepada pengharapan kita.

Sekali baca, macam larang baca selawat pula... tapi tidak. Ramai yang salah faham. Kita nak jaga akidah kita. Dan perkara ini halus.

7 Disember 2016

Dilema Si Pramugara, Halal Dan Haram Akhir Zaman


Soalan 1 :
Apakah hukum bagi lelaki jadi pramugara? Adakah haram kerana bercampur dengan perempuan yang berpakaian tidak menepati syara' ?

Jawapan :
♻️ Percampuran dengan perempuan x tutup aurat ni kan common, kerja bank, kerja opis, kerja GLC seperti TM, TNB, maybank pun sama juga, bergaul dengan staff perempuan yang free hair.

Soalan 2 :
Jadi pramugara ni dibenarkan syara' la ye... ?

Jawapan :
♻️ halal n haram ni ilmu fardhu 'ain, semua kena tau basic halal dan haram
akhir zaman, manusia tidak peduli lagi dengan halal dan haram. Yang halal itu jelas yang haram pun jelas, di antara keduanya ada grey areas, atau syubhah.

Pertama:
Menganggur adalah haram, juga budaya meminta-minta. Maka dari menganggur, lebih baik kerja. Jika kerja halal 100% susah, maka boleh kerja yang syubhah sehingga ada peluang yang halal. Itulah panduan dalam halal dan haram kerjaya.

Kedua:
Pramugara ni kena tahu skop kerja dan airline yang mana.

Soalan 3 :
Katakan saya bekerja di Brunei atau Rayyan airline, adakah ok ?
Dan adakah jadi pramugara ni syubhah ?

Jawapan :
♻️ itulah halal bayyin, halal yang jelas Royal Brunei, Saudia Airlines, Qatar Airways, Oman airlines..

Pertanyaan Seorang Yahudi Pada Nabi S.A.W Perihal Makanan & Minuman Di Syurga


Soalan :
Hadith yang seorang yahudi tanya Nabi saw ,
Apakah makanan pertama yang dihidangkan kepada ahli syurga ketika memasukinya""
"Bahagian terenak hati ikan"
Selepas itu hidangan apa pula?"
Disembelihkan lembu-lembu syurga yang  berkekeliaran mencari makanan sekitarnya"
Apakah minuman untyk mereka?"
'Air dari mata air yang disebut salsabila.
(Riwayat muslim)

Hadith ini memang sahih dan ada dalam muslim yer Syeikh?


Jawapan :
♻️ sahih, Bukhari dan Muslim
وفي (صحيح مسلم) عن ثوبان أن يهودياً سأل الرسول - صلى الله عليه وسلم - قال: ((فما تحفتهم حين يدخلون الجنة؟ قال: زيادة كبد الحوت. قال: فما غذاؤهم على إثرها؟ قال: ينحر لهم ثور الجنة الذي يأكل من أطرافها. قال: فما شرابهم عليه؟ قال: من عين تسمى سلسبيلا)) قال: صدقت

ini lafaz Muslim no 315

Waktu Jawab Adzan


Soalan :
Perempuan dalam haid ,junub dan nifas disunatkan menjawab apa yang muazzin sebut.Ada dalil tak?

Jawapan :
♻️ kata Imam Nawawi (3:125) semua boleh jawab adzan kecuali tiga keadaan:
1. dalam tandas
2. ketika sedang jimak
3. sedang solat

Memakai Rambut Palsu


Soalan :
Syeikh ,sahih ke hadith larangan memakai rambut palsu?



Jawapan :
Di laknat, dalilnya

لَعَنَ اللهُ الْوَاصِلَةَ وَالْمُسْتَوْصِلَةَ
“Allah melaknat wanita yang pakai wig dan minta untuk memakai wig.”

(HR. al-Bukhari no. 5941, 5926 dan Muslim no. 5530)

** Fatwa Saudi, jika perempuan itu botak, boleh pakai wig kerana botak adalah aib bagi kaum wanita.

Menyambut hari kelahiran


Soalan :
Menyambut hari kelahiran.. bukannya nak tiru siapa-siapa tapi merai ibubapa tu banyak caranya kan?
salah 1 cara ingati hari kelahiran mereka...tak yah la nak tiru orang potong kek dan tiup-tiup lilin...menyediakan hidangan istimewa dan seumpamanya...hari-hari adalah hari mencari redha ibubapa namun apa salahnya pada hari lahir mereka kita raikan juga sebagai tanda mensyukuri nikmat Allah bagi ibubapa pada kita.?
apa pandangan ustaz?

Jawapan : (Ustaz Azlizan Nueq)

Bismillah. Menyambut hari kelahiran sudah menjadi satu kebiasaan dalam masyarakat kita. Tapi kalau kita lihat kepada perbuatan Nabi dan para sahabat, tidaklah ianya dilakukan oleh mereka. Kalau dikatakan Nabi Muhammad menyambut hari kelahiran baginda dijadikan dalil, ini pun tidak boleh. Kerana para sahabat tak ikut pun. Jadi ini bukanlah 'sunnah'. Kerana untuk kita tahu samada sesuatu perkara itu sunnah, ianya dilakukan juga boleh para sahabat, kerana mereka amat menjaga sunnah.

Yang pasti adalah kalau buat dengan cara yg besar besaran, tiup lilin pula, ini memang tidak patut sama sekali.

Tapi bagaimana kalau kita sambut kecil kecilan sahaja? Ini pun tidak ada sebenarnya. Dan seeloknya tidak dimulakan. Ianya bukan sesuatu yg perlu diraikan. Saya sendiri tidak pernah sambut birthday ibu dan bapa saya dan mereka tidak ada masalah, tidak kecil hati. Saya kira sudah cukup kalau kita melayan mereka dengan baik, selalu bertanya khabar kepada mereka, itu sudah cukup.

Cuma kerana dalam masyarat yang mengamalkan sambutan ini, susah sikit nak jaga. Kadang-kadang orang buat surprise birthday, ucap selamat hari jadi kepada kita, hantar kad dan sebagainya, memang susah nak elak. Tapi sekurang-kurangnya, janganlah kita yang melakukannya. Kerana perkara ini nampak kecil, tapi selalu perkara yg besar, asalnya dari kecil-kecilan sahaja. Elok kalau kita tidak mulakan, supaya anak-anak kita pun tidak biasa dengannya; tidak terikut-ikut utk meraikannya apabila mereka dewasa nanti.

Allahu a'lam.

Nasihat Untuk Wanita Muslimah


11 nasihat Syaikh Muhammad Bin Sholeh Al-Utsaimin kepada Wanita Muslimah

Tekan di link ini -->> Nasihat Untuk Wanita Muslimah

6 Disember 2016

Kedudukan Hidung Semasa Sujud


Soalan :
Semasa sujud kita kenakan dahi saja ditempat sujud tapi hidung tak, sahkan?
Tapi yang hadith dari Imam Bukhari rhm, lebih kurang
 " aku diperintahkan sujud diatas 7 tulang, sambil menyebut dahi seraya menunjukkan hidung" macamana pula?

Jawapan :
♻️ Saudi arabia, wajib kena hidung.
mazhab syafi'iy ia sunat dan kesempurnaan solat, siapa yang tinggalkan, ia makruh.

Melancong Dan Meninggal Dunia, Afdhal Di Kuburkan Dimana?


Soalan :
Nak tanya, jika kita melancong ke luar negara dan meninggal dunia, lebih afdhal di kuburkan di mana? Ada hadis ke tentang kes ni?

Jawapan : (Ustaz Azlizan Nueq)
Di luar negara tempat matinya itu. Kerana jenazah perlu disempurnakan urusannya dengan segera. Kalau nak kena bawa balik pula, itu sudah melewatkan.

 عن أبى هريرة رضي الله عنه عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه و سلم  قَالَ: أَسْرِعُوْا بِالْجَنَازَةِ فَإِنْ تَكُ صَالِحَةً فَخَيْرٌ تُقَدِّمُوْنَهَا إِلَيْهِ وَ إِنْ يَكُ سِوَى ذَلِكَ فَشَرٌّ تَضَعُوْنَهُ عَنْ رِقَابِكُمْ

Dari Abu Hurairah radliyallahu anhu dari Nabi Shallallahu alaihi wa sallam bersabda,
“Bersegeralah di dalam (mengurus) jenazah. Jika ia orang shalih maka kebaikanlah yang kalian persembahkan kepadanya, tetapi jika ia tidak seperti itu maka keburukanlah yang kalian letakkan dari atas pundak-pundak kalian”.

[HR al-Bukhoriy: 1315, Muslim: 944, an-Nasa’iy: II: 42, Abu Dawud: 3181, Ibnu Majah: 1477 dan Ahmad: II/ 240, 280, 488. Berkata asy-Syaikh al-Albaniy: shahih]. [8]


عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه و سلم  : إِذَا وُضِعَ اْلجِنَازَةُ وَ احْتَمَلَهَا الرِّجَالُ عَلىَ أَعْنَاقِهِمْ فَإِنْ كَانَتْ صَالِحَةً قَالَتْ: قَدِّمُوْنىِ قَدِّمُوْنىِ وَ إِنْ كَانَتْ غَيْرَ صَالِحَةً قَالَتْ لِأَهْلِهَا: يَا وَيْلَهَا أَيْنَ تَذْهَبُوْنَ بِهَا؟ يَسْمَعُ صَوْتَهَا كُلُّ شَيْءٍ إِلاَّ اْلإِنْسَانَ وَ لَوْ سَمِعَهَا اْلإِنْسَانُ لَصَعِقَ

Dari Abu Sa’id al-Khudriy radliyallahu anhu berkata, telah bersabda Rosulullah Shallallahu alaihi wa sallam,
“Apabila jenazah diletakkan dan digotong oleh kaum pria di atas pundak-pundak mereka. Jika ia (yakni jenazah itu) orang shalih, maka ia berkata, segerakan aku!, segerakan aku!”. Jika ia tidak shalih, maka ia berkata, “Duhai celakalah aku, kemanakah gerangan kalian hendak membawaku?”. Segala sesuatu dapat mendengar perkataannya kecuali manusia, seandainya ia dapat mendengarnya niscaya ia akan pingsan.

[HR an-Nasa’iy: IV/ 41, al-Bukhoriy: 1314, 1316, 1380 dan Ahmad: III/ 41, 58. Berkata asy-Syaikh al-Albaniy: Shahih]. [9]

Hukum Berdoa Meninggal Dunia Di Mekah


Soalan :
Ustaz, apa hukum kita berdoa meninggal dunia  di Mekah contoh kalau masa menunaikan haji atau umrah?
Ada dalil tak ustaz?

Jawapan : (Ustaz Azlizan Nueq)

Saidina Umar pernah berdoa:

اللَّهُمَّ ارْزُقْنِي شَهَادَةً فِي سَبِيلِكَ ، وَاجْعَلْ مَوْتِي فِي بَلَدِ رَسُولِكَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Ya Allah, berikanlah aku anugrah mati syahid di jalan-Mu, dan jadikanlah kematianku di tanah Rasul-Mu shallallahu ‘alaihi wa sallam.

(HR. Bukhari 1890)

Hukum Solat Jika Makanan Sudah Terhidang/Rasa Nak Buang Air


‏عن عائشة رضي الله عنها
‏“
‏أن النبي ﷺقال
‏“
‏لا صلاةَ بحضرةِ الطعامِ ، ولا هو يُدافِعُه الأخبثان
‏“
‏مسلم560
‏“
‏الأخبثان=البول والغائط

Terjemahan :
" Janganlah seseorang kamu salat di hadapan makanan yang terhidang, dan begitu juga seseorang yang menahan buang air kecil dan besar."

Fiqh hadith: makruh hukum solat jika makanan sudah terhidang atau rasa nak buang air kecil atau besar.

Lupa Solat


‏عن أنس بن مالك رضي الله عنه قال
‏“
‏قال رسول اللهﷺ
‏“
‏“من نسِي صلاةً فليُصَلِّ إذا ذكَرها لا كفارة لها إلا ذلك”
‏“
‏البخاري597

terj: matan asal

 مَنْ نَسِيَ صَلاَةً فَلْيُصَلِّ إِذَا ذَكَرَهَا، لاَ كَفَّارَةَ لَهَا إِلَّا ذَلِكَ {وَأَقِمِ الصَّلاَةَ لِذِكْرِي} [طه: 14

“Barangsiapa lupa suatu salat, maka hendaklah dia melaksanakannya ketika dia ingat. Karena tidak ada kaffarat kecuali itu. Allah berfirman:
‘(Dan tegakkanlah shalat untuk mengingat-Ku).” (QS. Thaha: 14)."

Fiqh hadith:
Siapa yang terlupa solat kerana kesibukan atau tertidur, maka hendaklah dia solat sebaik saja ia ingat atau tersedar. Dari hadith ini fuqaha berkhilaf akan hukum solat qadha' bagi yang meninggalkan dengan sengaja.

Solat Taubat


Soalan :
Apa yang dimaksudkan dengan solat taubat? Apakah ada waktu tertentu untuk solat taubat sepertimana solat tahajjud? Dan apakah hikmah di sebalik solat taubat?.. jika ada dalil dan doa khusus solat taubat.

Jawapan : (Ustaz Azlizan Nueq)

Pada saya, 'Solat Taubat' tidak ada. Yang ada adalah 'solat sunat sebelum taubat.' Ianya bukan kemestian dilakukan, tapi molek dilakukan.

Ada hadis

Tidak ada seorang lelaki berdosa yang melakukan dosa, kemudian dia berdiri membersihkan diri lalu bersolat – 2 rakaat – kemudian memohon pengampunan dari Allah swt, melainkan dosa telah diampunkan. Kemudian dia membaca ayat ini :

-“Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedangkan mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal” -
[surah Aali Imran 135-136]”

(HR. Abu Daud, an-Nasaie, ibn Majah, al-Bahaqi dan al-Tirmidzi)

Ini adalah saranan utk solat sebelum taubat. Sama dengan doa doa yang lain, elok dilakukan selepas solat sunat.

Tapi solat yang dimaksud adalah solat sunat mutlaq sahaja.

Dan ini bukan syarat. Kerana Nabi pernah melakukan solat istisqa (solat minta hujan). Tapi ada masa baginda berdoa sahaja untuk minta hujan. Jadi ianya bukan syarat.

Taubat boleh dilakukan bila-bila masa sahaja tanpa perlu solat dahulu. Tapi molek lah kalau didahului dengan amalan kebaikan seperti solat.

Allahua'lam

27 November 2016

Perempuan Haid Dilarang Membaca Al-Qur'an


Soalan :
Ustaz, ada ke dalil dari Nabi saw  yang melarang perempuan haid membaca Al-qur'an

Jawapan :
Ada hadis yang melarang tetapi hadis itu dhaif. Mungkin ada yang kata tidak boleh kerana tidak tahu status ini.

“Artinya : Dari Ibnu Umar, dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam beliau bersabda, “Janganlah perempuan yang haid dan orang yang junub membaca sedikit pun juga dari (ayat) Al-Qur’an.”

Dalam riwayat yang lain, “Janganlah orang yang junub dan perempuan yang haid membaca sedikit pun juga dari (ayat) Al-Qur’an”

DLA’IF Dikeluarkan oleh Tirmidzi (no. 121). Ibnu Majah (no. 595 dan 596). Ad-Daruquthni (1/117) dan Baihaqiy (1/89), dari jalan Ismail bin Ayyaasy dari Musa bin Uqbah dari Naafi, dari Ibnu Umar (ia berkata seperti di atas)

Berkata Imam Bukhari, “Ismail (bin Ayyaasy) munkarul hadits (apabila dia meriwayatkan hadits) dari penduduk Hijaz dan penduduk Iraq”

Jadi walaupun ianya ada dlm Sunan tirmizi, ianya adalah dhaif.

Kerana perawi yang bernama ismail itu lemah. Munkarul hadis bermaksud dia meriwayatkan hadis yang berlawanan dengan hadis yang diriwayatkan oleh perawi tsiqah.

Oleh itu, boleh baca Qur'an walaupun dalam haidh kerana hadis yang melarang itu tidak sahih.

Hadis Ukasyah Yang Nak Pukul Nabi

Soalan :
Syeikh, hadis ukasyah yang nak pukul Nabi saw tu,daif jiddan ke palsu?

Jawapan :
♻️ palsu,

هذا حديث موضوع محال كافأ الله من وضعه وقبح من يشين الشريعة بمثل هذا التخليط البارد والكلام الذى لا يليق بالرسول صلى الله عليه وسلم ولا بالصحابة، والمتهم به عبد المنعم بن إدريس.

Status Palsu, muga Allah membalas kepada sesiapa yang mereka-rekanya dan (moga Allah) memburukkan sesiapa yang merosakkan Syariah dengan kekeliruan yang dingin dan kalam yang tidak layak bagi Nabi saw dan tidak layak bagi sahabat.

Yang dituduh (memalsukan hadis ini) ialah Abdul Mun'im bin Idris.
Ibn Jauzi, al-Maudhu'at, 1:301

Doa-Doa Penting dari Hisnul Muslim





Ini adalah Group Khas di Telegram, yang menghimpunkan DOA-DOA PENTING untuk dihafal oleh umat Islam. Disalin dari Kitab Hisnul Muslim.


Sila tekan  -->  Hisnul Muslim  <--


Dimanakah Keberadaan Kita Nanti??



Syaikh Abdul Rahman Al-Ausy

فَرَوْحٌ وَرَيْحَانٌy وَجَنَّتُ نَعِيمٍ ﴿٨٩﴾
"maka dia memperoleh ketenteraman dan rezeki serta surga (yang penuh) kenikmatan."

وَأَمَّآ إِن كَانَ مِنْ أَصْحَٰبِ ٱلْيَمِينِ ﴿٩٠﴾
"Dan adapun jika dia termasuk golongan kanan,"

فَسَلَٰمٌ لَّكَ مِنْ أَصْحَٰبِ ٱلْيَمِينِ ﴿٩١﴾
"maka, "Salam bagimu (wahai) dari golongan kanan!" (sambut malaikat)"

وَأَمَّآ إِن كَانَ مِنَ ٱلْمُكَذِّبِينَ ٱلضَّآلِّينَ ﴿٩٢﴾
"Dan adapun jika dia termasuk golongan orang yang mendustakan dan sesat,"

فَنُزُلٌ مِّنْ حَمِيمٍ ﴿٩٣﴾
"maka dia disambut siraman air yang mendidih,"

وَتَصْلِيَةُ جَحِيمٍ ﴿٩٤﴾
"dan dibakar di dalam neraka."

إِنَّ هَٰذَا لَهُوَ حَقُّ ٱلْيَقِينِ ﴿٩٥﴾
"Sungguh, inilah keyakinan yang benar."

فَسَبِّحْ بِٱسْمِ رَبِّكَ ٱلْعَظِيمِ ﴿٩٦﴾
"Maka bertasbihlah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang Mahabesar."


(AQ Al-Waaqi'ah 56:89-96)

Suami Menyatakan Menyesal Menikah Dengan Isterinya


Soalan :
Ustaz , nak tanya BOLEH KE SEORANG SUAMI MENYATAKAN YG DIA MENYESAL MENIKAH DGN ISTERINYA SETIAP KALI BERGADUH..dan apakah YG SEPATUTNYA ISTERI JAWAB dlm situasi itu?

Jawapan :
Si suami tidak patut cakap begitu. Ini adalah kata-kata yang tidak patut keluar dari mulut seorang lelaki. Sudah ditakdirkan dia dah berkahwin dgn isteri nya itu. Allah telah berfirman dalam Nisa:19

وَعاشِروهُنَّ بِالمَعروفِ ۚ فَإِن كَرِهتُموهُنَّ فَعَسىٰ أَن تَكرَهوا شَيئًا وَيَجعَلَ اللَّهُ فيهِ خَيرًا كَثيرًا
Terjemahan :
Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu).

Dalam ayat ini Allah suruh bergaul baik suami isteri. Termasuk dengan kata-kata yang baik.

Keduanya, mungkin lah isteri ada salah silap. Tapi entah ada kebaikan untuk kita, kita tidak tahu.

Situasi ini bukan memerlukan jawapan dari istri. Isteri kena senyap sahaja. Suami waktu itu tengah marah, syaitan dah hasut macam macam. Isteri kena sabar dan senyap sahaja. Kena redakan marah suami dengan cara lain. Kalau menjawab, akan lagi masalah. Tidak ada kebaikan dalam menjawab balik.

25 November 2016

Hadith Nabi SAW Menikahi Aisyah




Soalan :
Sahih ke Syeikh?

Jawapan :
♻️ Sahih, yakni Nabi saw menikahi aisyah melalui mimpi

 أُرِيتُكِ في المنامِ مَرَّتَيْنِ ، إذا رجلٌ يَحْمِلُكِ في سَرَقَةٍ من حريرٍ ، فيقولُ : هذه امرأتُكَ ، فأَكْشِفُها فإذا هي أنتِ ، فأقولُ : إن يَكُنْ هذا من عندِ اللهِ يُمْضِهِ
الراوي : عائشة أم المؤمنين | المحدث : البخاري | المصدر : صحيح البخاري
الصفحة أو الرقم: 7011

sahih Bukhari no 7011

Maksud Hadith Bersama Orang Yang Dicintainya Pada Hari Kiamat


Soalan :
المرء مع من أحب يوم القيامة)
( رواه الترمذي وغيره وقال: حديث حسن صحيح
Seseorang itu bersama orang yang dicintainya pada hari kiamat.”
HR Termidzi, katanya hasan sahih

Dekat syurga nanti,memang kenal ke antara satu sama lain ,kalau ikut hadith ni Syeikh?

Jawapan :
♻️ bukan gitu maksudnya, kata al-sakhawi, (معنى الحديث أنه إذا أحبَّهم عمل بمثل أعمالهم ) maksud hadith tersebut, "apabila kita menyintai sesuatu golongan atau seseorang, amalan kita sama dengan amalan mereka"

Isu dia bukan kenal, isu dia siapa yang kita cintai dan apakah amalan sama.

Ini isu icon dan idola

Contoh:

Golongan habeeb amat menyintai Rasulullah saw dgn memuja Nabi dgn mengadakan majlis selawat dan berzanji...
Tapi apakah mereka akan dapat bersama nabi kelak di akhirat?

Golongan syiah amat mennyintai family Nabi saw atau ahlil bayt, mereka memuja 12 keturunan fatimah-ali..
Namun, apakah mereka akan dapat bersama ali dan fatimah pada hari mahsyar?

Yahudi amat memuja nabi Musa as,
Tapi apakah puak yahudi akan dapat bersama Moses?

Kaum nasara amat memuja Jesus son of Mary AS, 
Tapi apakah jesus akan bersama mereka nanti pada hari Kiamat.

Maka datanglah hadith ini menjelaskan kita bersama siapa pada hari kiamat nanti... Yakni kita bersama orang yang kita cintai dengan syarat manhaj dan amalan kita kena sama dengan mereka.

Menegur Orang Supaya Berubah


Soalan :
Macam mana nak tegur orang supaya berubah? Kalau kita dah tegur, tapi dia taknak berubah juga. Macam mana? Ke biarkan je sebab tugas kita hanya menegur (dah lepas tanggungjawab), orang itu taknak berubah bukan urusan kita tapi Allah. Begitu ke?

Jawapan :
♻️ Kena kuasai dulu ilmu, fiqh menegur. Antara intipati fiqh menegur orang:

1. Kena miliki POWER yang sesuai, antaranya:
a. Power to influence (kuasa mempengaruhi)
b. Power of concern (kuasa prihatin)
c. Power of role model (ada kuasa sebagai contoh teladan)

2. Menguasai SAINS DAN SENI untuk mempengaruhi orang untuk berubah, antaranya:
a. Ada ciri kelembutan dalam menegur
b. Tidak memalukan yang ditegur
c. Mengharapkan redha Allah dalam menegur seseorang
d. Berdoa untuknya supaya berubah

3. Tidak memaksa kehendak ke atasnya, hidayah milik Allah

4. Waktu yang tepat, timing.

Mengumpul Harta Itu Haramkah?


Soalan :
Adakah mengumpul harta tu haram, seperti mengumpul koleksi pinggan, koleksi gundam, koleksi lego.

Jawapan :
♻️ Follow pyramid of needs dalam islam:

1. Dharuriyat - keperluan asasi, rumah dah ada bukan menyewa, kereta yang baik, makanan yang mencukupi untuk family, pakaian yang mencukupi.

2. Hajiat - keperluan untuk keselesaan hidup, aircond di rumah, pelancungan, makan restoren

3. Tahsiniat - keperluan utk kecemerlangan hidup, kereta yang mewah (bmw , merz, audi, vW)

Maka letakkan apa yang dikumpulkan dalam pyramid of needs/want

Maksud Ayat Quran 17:71 & Hadis Berkaitannya


Soalan :
Syeikh ,Al Quran 17:71,
" pada hari ketika kami panggil setiap ummat dengan pemimpinnya..

Ada hadith juga kan syeikh?
Pemimpin tu maksudnya Nabi-nabikan? Macam kita ummat Nabi saw.
Kalau ada hadithnya tolong share.

♻️ AQ 17:71
“(Ingatlah) suatu hari (yang di hari itu) Kami panggil tiap umat dengan pemimpinnya; dan barangsiapa yang diberikan kitab amalannya di tangan kanannya maka mereka ini akan membaca kitabnya itu, dan mereka tidak dianiaya sedikit pun"
Oleh kerana ia adalah ayat AQ, maka cepat2 kena lihat

Tafsir Ibn katsir:
Kata Ibn katsir, pemimpin itu ada dua jenis:

1. Nabi2, kepimpinan umum
2. Kepimpinan negara

Dalil hadith:

من كان يَعبدُ شيئَا فَلْيَتْبَعْهُ , ...وَيَتْبَعُ مَن كان يعبدُ الطَّواغِيتَ الطَّواغِيتَ
 الراوي : أبو هريرة | المحدث : مسلم | المصدر : صحيح مسلم
الصفحة أو الرقم: 182

Terjemahan :
" Seorang akan mengikut apa yang dia taati, jika dia taat kepada taghoot (pemimpin yg jahat) maka dia akan bersama para taghoot

tsb, : sahih Bukhari dan Muslim, ini lafaz Muslim, 182

Hal Berkenaan Harta Anak Yatim


Soalan :
Apakah yang dimaksudkan dengan memakan harta anak yatim? Apakah waris boleh mengambil sebahagian keuntungan dari tanah pusaka yang di usahakan sebagai 'upah penat' atas 'amanah' yang dipikul oleh mereka? Apakah memakan harta anak yatim itu sebahagian daripada harta yang tidak diberikan kepada hak waris/tidak ikut faraid? Boleh berikan hadis/dalil berkenaan hal ini untuk rujukan? Syukran..

Jawapan dari Ustaz Azlizan Nueq:
♻️

وَٱبْتَلُوا۟ ٱلْيَتَٰمَىٰ حَتَّىٰٓ إِذَا بَلَغُوا۟ ٱلنِّكَاحَ فَإِنْ ءَانَسْتُم مِّنْهُمْ رُشْدًا فَٱدْفَعُوٓا۟ إِلَيْهِمْ أَمْوَٰلَهُمْ ۖ وَلَا تَأْكُلُوهَآ إِسْرَافًا وَبِدَارًا أَن يَكْبَرُوا۟ ۚ وَمَن كَانَ غَنِيًّا فَلْيَسْتَعْفِفْ ۖ وَمَن كَانَ فَقِيرًا فَلْيَأْكُلْ بِٱلْمَعْرُوفِ ۚ فَإِذَا دَفَعْتُمْ إِلَيْهِمْ أَمْوَٰلَهُمْ فَأَشْهِدُوا۟ عَلَيْهِمْ ۚ وَكَفَىٰ بِٱللَّهِ حَسِيبًا ﴿٦﴾

"Dan ujilah anak-anak yatim itu sampai mereka cukup umur untuk menikah. Kemudian jika menurut pendapatmu mereka telah cerdas (pandai memelihara harta), maka serahkanlah kepada mereka hartanya. Dan janganlah kamu memakannya (harta anak yatim) melebihi batas kepatutan dan (janganlah kamu) tergesa-gesa (menyerahkannya) sebelum mereka dewasa. Barangsiapa (di antara pemelihara itu) mampu, maka hendaklah dia menahan diri (dari memakan harta anak yatim itu) dan barangsiapa miskin, maka bolehlah dia makan harta itu menurut cara yang patut. Kemudian, apabila kamu menyerahkan harta itu kepada mereka, maka hendaklah kamu adakan saksi-saksi. Dan cukuplah Allah sebagai pengawas."
(Q.S an-Nisa' 4:6)

Inilah dalil boleh penjaga harta itu menggunakan sedikit dr harta yang dijaganya. Harta itu sebaiknya dikembangkan lagi dan hasil dari keuntungan itu bolehlah digunakan. Kerana kalau dikembangkan maka setiap tahun akan berkurang sahaja harta itu kerana kena bayar zakat juga.
Berapa banyak boleh ambil? Allah tidak tetapkan kerana Allah sebut secara 'makruf' sahaja. Yg 'dikenali' sebagai sesuai. Masyarakat lain pun boleh terima jumlah yang dia ambil itu.
Allahu a'lam

Soalan :
Maaf ustaz, mohon penjelasan berkenaan tentang ayat ustaz yang akhir..
"masyarakat lain pun boleh terima jumlah yang dia ambil itu.. "
maaf... saya tidak faham maksud di situ... mohon penerangan..

Jawapan :
♻️
Dalam Qur'an selalu disebut 'yang makruf'. Ini adalah keterbukaan yang Allah letakkan. Allah tidak tetapkan nilai. Allah suruh lihat keadaan setempat dan zaman itu.
Katakanlah ambil seribu ringgit sebagai gaji...pada zaman ini, ini tidaklah besar dan tidak menimbulkan marah orang.

Tapi kalau 50 tahun lalu, ini jumlah yang banyak.

Maka kena nilai sendiri.
Allahua'lam

Berimamkan Orang Fasik


Soalan :
Apa hukum berimamkan orang yang fasik (nak dalil) Dan ciri-ciri fasik.

♻️
Sah solat belakang Imam yg fasik atau ahli bidaah. Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah bersabda:

يُصَلُّوْنَ لَكُمْ، فَإِنْ أَصَابُوْا فَلَكُمْ وَلَهُمْ، وَإِنْ أَخْطَأُوْا فَلَكُمْ وَعَلَيْهِمْ.

“Mereka shalat mengimami kalian. Apabila mereka benar, kalian dan mereka mendapatkan pahala. Apabila mereka keliru, kalian mendapat pahala sedangkan mereka mendapat dosa.”

Juga perbuatan ibnu Umar dan Anas bin Malik yang tetap solat belakang hajjaj (yang dikatakan seorang yang amat zalim).

Paling kuat yang kata pun adalah makruh sahaja. Solat tetap sah.

Fasiq adalah pelaku dosa.


Soalan :
Ustaz ,nak tanya,apa maksud " kalau mereka keliru? "

♻️
Terjemahan أَخْطَأُوْا bermaksud 'mereka buat dosa'. Maknanya mereka tanggung dosa mereka sendiri.


Soalan :
Ini maksudnya ,kalau imam itu dari kalangan ahli bid'ah atau fasiq atau apa pun manhaj kita tetap solat dibelakang mereka kan?

♻️
Benar. Kita tidak dapat nak tentukan pemimpin atau imam kita, maka kita kena redha dan terima.
Allahua'lam

Solat Dalam Keadaan Mengantuk

Soalan :
Apa hukumnya solat dalam keadaan mengantuk hingga lupa rakaat ke berapa dan dia hanya berkira-kira sahaja.. bagaimana jika dia mengulang-ulang bacaan kerana dikhuatiri bacaan (cth:al-fatihah) tidak di dengari di telinga sewaktu membacanya di sebabkan membaca dalam keadaan mengantuk..
Apakah sah solatnya?

Jawapan :
 ♻️ Kalau mengantuk, janganlah solat kerana takut bacaan tersilap.

 Apabila seseorang mengantuk dalam shalatnya hendaklah ia menghentikan, karena mungkin dia berdo'a untuk kecelakaan (kebinasaan) bagi dirinya sendiri sedang dia tidak menyadarinya!",
(HR. Nasa'i: 162) - http://hadits.in/nasai/162

♻️
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا تَقْرَبُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَأَنتُمْ سُكَٰرَىٰ حَتَّىٰ تَعْلَمُوا۟ مَا تَقُولُونَ

"Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mendekati salat ketika kamu dalam keadaan mabuk, sampai kamu sadar apa yang kamu ucapkan"
Aq an-Nisa' 4:43

Ayat diatas ini juga sebahagian lagi dalil

♻️ Tidur dulu kalau mengantuk.
 Dari Anas r.a dari Nabi s.a.w, sabda baginda:
Apabila seseorang kamu mengantuk ketika mahu solat, hendaklah ia tidur dahulu sehingga ia tahu apa yang dibacanya.
Riwayat Bukhari.

19 November 2016

KEMPEN SEMAK HADIS SEBELUM SEBAR


[KEMPEN SEMAK HADIS SEBELUM SEBAR]

Ali: Ni kempen apa ni?
Abu: Kempen semak hadis sebelum sebar. Kita kena jaga jangan tersebar hadis palsu.

Ali: Habis tu kau nak lawan hadis nabi saw yang sebut
بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةً،
sampaikan daripada ku walau 1 ayat.
Asyik nak semak je, bila nak sebar?
Abu: Alhamdulillah, betul hadis tu, tetapi kenapa kau baca separuh sahaja. Cuba kau baca hujung hadis tu.

Ali: Aku mana hafaz hadis. Kenapa dengan hujung hadis tu?
Abu: Mai sini, aku buka dekat internet, ini website www.sunnah.com
Hah tengok aku search perkataan بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةً
Dah dapat pun.

Ali: Mana?
Abu: Ni, kau tengok, dalam Sahih al-Bukhari, Kitab Ahadis al-Anbiya', Bab Ma Dzukira 'An Bani Israel, hadis no: 3461. Cuba kau baca awal dan hujung hadis.

Abu: Okey, aku baca kau dengar ya.
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو، أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم قَالَ  " بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةً، وَحَدِّثُوا عَنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ وَلاَ حَرَجَ، وَمَنْ كَذَبَ عَلَىَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ
Daripada 'Abdullah bin 'Amru', bahawa Nabi sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Sampaikan daripada ku walau 1 ayat. Ceritakanlah kisah daripada bani Israel, tidak salah melakukannya. Sesiapa yang berdusta ke atas ku dengan sengaja, maka tempahlah tempatnya di neraka.
Ali: Nah, faham kan. Nabi sallallahu 'alaihi wasallam suruh sampaikan, tetapi jangan berdusta.

Abu: Tetapi aku bukan sengaja. Aku dengar orang kata, aku sampaikanlah. Bukan aku ada niat nak menipu guna nama Nabi sallallahu 'alaihi wasallam.
Ali: Okey, ni kita pi balik dekat web www.sunnah.com tu, kita buka Sahih Muslim, pergi dekat bahagian mukadimah, tengok apa riwayat yang Imam Muslim bawakan.

Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

لاَ تَكْذِبُوا عَلَىَّ فَإِنَّهُ مَنْ يَكْذِبْ عَلَىَّ يَلِجِ النَّارَ
Janganlah berdusta menggunakan diri ku, sesungguhnya sesiapa yang berdusta menggunakan diri ku nescaya akan masuk neraka [hadis no:2]

مَنْ كَذَبَ عَلَىَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ
Sesiapa yang dengan sengaja berdusta menggunakan diri ku, maka dia menempah tempat duduk dalam neraka [hadis no:4]

كَفَى بِالْمَرْءِ كَذِبًا أَنْ يُحَدِّثَ بِكُلِّ مَا سَمِعَ
Cukuplah seseorang dianggap berdusta apabila dia menyampaikan setiap apa yang dia dengar [hadis no:7]

Abu: Ooooo. Susahlah macam tu.
Ali: Tak susah. Sebar apa yang kita pasti sahaja. Ni aku dah tunjuk kat engkau www.sunnah.com, kau gunalah sebaiknya. Ambil hadis-hadis Sahih al-Bukhari, Muslim yang ada.

Abu: Ooo, bagus juga web ni. Terima kasih Ali.
Ali: Kasih mu ku terima.
Abu: Ish, kasih ku buat isteri ku sahaja. Aku 'straight' okey!
Ali: Hahahah.

*Ulama membahaskan maksud tidak salah menyebarkan cerita daripada Bani Israel. Antara syaratnya ialah hendaklah ia tidak menyalahi al-Quran dan as-Sunnah.

*Al-Hafiz Ibn Hajar menyebutkan dalam Fathul Bari:
 وَقَدِ اتَّفَقَ الْعُلَمَاءُ عَلَى تَغْلِيظِ الْكَذِبِ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَنَّهُ مِنَ الْكَبَائِرِ
Ulama telah bersepakat tentang seriusnya pendustaan ke atas Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam dan ia merupakan sebahagian daripada dosa-dosa besar.

18 November 2016

Hadith Jibril Masukkan Tanah Dalam Mulut Firaun


Soalan :
Sahih ke kisah jibril masukkan tanah dalam mulut firaun ketika firaun hampir tenggelam sebab takut dia mengucap dan Allah ampunkan dia?

Jawapan :
♻️ sahih,

ورواه أحمد وابن حبان بلفظ: إن جبريل كان يدس في فم فرعون الطين، مخافة أن يقول: لا إله إلا الله. وصحح إسناده أحمد شاكر، وحسين أسد

Terjemahan :
Sabda Nabi s.a.w: “Malaikat Jibril menyumbat mulut Fir’aun dengan selut, khuatir kalau-kalau akan mengucapkan: la ‘ilaha illalLah.
HR Ahmad, sahih sanad ahmad syakir, Ibn Hibban, sahih kata Husin Asad

♻️jibril bertindak atas perintah Allah. dalil:
“Dan Kami memungkinkan Bani Israil melintasi laut, lalu mereka diikuti oleh Fir’aun dan bala tentaranya, kerana hendak menganiaya dan menindas (mereka); hingga bila Fir’aun itu telah hampir tenggelam berkatalah dia: Saya percaya bahawa tidak ada Tuhan melainkan Tuhan yang dipercayai oleh Bani Israil, dan saya termasuk orang-orang yang berserah diri (kepada Allah).”
 (AQ 10:90) .

Tafsir: bila firaun melafazkan syahadah, Allah perintah Jibril menyumbat mulutnya . Tafsir Aloosi

Memahami Fiqh Dan Usyul Fiqh


Soalan :
Ada perbezaan ke antara hukum fiqh dengan usyul Fiqh?

Jawapan :
♻️
Hukum fiqh= Ilmu amali dari dalil-dalil syarak

Usyul fiqh= Ilmu alat atau metod untuk mengeluarkan hukum fiqh.

maka,

--> Ilmu fiqh adalah produk,
--> Usyul fiqh adalah metod nak keluarkan hukum fiqh

** Bagi ahli fiqh, orang yang pakar dalam hukum, kena belajar usyul fiqh dulu

Perempuan Melihat Lelaki


Soalan :
Syeikh jika perempuan pandang lelaki untuk kali pertama..adalah dikira harus juga? Kali ke 2 dan selanjutnya bagaimana hukumnya..?

♻️ Fatwa saudi, Syaikh Uthaimin, hukum wanita melihat lelaki ada dua:

1. Jika dengan syahwat, maka sama dengan lelaki.

dalil
إن اللهَ كتب على ابنِ آدمَ حظَّه من الزنا ، أدرك ذلك لا محالةَ ، فزنا العينِ النظرُ ، وزنا اللسانِ المنطقُ ، والنفسُ تتمنى وتشتهي ، والفرجُ يصدقُ ذلك كلَّه أو يكذبُه

“sesungguhnya Allah telah menakdirkan bahwa pada setiap anak Adam memiliki bagian dari perbuatan zina yang pasti terjadi dan tidak mungkin dihindari. Zinanya mata adalah penglihatan, zinanya lisan adalah ucapan, sedangkan nafsu (zina hati) adalah berkeinginan dan berangan-angan, dan kemaluanlah yang membenarkan atau mengingkarinya”
(HR. Al Bukhari 6243).

2. Tanpa syahwat, tidak mengapa

3. Yang lebih utama:

وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya (melihat yang haram) dan memelihara kemaluannya”
( An Nuur: 31).

Mencukur Bulu Ditubuh


Soalan :
Betul ke kalau tak cukur bulu yg ada ditubuh kita macam bulu ketiak lebih  40 hari, jadi tempat syaitan bergayut?

♻️ hadits Anas bin Malik radhiallahu ’anhu berkata:

ﻭﻗﺖ ﻟﻨﺎ ﻓﻲ ﻗﺺ ﺍﻟﺸﺎﺭﺏ ، ﻭﺗﻘﻠﻴﻢ‎ ‎ﺍﻷﻇﺎﻓﺮ ، ﻭﻧﺘﻒ ﺍﻹﺑﻂ ، ﻭﺣﻠﻖ ﺍﻟﻌﺎﻧﺔ ﺃﻻ‎ ‎ﻳﺘﺮﻙ ﺃﻛﺜﺮ ﻣﻦ ﺃﺭﺑﻌﻴﻦ ﻳﻮﻣﺎً ) ﺭﻭﺍﻩ‎ ‎ﺍﻟﺒﺨﺎﺭﻱ 10/284 ﻭ ﻣﺴﻠﻢ 1/222(

“Kami diberi (ketentuan) waktu dalam mencukur kumis, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur rambut sekitar kemaluan. Agar tidak melebihi dari empat puluh hari.”

(HR. Bukhari, 10/284 dan
Muslim, 1/222)

Adapun tempat setan bergayut kepada bulu itu tidak ditemui dalam semua kitab sunan.

"Siapa yg berdusta atas nama Nabi, sila tempah tempat dalam neraka"   *al-hadith.

♻️ Itu namanya Ziyadah atau dipanggil tambahan perawi. Ia merosakkan hadith sahih.


Larangan Mengacu Senjata


Soalan :
Syeikh ,ada ke hadith ,Allah melaknat orang yang mengacu senjata tajam pada kawan dia?

Jawapan :
♻️  hadith abu Hurayrah
 حَدَّثَنِي عَمْرٌو النَّاقِدُ وَابْنُ أَبِي عُمَرَ قَالَ عَمْرٌو حَدَّثَنَا سُفْيَانُ بْنُ عُيَيْنَةَ عَنْ أَيُّوبَ عَنْ ابْنِ سِيرِينَ سَمِعْتُ أَبَا هُرَيْرَةَ يَقُولُا قَالَ أَبُو الْقَاسِمِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ أَشَارَ إِلَى أَخِيهِ بِحَدِيدَةٍ فَإِنَّ الْمَلَائِكَةَ تَلْعَنُهُ حَتَّى يَدَعَهُ وَإِنْ كَانَ أَخَاهُ لِأَبِيهِ وَأُمِّهِ حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ هَارُونَ عَنْ ابْنِ عَوْنٍ عَنْ مُحَمَّدٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِمِثْلِهِ

Barang siapa yang mengacukan senjata kepada saudaranya, maka malaikat akan melaknatinya hingga ia menurunkannya kembali. Walaupun dia saudara sebapa atau saudara seibu.
[HR. Muslim No.4741].

Hukum, Air Kencing Bayi Lelaki & Perempuan


Soalan :
Kenapa air kencing bayi lelaki bila terkena pakaian kita ,cuma kita percikkan saja air tapi kalau bayi perempuan kena cuci?

Jawapan :
♻️ Pendapat Imam Nawawi dalam Syarah Muslim

a- Bayi laki-laki lebih sering dikendong dan di dokong oleh orang, maka seringnya kencingnya ditemukan sehingga diringankan hukumnya,  cukup diperciki dan tidak dicuci.

b- Bayi laki-laki tidak kencing di satu tempat saja, namun ia kencing merata-rata. Hal ini berbeda dengan kencing bayi perempuan.


Di atas kesulitan tersebut maka dipermudahkan untuk bayi lelaki. Ini ketika belum ada lagi kain lampin dan disposable diapers.

Dalam mazhab Hanafi dan Maliki, najis bayi lelaki dan perempuan dihukumkan sama, wajib dibersihkan, yakni dialirkan air. Percik untuk bayi lelaki adalah dalam mazhab syafi'iy dan hanbali sahaja.

Hadith Darah Istihadah


Soalan :
Sahih ke Syeikh, hadith darah istihadah keluar dari pembuluh darah riwayat Tirmidzi?

Jawapan :
♻️
أن فاطمةَ بنتَ أَبِي حُبَيْشٍ كانت تُسْتَحَاضُ، فسأَلَتِ النبيَّ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّم فقال : ذلك عِرْقٌ، ولَيْسَتْ بالحَيْضَةِ، فإذا أَقْبَلَتِ الحَيْضَةُ، فدَعِي الصلاةَ، وإذا أَدْبَرَتْ فاغتَسِلِي وصَلِّي .
الراوي : عائشة أم المؤمنين | المحدث : البخاري | المصدر : صحيح البخاري
الصفحة أو الرقم: 320

Ada dalam Bukhari Muslim dan Kitab Sunan yang 6

terjemahan :
Nabi bersabda pada Fatimah binti Abi hubaish tentang darah istihadhah yang dialaminya, Nabi saw menjelaskan:

Darah istihadhah itu adalah darah yang keluar dari urat dan bukanlah haid. Apabila datang haid, maka tinggalkan salat. Apabila haid sudah putus (dan berganti darah istihadhah) maka cucilah darah istihadhah itu dan salatlah.

Majlis Perjumpaan Ahli UiTO

Thtl dan Rektor Uito Cikgu Rahim
( Antara Orang Kuat UiTO )


Acara : Majlis Penubuhan Gabungan Ahli Sunnah Malaysia (GASMA)

Tarikh : 13/11/2016


Pengenalan GASMA (Gabungan Ahli Sunnah Malaysia) 

--> GASMA adalah gabungan NGO2 & semua pihak yang betul-betul berpegang kepada sunnah Nabi S.A.W

Program Wudhu & Solat For Dummies!


Assalamualaikum!

Anda nak belajar tentang wudhu dan solat?
Anda ada persoalan tentang wudhu dan solat?
Nak tahu dalil-dalil semua tatacara wudhu dan solat?
Nak tahu pendapat 4 mazhab dalam tatacara solat?

Jom, sertai program WUDHU & SOLAT 4 DUMMIES!

Bila?
Pada Ahad 20/11/2016.

Pukul berapa?
9.00 pagi - 4.00 petang.

Di mana?
Di bangunan Rektori UIA. Berhampiran Kuliyyah Islamic Revealed Knowledge. Administration Building, Lecture Theatre 4 (ADM, LT4)

Siapa pembentang?
Bro. Syarief (Pelajar MA Quran dan Sunnah)

Dapat apa?
Nota yang sangat padat disediakan.

Bahasa apa?
Bahasa Malaysia.

Yuran?
RM5 (Pelajar) / RM10 (Awam)

Anda berminat?
Daftar segera di http://bit.ly/solat4dummies

*Sebarkan iklan ini kepada rakan-rakan. Ajak semua datang belajar solat :)

*Program ini bukan anjuran Al-Kahfi, akan tetapi ia ditaja oleh Al Kahfi Services.

*Boleh dapatkan bantuan komiti atau hubungi #brosyarief 013-353 3260 bila tiba di UIA.

14 November 2016

Hadith Marah

Soalan :
Syeikh hadith yang kata ,marah tu datangnya dari perangai syaitan ,sahih ke?

Jawapan :
♻️
قال: " إن الغضب من الشيطان, وإن الشيطان خلق من النار, وإنما تطفأ النار بالماء , فإذا غضب أحدكم فليتوضأ " (رواه أحمد في المسند , ج 29 , ص505 , حديث رقم 17985، وأبو داود حديث رقم 4784) وفي إسناده ضعيف ، ومجهول ، قال الألباني (1410هـ ) في ضعيف الجامع الصغير : " ضعيف " ( ص 216 ) .

"Sesungguhnya amarah itu dari setan dan setan diciptakan dari api. Api akan padam dengan air. Apabila salah seorang dari kalian marah, hendaknya berwudhu"
HR Ahmad, abu Daud, piawai albani,

Status hadith , dhaif.


8 November 2016

Beri Salam Pada Non Muslim

Soalan :
Sebagai cara nk berdakwah, kita beri salam (Assalamualaikum) kepada non-muslim, adakah boleh?

♻️kata  Imam Nawawi, hukumnya haram, dalilnya:

لَا تَبْدَءُوا الْيَهُود وَلَا النَّصَارَى بِالسَّلَامِ ،

“Janganlah kamu memulai mengucapkan salam kepada Yahudi dan Nasrani. ”
(HR. al- Muslim dari Abu Hurairah)

Jika audience bercampur dgn muslim, maka dibolehkan, jika non-muslim 100% kafir, maka tidak dibolehkan kerana salam mengandungi doa, keberkatan, keselamatan dunia dan akhirat. mana mungkin mereka berhak mendapat doa dan berkat sedangkan mereka masih kufur?


Soalan :
Ucapkan salam sebelum berpisah adalah sunnah?

♻️ Imam Nawawi dalam riadhus solihin kata sunnah, dan dia tulis bab khas berjudul  “Bab sunnahnya mengucapkan salam ketika meninggalkan majelis dan berpisah dengan rakan-rakan.”

1 November 2016

Mengintip Rumah Orang

Soalan :
Sahihkah hadis ini?
" Dari Abu Hurairah, dari Nabi s.a.w.  , dia bersabda,'Barang siapa yg melihat (mengintip) ke dalam rumah suatu kaum tanpa seizin penghuninya, maka telah halal bagi mrk memukul matanya."

Jawapan :
♻️ Sahih..bukhari muslim,
dari Abu Hurairah ra, Nabi saw bersabda:

“لَوْ أَنَّ امْرَأً اِطْلَعَ عَلَيْكَ بِغَيْرِ إِذْنٍ فَخَذَفَتْهُ بِحُصَاةٍ فَفَقَأَتْ عَيْنُهُ مَا كَانَ عَلَيْكَ مِنْ جُنَاحٍ”

“Sekiranya ada seseorang yang mengintip rumahmu tanpa izin, lalu engkau melemparnya dengan batu hingga tercungkil matanya, maka tiada dosa atasmu”.
[Hadits riwayat Al Bukhari dan Muslim].

Fiqh hadith:
Haramnya skodeng rumah orang...jika tuan rumah menghukum...maka tuan rumah TIDAK dikenakan hukum Qisas.

27 Oktober 2016

Beriman Dengan Azab Kubur

Soalan :
Boleh tolong jelaskan  Syeikh, mngenai azab kubur sebelum kita di hisab di akhirat. Yang saya maklum azab kubur adalah kiamat kecilkan?

Jawapan :
♻️ Dalilnya mutawatir, akidah ahli sunnah, akidah salaf, beriman dengan azab kubur

 وَحَاقَ بِآلِ فِرْعَوْنَ سُوءُ الْعَذَابِ (45) النَّارُ يُعْرَضُونَ عَلَيْهَا غُدُوًّا وَعَشِيًّا وَيَوْمَ تَقُومُ السَّاعَةُ أَدْخِلُوا آلَ فِرْعَوْنَ أَشَدَّ الْعَذَابِ

“Fir'aun beserta kaumnya dikepung oleh azab yang amat buruk. Kepada mereka dinampakkan neraka pada pagi dan petang. Pada hari terjadinya kiamat (dikatakan kepada malaikat): "Masukkanlah Fir'aun dan kaumnya ke dalam azab yang sangat keras". [AQ Al Mu`min: 45-46]

Hadith :

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَفِتْنَةِ الْمَمَاتِ اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْمَأْثَمِ وَالْمَغْرَمِ

“Ya Allah, sesungguhnya saya berlindung kepada-Mu dari azab kubur, saya berlindung kepada-Mu DenganAzabKubur Masih Ad Dajjal, saya berlindung kepada-Mu dari fitnah kehidupan dan kematian. Ya Allah, sesungguhnya saya berlindung kepada-Mu dari dosa dan hutang.”
[HR Al Bukhari (832) dan Muslim (589) dari Aisyah ra]

Kena baca kitab akidah, seperti akidah tohawiyah

Syahid Kerana Nifas

Soalan :
Sampai hari keberapa dikira mati syahid sebab mati melahirkan anak?

Jawapan :
♻️ kena lihat dalil hadith dulu, dan start faham dari situ:

شهداء أمتي إذاً لقليل ، القتل في سبيل الله عز وجل شهادة ، والطاعون شهادة ، والغرق شهادة ، والبطن شهادة ، والنفساء يجرها ولدها بسرره إلى الجنة

"orang yang mati syahid di kalangan umatku cuma sedikit. Orang yang mati berjihad di jalan Allah, syahid, orang yang mati karena ta’un, syahid. Orang yang mati lemas, syahid. Orang yang mati karena komplikasi perut (kanser usus), syahid. Dan wanita yang mati karena nifas, dia akan ditarik oleh anaknya menuju surga dengan tali pusarnya.
(HR. Ahmad, no 15998. Syaikh Syuaib Al-Arnauth: Sahih li Ghairih)

🍀
Syarah: wanita yang meninggal kerana proses kehamilan, baik kerana keguguran, semasa delivery, pasca delivery, semuanya syahid, kerana keumuman bahasa arab di atas, mati kerana nifas.

Hadith  tu kata, mati kerana nifas. yakni mati kerana kelahiran baby, baik mati kerana gugur, sebab bahasa arab ni nifas ni cover juga gugur...semasa kelahiran, selepas kelahiran, nifas kan sampai 60 hari

syahid kerana kelahiran:
1. jika mati kerana gugur janin
2. mati semasa melahirkan dalam labor room
3. mati dalam masa pantang

26 Oktober 2016

Hadith Takbir 34x

Soalan :
Ada pendapat kata,

 "AllahuAkbar" jadikan 34x , Ade asal ke pendapat ni, boleh sharekan dalilnya?
Sunnah ke kalau ikut pendapat tersebut?

Jawapan
♻️ sunnah, dalil:

معقبات لا يخيب قائلهن أو فاعلهن دبر كل صلاة مكتوبة ثلاث وثلاثون تسبيحة وثلاث وثلاثون تحميدة وأربع وثلاثون تكبيرة

“Ada beberapa amalan penyerta yang barangsiapa mengucapkannya atau melakukannya setelah usai shalat wajib maka dirinya tidak akan merugi, yaitu bertasbih sebanyak 33x, bertahmid sebanyak 33x, dan bertakbir sebanyak 34x.”
(HR. Muslim no. 596).

Lihat hashiah/syarah Hisnul Muslim, ms 145

Hadith Berduan Dengan Allah SWT?

Soalan :
Sahih ke hadith dibawah Syeikh?

Berdua-duaan lah dengan ALLAH pd selepas asar sehingga terbenam matahari kerana waktu itu adalah kemuncak hari arafah dimana segala doa dimakbulkan ALLAH dan pintu langit terbuka seluas luasnya "

♻️ Tidak ditemui dalam mana2 kitab sunan. yang sahih, tidak ditentukan waktunya. Dalil:

خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ

“Sebaik-baik do’a adalah do’a pada hari Arafah.”
(HR. Tirmidzi no. 3585, albani sahih)

Hadith Firasat Orang Beriman

Soalan :
Ittaqu firasatul mukmin, fainnahu yanzuru binurillah....
sahih ke hadith ni sheikh?

Jawapan
♻️
" اتقوا فراسة المؤمن فإنه ينظر بنور الله "

(“Hati- hatilah dengan firasat orang yang beriman, karena dia melihat dengan cahaya Allah. )

رواه الترمذي ( 3127 ) من حديث أبي سعيد الخدري – رضي الله عنه - ، وإسناده ضعيف ، فيه عطية بن سعيد العوفي ضعَّفه أحمد وأبو زرعة

HR Termidzi, no 3127, beliau mendhaifkannya kerana perawi 'Athiyah bin said al-'Awfa


Versi sahih :

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إن لله عبادا يعرفون الناس بالتوسم
حديث أنس – رضي الله عنه – قال : قال النبي صلى الله عليه وسلم :" إن لله عباداً يعرفون الناس بالتوسم " ، رواه الطبراني في " الأوسط " ( 3 / 207 ) ، وابن جرير الطبري في " التفسير " ( 14 / 46 ) .
قال الهيثمي : رواه البزار والطبراني في الأوسط وإسناده حسن

Artinya:
"Sesungguhnya Allah mempunyai hamba-hamba yang mereka mengetahui manusia dengan tanda-tanda"

HR Tabrani dan Ibn Jarir Tobari, diklaskan hasan oleh al-Haithami dan al-albani

Hukum Pembekal Muslim Membekalkan Barangan Binaan Kepada Tempat Ibadat Non Muslim

Soalan :
Ada contractor buat kerja pembaikian gereja datang ke kedai muslim untuk membeli alat2 untuk tujuan baiki gereja. apakah hukum menjual bagi muslim itu?

Jawapan :
♻️ Pembekal muslim membekalkan barangan binaan kepada syarikat baikpulih Church
Hukumnya boleh, sebab pembekal dia boleh membekalkan kepada siapa sahaja tanpa perlu merisiknya

dalil:
"Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tidak memerangimu dalam urusan agama "
(al-Mumtahinan ayat 8)

Menteri Bermuamalah Dengan Non Muslim

Soalan :
Berkenaan muamalah dengan non muslim di sarawak

Ketua Menteri mendapat permintaan golongan kristian untuk membina gereja atau menyumbang kepada program2 gereja. Apakah hukum menyumbang? Ketua menteri adalah orang islam.

Jawapan
♻️ Hukumnya boleh. Alasannya kerana :::

1. Memenuhi kontrak sosial

2. Status negara Malaysia bukan islamic state sepenuhnya

3. Status warganegara yang sama untuk semua, tidak ada muslim dan zimmiyin seperti zaman dulu

4. Semua rakyat sama rata membayar cukai pendapatan atau income tax, maka agihan percukaian adalah berdasarkan sistem dan dasar kewangan negeri

5. Dalam Islam, hubungan dengan ahlil kitab adalah kuat,
a. boleh nikah kawin dengan perempuan kristian yang suci
b. boleh makan sembelihan ahlil kitab
c. boleh memberi daging korban dan zakat kepada kitabiah
d. kerajaan Islam silam ada memberi dana untuk gereja dan rumah ibadat zimmi kerana mereka membayar jizyah

Menepis Dakwaan Mencela Ibnu Taimiyyah Rahimahullah

Soalan :
Syeikh,betul ke ada dakwaan Ibnu Taimiyyah rahimahullah melakukan bid'ah.
Bagaimana cara untuk menepis dakwaan terhadap Ibn Taimiyah rahimahullah?

Jawapan
♻️ Jika ada orang yang kata ibn taymiyah, ibn qayyim buat bid'ah, jangan percaya...sebab keduanya berjuang sampai mati membenteras bid'ah.

Ia tektik yahudi..."keep on throwing mud to the slippery wall"
Maksud peribahasa yahudi... "jika dinding yg licin dan bersih terus dibaling dgn lumpur, lama² ia akan melekat jua."

Penegak sunnah seperti ibn taymiyah...jika terus dituduh ahli bid'ah dan sesat atau militan, lama² orang akan percaya.

Tidak benar! siapa yang kata Syaikhul Islam ahli bid'ah atau melakukan bid'ah, adalah petanda dia belum lagi masuk dalam kelompok sunnah atau salafiyah.

Berterusan memperkenalkan Syaikhul Islam sebagai ulamak yang soleh dan mujtahid yang realiable sepanjang zaman. Beliau bukan maksum, tapi kitab2 beliau adalah penyuluh ahli ilmu hingga kiamat.

اءِ مَسْمُوْمَةْ, وَعَادَةُ اللهِ فِيْ هَتْكِ أَسْتَارِ مُنْتَقِصِيْهِمْ مَعْلُوْمَةْ

“Daging para ulama beracun. Allah  pasti menyingkap tirai para pencela mereka”
(Ibn Asaakir, Tabyin Kadzibil Muftari, ms 29)

Ia bukan hadith cuma nasihat Ibn Asakir kepada penuntut ilmu dan adab mereka kepada ulamak dengan tidak memaki, mencela, mengutuk dan menghibah mereka.

Ulamak yg dimaksudkan:

وَ إِنَّ اْلعُلَمَاءَ وَرَثَةُ اْلأَنْبِيَاءِ
"Ulama' adalah pewaris para Nabi",

hadith sahih, albani, Sahih Sunan at-Tirmidzi: 2159


Ulamak atas manhaj salaf, ulamak yg beramal dengan sunnah dan apa yang dia ajarkan kepada manusia. Adapun ulamak su' atau ulamak yg jahat, menyibarkan bid'ah dan khurafat, tidak mengapa.

Hukum Bunuh Diri Sebelum Baligh

Soalan :
Apa hukum kanak-kanak berumur 11 tahun dan Islam membunuh diri sebab di buli?

Jawapan
♻️ belum baligh tak ada hukum lagi untuknya

dalil:

رُفِعَ الْقَلَمُ عَنْ ثَلاَثَةٍ، عَنِ الَجْمْنُوْنِ الْمَغْلُوْبِ عَلىَ عَقْلِهِ حَتَّى يَبْرَأَ، وَعَنِ النَّائِم حَتَّى يَسْتَيْقِظَ وَعَنِ الصَّبِيِّ حَتَّى يَحْتَلِمَ

“Pena (hukum) diangkat dari tiga golongan: orang yang gila yang akalnya tertutup sampai sembuh, orang yang tidur sehingga bangun, dan budak kecil sehingga keluar mani.”

(HR. Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban, dan ad-Daruquthni dari ‘Ali dan Ibnu ‘Umar raa. al-Albani, sahih al-Jami’, no. 3512)

Lelaki Pemimpin

Soalan :
Syeikh, ada hadith tak lelaki ,1 darjat lebih tinggi dari perempuan?

Yang ada related dengan Aq an-Nuia` 4:34

♻️ banyak

((عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ كُلُّكُمْ رَاعٍ وَمَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ فَالْإِمَامُ رَاعٍ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ وَالرَّجُلُ فِي أَهْلِهِ رَاعٍ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ وَالْمَرْأَةُ فِي بَيْتِ زَوْجِهَا رَاعِيَةٌ وَهِيَ مَسْئُولَةٌ عَنْ رَعِيَّتِهَا وَالْخَادِمُ فِي مَالِ سَيِّدِهِ رَاعٍ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ))
[ متفق عليه ]

terjemahan :
Ketahuilah, setiap kalian adalah pemimpin dan setiap kalian akan ditanya tentang orang yang dipimpinnya. Seorang Amir (pemimpin negara) adalah pemimpin dan ia akan ditanya tentang rakyat yang dipimpinnya. Seorang lelaki/suami adalah pemimpin bagi keluarga nya dan ia akan ditanya tentang mereka. Wanita/istri adalah pemimpin terhadap rumah suaminya dan anak suaminya dan ia akan ditanya tentanPemimpin. Budak seseorang adalah pemimpin terhadap harta tuannya dan ia akan ditanya tentang harta tersebut. Ketahuilah setiap kalian adalah pemimpin dan setiap kalian akan ditanya tentang orang yang dipimpinnya" muttafaq alaih

tambahan:
اَلْآنَ هَلَكَتِ الرِّجَالُ إِذَا أَطَاعَتِ النِّسَاءَ. هَلَكَتِ الرِّجَالُ إِذَا أَطَاعَتِ النِّسَاءَ . . . ثَلَاثًا

“Sekarang, celakalah kaum pria jika menaati kaum wanita, celakalah kaum pria jika menaati kaum wanita….” (Beliau menyabdakannya) tiga kali.

(HR. Ibnu ‘Adi dalam al-Kamil 1/38, Abu Nu’aim dalam Tarikh Ashbahan 2/34, dan al-Hakim, Mustadrak ala sahihain, 4/291; al-Albani, sahih, al-‘Irwa 2/227)

Hadis Tentang Wanita Ansar

Soalan :
Mohon share hadith dari aisyah r.a dari riwayat al-Bukhari rhm dan hadith yg memuji wanita ansar ni

♻️Tafsir Ibn katsir keutamaan wanita Quraish/muhajirin

وقال البخاري: حدثنا أحمد بن شبيب، حدثنا أبي عن يونس عن ابن شهاب عن عروة عن عائشة رضي الله عنها قالت: يرحم الله نساء المهاجرات الأول، لما أنزل الله: { وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّ } شققن مروطهن، فاختمرن بها.

Imam Al-Bukhari meriwayatkan dari ‘Aisyah ra. ia berkata: “Semoga Allah merahmati wanita-wanita, ketika turun ayat: wal yadl-ribna bikhumuriHinna ‘alaa juyuubiHinna (“Dan hendaklah mereka menutup kain kerudung ke dada mereka.”) mereka merobek kain-kain dan berkerudung dengannya.”


Tafsir Ibn katsir, pasal keutamaan wanita anshar

وقال ابن أبي حاتم: حدثنا أبي، حدثنا أحمد بن عبد الله بن يونس، حدثنا الزنجي بن خالد، حدثنا عبد الله بن عثمان بن خثيم عن صفية بنت شيبة قالت: بينا نحن عند عائشة، قالت: فذكرنا نساء قريش وفضلهن، فقالت عائشة رضي الله عنها: إن لنساء قريش لفضلاً، وإني والله ما رأيت أفضل من نساء الأنصار أشد تصديقاً بكتاب الله، ولا إيماناً بالتنزيل، لقد أنزلت سورة النور: { وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّ }

Terjemahan :
Ibnu Abi Hatim dari Shafiyyah binti Syaibah, ia berkata: Ketika kami berada di sisi ‘Aisyah ra dan berkata: “Kami menyebut wanita-wanita Quraisy dan keutamaan mereka.” ‘Aisyah berkata: “Sesungguhnya wanita-wanita Quraisy memiliki keutamaan. Demi Allah, Sungguh aku belum melihat wanita yang lebih utama dari kaum Anshar, yang paling membenarkan Kitabullah dan paling kuat imannya kepada wahyu yang diturunkan. Sungguh, ketika turun firman Allah: wal yadl-ribna bikhumuriHinna ‘alaa juyuubiHinna (“Dan hendaklah mereka menutup kain kerudung ke dada mereka.”)

HR Ibn Abi hatim

25 Oktober 2016

Larangan Buka Aib Sendiri

Soalan :
Syeikh,tolong share hadith larangan membuka aib sendiri.

♻️ larangan membuka aib sendiri

 قَالَ سَمِعْتُ أَبَا هُرَيْرَةَ يَقُوْلُ
    : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَ سَلَّمَ يَقُوْلُ ( كُلُّ أُمَّتِيْ مُعَافًى إِلَّا الْمُجَاهِرِيْنَ وَإِنَّ مِنَ الْمُجَاهِرِةِ أَنْ يَعْمَلَ الرَّجُلُ بِالْلَيْلِ عَمَلًا ثُمَّ يُصْبِحُ وَقَدْ سَتَرَهَ اللهُ فَيَقُوْلُ يَا فُلَانُ عَمِلْتُ البَارِحَةَ كَذَا وَكَذَا وَقدْ بَاتَ يَسْتُرُهُ رَبُّهُ وُيُصْبِحُ يَكْشِفُ سَتَرَ اللهُ عَنْهُ)

    “Aku mendengar Abu Hurairoh mengatakan, “Aku mendengar Nabi saw bersabda, “Setiap ummatku akan mendapatkan ampunan dari Allah kecuali al Mujaahiriin yaitu semisal ada seorang laki-laki yang mengerjakan sebuah perbuatan (buruk) pada malam hari kemudian ia menjumpai waktu subuh dan Allah telah menutupi aibnya . Lalu laki-laki tersebut mengatakan, “Wahai Fulan, aku telah mengerjakan sebuah perbuatan buruk/jelek ini dan itu”. “Maka itulah orang yang malamnya Allah telah menutup aibnya lalu  buka aibnya sendiri di waktu subuh.

(HR Bukhari Muslim)

HAK SUAMI : TIDAK HALAL PUASA TANPA MINTA IZIN DULU

Dalilnya hadith Abu Hurairah dalam Bukhari ( 5195) dan Muslim ( 1026) antara lafaznya :

لا يحل للمرأة أن تصوم و زوجها شاهد إلا بإذنه...
(( Tidak halal bagi seorang wanita berpuasa sedangkan suaminya dalam negeri melainkan dengan izinnya... ))

Maksud puasa disini termasuk puasa qada selagi belum sempit waktunya, dan semua puasa sunat lain seperti puasa 6.

Berkata Nawawi dalam Syarah Muslim :
 "و هذا النهي للتحريم صرح به أصحابنا "
" Dan larangan ini hukumnya haram, sahabat-sahabat kami telah mengatakan secara jelas. "

Berkata beliau lagi :
" jika dikatakan : boleh sahaja dia berpuasa tanpa izin, jika suami ingin bersatu dengannya boleh sahaja dan dia batalkan puasanya?

Maka jawabnya :
Puasa isterinya menghalang suami bersatu secara kebiasaannya kerana dia keberatan mencemarkan puasa dengan membatalkannya ( dengan berjimak) "

Berkata al-Hafiz dalam al-Fath :
" dalam hadith ini dalil bahawa hak suami atas isteri lebih kuat dari melakukan kebaikan yang sunat, kerana hak suami wajib, melaksanakan yang wajib didahulukan atas melaksanakan yang sunat. "

Ustaz Murad Said

24 Oktober 2016

FAZAKKIR (peringatan)

Harta benda, nama baik disisi orang kenamaan, kedudukan, keturunan, nasib baik yang senantiasa mengiringi langkah, kesihatan yang berpanjangan, kejayaan dalam setiap usaha......... semua ini bukanlah menjadi kayu ukur seseorang itu hidupnya diredoi Allah.

Kerana Allah memberikan bahagian dari dunia ini kepada hamba-Nya yang beriman dan juga yang kufur.

Sabda RAsulullah S.A.W

وَإِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ يُعْطِي الدُّنْيَا مَنْ يُحِبُّ وَمَنْ لَا يُحِبُّ وَلَا يُعْطِي الدِّينَ إِلَّا لِمَنْ أَحَبَّ
Dan Allah memberikan bahagian dunia kepada sesiapa yang dicintai-Nya serta sesiapa yang tidak dicintai-Nya. Dan tidak mengurniakan agama melainkan kepada sesiapa yang dicintai-Nya.(H.R Ahmad)

Kemewahan dunia yang dinikmati manusia keseluruhannya tidaklah lebih bernilai disisi Allah berbanding 1 sayap nyamuk.

Sabda Rasulullah S.A.W
لَوْ كَانَتْ الدُّنْيَا تَعْدِلُ عِنْدَ اللَّهِ جَنَاحَ بَعُوضَةٍ مَا سَقَى كَافِرًا مِنْهَا شَرْبَةَ مَاءٍ

Andaikata dunia ini dunia ini bernilai seumpama 1 sayap nyamuk disisi Allah, maka orang kafir tidak akan minum walaupun seteguk air
(H.R al-Tirmidzi)

Dan Allah memilih untuk menghidupkan Rasulullah S.A.W dalam keadaan miskin. Tidak pernah kenyang dua kali dalam satu hari. Baginda pernah mengikat perut dengan batu dan pernah juga tidur diatas tikar kasar yang meninggalkan bekas dibadan.

Yang paling ditakuti adalah Allah membiarkan kita tenggelam dalam keenakan melakukan maksiat dan dipermudahkan untuk melakukan maksiat.

Sabda Rasulullah S.A.W
إِذَا رَأَيْتَ اللَّهَ يُعْطِي الْعَبْدَ مِنْ الدُّنْيَا عَلَى مَعَاصِيهِ مَا يُحِبُّ فَإِنَّمَا هُوَ اسْتِدْرَاجٌ ثُمَّ تَلَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
{ فَلَمَّا نَسُوا مَا ذُكِّرُوا بِهِ فَتَحْنَا عَلَيْهِمْ أَبْوَابَ كُلِّ شَيْءٍ حَتَّى إِذَا فَرِحُوا بِمَا أُوتُوا أَخَذْنَاهُمْ بَغْتَةً فَإِذَا هُمْ مُبْلِسُونَ }

Apabila kamu melihat Allah mengurniakan kepada hamba-Nya yang melakukan maksiat bahagian yang disukainya dari nikmat dunia, sesungguhnya yang demikian itu adalah istidraj. Kemudian baginda membacakan ayat:

Kemudian apabila mereka lupa akan peringatan yang telah disampaikan, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan, sehingga apabila mereka bergembira dengan nikmat yang dikurniakan, Kami timpakan azab secara mengejut , maka (ketika itu) mereka pun berputus asa.
(H.R Ahmad)

USA

Larangan Perempuan Ke Masjid??

Soalan :
Syeikh,ada hadith dari 'aisyah ra ,lebih kurang macamni, "kalau lihat pada perempuan zaman sekarang, pasti Nabi saw melarang ke masjid"
Mohon share matan berserta syarah sekali.

♻️
لَوْ أَدْرَكَ رَسُولُ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – مَا أَحْدَثَ النِّسَاءُ لَمَنَعَهُنَّ كَمَا مُنِعَتْ نِسَاءُ بَنِى إِسْرَائِيلَ

“Seandainya Rasulullah SAW mengetahui apa keadaan wanita saat ini tentu beliau akan melarang mereka (untuk keluar menuju masjid) sebagaimana Allah telah melarang wanita Bani Israil.”
(HR. Bukhari: 831 dan Muslim: 445)


🍀 Syarah:
Adakah perlu mencegah wanita ke mesjid selepas kewafatan nabi saw dan ketika wanita telah berubah?

Kata Mustafa Adawi dalam jami ahkam anNisa'. Ia cuma PENDAPAT PERIBADI Aisyah bila dia melihat berlaku perubahan pada zamannya. Tapi ia bukan alasan untuk mencegah wanita ke masjid pada sepanjang zaman.

Terlupa Tasyyahud Awal

Soalan :
Benarkah imam asy syafie rahimahullah di dalam al umm membenarkan jika seseorang yang telah terlupa tasyyahud awal, jika sudah sempurna berdiri, boleh duduk kembali.

Kerana saya membaca pendapat syeh uthsaimin, berkenaan hal ini, adalah di larang jika telah berdiri sempurna. Rujukan nya adalah hadis dari abu daud.

Mohon pencerahan bagi kedua pendapat.

♻️ jawapan:

إِذَا قَامَ الْإِمَامُ فِي الرَّكْعَتَيْنِ، فَإِنْ ذَكَرَ قَبْلَ أَنْ يَسْتَوِيَ قَائِمًا فَلْيَجْلِسْ، فَإِنِ اسْتَوَى قَائِمًا فَلَا يَجْلِسْ، وَيَسْجُدْ سَجْدَتَيِ السَّهْوِ

“Apabila imam bangkit setelah rakaat kedua dan dia teringat sebelum  sempurna berdiri maka hendaknya dia duduk kembali, dan jika sudah berdiri sempurna maka jangan duduk dan lakukanlah sujud sahwi (sebelum salam).”
(HR. Abu Daud 1036 dan dinilai sahih oleh Al-Albani, sahih Abu Daud)

🍀
hadith jelas, maka pendapat syafii terbatal sebab dia berkata, jika sahih hadith itu, maka itulah mazhab beliau.

Hadith Perempuan Adalah Aurat

Soalan :
Nak minta matan hadith lebih kurang macam ni

1) apabila perempuan keluar rumah syaitan akan menyambutnya dan keadaan perempuan yg paling dekat dengan Rabbnya ialah dirumah.
Minta tolong syarah hadith ni

♻️ takhrij:
أخبرنا أبو طاهر نا أبو بكر نا أبو موسى نا عمرو بن عاصم ثنا همام عن قتادة عن مورق عن أبي الأحوص عن عبد الله عن النبي صلى الله عليه وسلم قال إن المرأة عورة فإذا خرجت استشرفها الشيطان وأقرب ما تكون من وجه ربها وهي في قعر بيتها
صحيح ابن خزيمة:ج3/ص93 ح1685

terjemahan : "Perempuan adalah aurat, apabila ia keluar syaitan menghiasinya dan keberadaannya yang paling dekat kepada Allah manakala ia berada di rumahnya, bilik yang paling dalam" sahih Ibn Khuzaimah, sahih. sahih juga oleh albani dlm al-irwa no 273,  dan syaikh Muqbil, sahih al-musnad


🍀 Fiqh:
bila wanita keluar, setan akan menampakkan ia dalam keadaan paling indah dan mengasyikkan di mata lelaki dan fitrah wanita ialah di rumah. maksudnya peranan wanita yg ideal ialah dirumah.